Tuesday, December 27, 2011

Jentiklah Hatiku Ya Allah

Aku banyak habiskan masa aku dengan melakukan perkara yang kurang berfaedah. Aku dapat ape ?
Sedang aku melakukan perkara yang tidak berfaedah tu, Allah tarik nyawa aku. Apa aku dapat ?

Dunia ni hanya hiasan yang cantik untuk di bawa ke akhirat yang kekal tu. Itulah sepatutnya yang aku buat.
Tapi, bila ? bila aku perlu sedar dan membuat lonjakan paradigma tu, bila ? bila fida oii ? Terlalu asyek dengan nak buat, nak buat, nak buat ( tinggalkan perkara yang tak faedah) . Tapi bila ? Nak tunggu tua dulu ? sampai ke umur aku sampai tua ? Nak tunggu dapat hidayah ? Hidayah perlu dicari la fida oii.






Apa perkara yang tak berfaedah tu ?
Apa yang aku buat hari-harian tak dapat pahala, tak di catat untuk amalan kebaikan oleh malaikat. Tu la perkara yang tak berfaedah. Malah, aku takut perkara yang tak faedah yang aku lakukan tu dicatat amalan keburukan pulak.


Contohnya apa ?
-Baca majalah yang tak berfaedah, macam artis-artis tu.
-Tengok drama or filem yang takde bawa kebaikan pada diri
-Banyak berfoya-foya
- etc, yang tak dapat pahala tapi melalaikan

Jauhkan aku ya Allah.


I want to be friend with you till Jannah. We are together go to Jannah Allah.
You guide me, I'm guide you.
You are my friend. Yes. Best friend.
I love You.
This video for you, my friends
 Best friend till Jannah


Jadi jom pimpin aku mencari reda Allah.
Jom isikan masa aku dengan dekatkan diri pada Allah
Sebab ilmu fardu Ain itu wajib. Ya ! Wajib.

Ilmu Fardu Ain WAJIB di tuntut, Ilmu fardu kifayah yang kita belajar di Universiti ni HARUS.

Terima Kasih Aboh

Terima Kasih Ya Allah. Alhamdulillah.

Aboh, thanks <3
Semoga dimurahkan rezeki dan hidup dirahmati serta diredai Allah sentiasa. Amin.
Cantik sangat. Adik suka.
I Love You.

Layan lagu ni jap.
Jika Kau Cinta Aku, Jumpalah Waliku <3

Be a Man , don't approach her,
Approach her Wali.

Thursday, December 22, 2011

Jiwang Sikit Hari Ini Boleh ?

Dari tadi pun baca pasal CINTA . Sebenarnya takdelah jiwang pun, cume SWEET :D
AKU NAK BERCINTA DALAM USIA MUDA. Ini serius.


Ramai yang tahu pasal ni. Tapi share tetap share :D ( nak jugak share) . Yelah, maybe TAHU tapi TAK PAHAM kan?

1- Bercinta Bukan Bercouple
2- Saya Sudah Jatuh Cinta. Apa Itu Cinta ?
3- Mencari Jodoh. Sejauh Mana Kita Perlu Memikat Hati Si Dia?


Aku pun susah jugak nak paham benda ni, baca banyak-banyak kali baru lekat kat hati. Baru ada rasa takut.

Sebelum ni (sem 1 ke bawah) "masa ni aku tak tahu , tak baca article, tak mendengar ceramah dari orang berilmu lagi" ,
IMPIAN AKU " aku taknak couple sebab aku nak suami aku adalah cinta pertama dan terakhir aku. KONON je kan. "

Tapi sekarang bila dah tahu kena la kuat kan. Allahu Akbar!
Sekarang ni matlamat aku dah berubah la sebab dah tahu.
"aku tak akan bercouple sebab aku tahu itu haram." Jelas.
TAPI AKU NAK BERCINTA..... dengan suami aku. Cinta pada Allah itu kewajipan aku.




Ingat lagi Imam Muda Asyraf cakap- tak payah nak buat couple islamik la, "awak bangun solat tahjud"- kata si laki  (jangan guna agama katanya) . Itu Imam Muda yang cakap. Aku sampaikan je~



Aku tahu aku pun manusia hina, lemah yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Tapi mungkin dengan penulisan blog ni aku dapat ingatkan dir aku sendiri bila aku baca semula blog-blog aku. Aku sedar diri.

Wallahu a'alam

SILA PAHAM

Selalunya kalau tajuk aku tulisan besar ni menunjukkan perasaan aku jugak. Samaada PENTING! , HAPPY :D , etc .

Okay mari kita uraikan satu-satu ( tangan dah sejuk membeku! Ini serius. Keadaan dah tak dapat di kawal. Macam biasa roomate jadi mangsa. ) Maaf-maaf

Macamni, for the first time abang aku IM aku. Chat inbox FB. Terkejut aku tak terkira beb. Nak luruh jantung pun ada. Over tak ? Tapi ni serius. Aku jadi excited sangat.

Tapi aku pelik, Lepas tu kak Nadya pulak IM aku. Sekarang mereka "dua-dua" IM aku dan menanyakan soalan yang sama. Wohoooo.. curious sangat sekarang ni. Apepun excited sangat-sangat.


Sape yang rapat dengan aku pahamlah kenapa aku excited sangat bila dapat chat dari abang aku.

Tapikan baru aku perasan(setelah pikir-pikir) yela, selama ni abang aku tak aktif sangat FB and Yahoo ni, Pastu baru sekarang abang aku ada masa dengan family betul-betul. Sebelum ni abang aku dari umur 13 tahun hingga 24 tahun dia asyik study ( asrama-yaman) mana ade mana nak komunikasi sangat dengan aku.

Ye, masa kecik-kecik kami macam belangkas. Kawan abang aku kawan aku jugak. Aku main macam orang laki. Apa abang aku main aku nak main jugak. Mak aku cakap, masa kecik-kecik abang aku sayang sangat-sangat kat aku. Blushing*

Tapi bila dia dah masuk sekolah pondok ,cuti sekolah dia dah lain, cuti dia sikit-sikit je. Bila cuti abang aku suka bawak balik kawan-kawan dia kat rumah. Aku mase tu dah pandai malu-malu dah. Aku dah mula naik segan walaupon dengan abang sendiri. Cakap sikit-sikit je. Nak naik moto dengan abang aku pun aku malu, sengal je kan. Ni malu tak bertempat ek ?

Masa abang aku nak pergi sambung study kat Yaman tu dia baik sangat dengan aku. Kenangan yang aku tak boleh lupa banyak mase tu.

 Antaranya,
abang :  " idah buat la air kat aku"
aku : malaslah. (saja-saja je)
abang : ala idah, mu je lah adik yang paling aku sayang, buatlah air kat aku.
aku : (tak termakan pun) . Dah memang aku sorang je adik yang mu ada pun. Nak air apa ?
abang : Tongkat Ali

Lagi
abang : idah, goreng telur separuh masak tau ?
aku : Yelah!

Dan lagi
abang : idah, iron baju aku ngan seluar ni ye. Tolong cari baju aku letak dalam beg
aku : Yelah. Mu ni kalau ada isteri nanti kesian isteri mu.

Oh abang ku sayang <3

~Masa abang aku kat Yaman~

Masa tu aku laptop pun takde lagi. Yahoo akaun pun tak aktif lagi.
Abang aku kalau mak aku masuk duit dia call la kampung. Selalunya, kalau dia call dia akan cakap dengan mak aku, sebab mak aku ni banyak topik yang dia boleh bualkan. Aboh aku  kalau dalam telefon dia jadi kaku tak pandai cakap sikit.

Satu hari tu abang aku call, tapi mak ngan aboh aku takde kat rumah, so terpaksalah aku yang kena layan dia sebab dia dah bayar kan untuk telefon(guna internet calling) rumah.

abang : idah mu belajor kat mane sekarang?
aku : Setapak.
abang : Idah dengor sini, mu jangan nak couple-couple lah. Mu cakap je kat aku mu nak laki yang macamane nanti kat aku, kat sini macam-macam jenis laki ade, aku boleh bagi.
aku : (amboi, senang je cakap) . Yeke pih ? aku nak laki yang rock-rock macam tu.
abang : cakap je macamane mu nok aku boleh bagi.

Bila balik Malaysia

Aku lupe topik ape, tapi aku ulang balik kata-kata abang aku dulu. "Apih, mu kan abang yang paling aku sayang"

Abang aku terkejut, "eh, ingat lagi budak ni kisah 4 tahun dulu"
See, betapa aku tak boleh lupenya kenangan dengan abang aku walaupun sekecil kuman.
hehe


Ni buatkan aku tak sabar nak balik rumah ni. Nak kahwin . Nak kumpul semua family . Ya Allah berilah aku kesabaran.


Ni antara chat IM yang buat aku excited tu. Puat aku pusing pun ada.


Ni satu. Dalam masa yang sama soalan yang sama diajukan pada aku. Dorang boring ni, sebab tu main chat-chat orang. kot? ke ada plain lain ? hehe~


Mesti dorang tak sabar aku balik. :D

Wednesday, December 21, 2011

Cakap banyak-banyak

Musim-musim sejuk ni kalau dapat baju sejuk dari China daripada orang tersayang pon best jugak ni.
Murahkan rezeki aku, murahkan rezeki aku, murahkan rezeki aku. Kalau takde, MERAJUK!


Hehe.
Takdelah, kalau tak dapat anggaplah takde rezeki kan. Relex, cool. 
Orang kate perasaan sayang ni subjektif. :D


Kalau dapat ? Alhamdulillah. Nak! Nak! Nak! 




Kalau takde langsung pon takpe, sedar diri siapa. (ayat nak pasrah je!)



Tuesday, December 20, 2011

Cuti Mid-Sem lagi

Mak, Aboh
Adik tak sabar nak balik rumah cuti mid sem ni.
Rindukan suasana kat rumah.
Rindukan Kuantan , Bukit Sagu kampung halamanku.

Kepada Che Ngoh,
Adik sentiasa doakan kesihatan che ngoh . Al- Fatihah

Tak sabar nak balik
Tak sabar nak balik
Tak sabar nak balik
Tak sabar nak balik
Tak sabar nak balik


Bila minggu cuti je, perangai jadi pelik-pelik.
Mak adik rindu mak , aboh , dan family.
Oh! Ini bukan rumahsakit homesick
Tak sabar nak balik

Diam! Diam!
Ko ade test esok.
Setiap minggu pon test.
Kata student kan.
Assalamualaikum.


Semoga kami warga Textile dapat menjawab soalan Test Knitting dengan baik. Berilah kami dapat mengeluarkan jawapan dengan baik. Amin

Monday, December 19, 2011

Saya diajar dengan sifat kasih sayang

Sayang semua.
Terima kasih kepada mimi sebab bagi aku makan ubat tu. Berkesan ooo...

Terima kasih jugak kepada housemate yang bagi ceramah free masa makan tadi. Sesungguhnya saya bukan tak usaha. Tapi saya sekarang tak suka makan ubat pil. Lambat sangat nak hancur ubat tu bila dalam perut.
Sesungguhnya saya bukan degil cuma memilih ubat untuk badan saya jugak. Saya tahu dengan doa tanpa usaha tak berbaloi.

 Terima kasih kepada adeq housemate dengan ubat selesema tu.

terima kasih semua, saya sayang semua. Much love <3
:D

Mie aku ingat lagi mase sem 1 (mase tu aku demam kot dan kita baru je kenal. Baru sangat. Aku terharu ko layan aku macam tu mase aku demam. Ingat tak mie ? Tak ingat takpe. Tak penting. I love You. Terima kasih.)

Adam Adli

Nama ni semakin digembar gemburkan sekarang.
Siapa dia ni ?
Dia seorang mahasiswa UPSI.
Nama dia terkenal setelah keluarnya kes nak meludah muka mahasiswa  ni .
Aku pon tak tahu sangat mula-mula pasal ni sebab tak berkesempatan nak tengok youtube tu. Yela, WiFi mane boleh tengok youtube sebelum pukul 5petang.

Ika yang sebutkan nama mamat ni.

Barulah aku stalke-stalke semuanya. Dari blognya hingga FB nye. Tapi fb dia dah tak boleh bukak. Kena report kot. Tapi ada la page-page lain. Kat youtube dah macam-macam vlog dah pasal adam adli ni.

Ada yang menyokong dengan tindakannya dan ada juga yang mengkritik tindakannya. Apapun kita ada akai akal yang boleh memikirkan yang mane betul yang mana salah yang mana baik yang mana buruk.


Betullah orang kate, Internet ni sangat berguna . Macam-macam info ada. Yang takde dalam tv tu pun ada. Yela, aku sebagai student mane sempat nak tengok tv. Baca paper pon malas sebab nanti banyak pokok nak kena tebang. Tu la aku layan internet je, semua ada. Syiok!

Walau bagaimanapun Allah Maha mengetahui.

Zikir Taubat


Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)

...2X

Persiapan

Aku pernah dengar motivasi Prof. Muhaya cakap, tak payah la kita bersusah-payah(beria-ia) untuk merancang hari persandingan kita yang hanya sehari tu. Tapi bersiap sedialah untuk menjadi seorang isteri solehah dan ibu mithali untuk seumur hidup.

Betul kata Prof. Muhaya tu, hari ni (zaman sekarang) memang ramai yang nak kahwin gah-gah. Tapi ilmu rumah tangga pon takde. Fuuuhhhh. Aku pon naik seram bila cakap pasal ilmu rumah tangga ni. Yela, aku ni konon la nak kahwin awal, tapi ilmu rumah tangga pon tarak! Patotlah abang apih aku cakap kat aku masa cuti dulu, dia cakap "idah mu tak boleh kahwin lagi, kena pandai masak, jaga rumah baru boleh kahwin" - rupenya kata-kata abang aku tu penuh makna. Dia tahulah yang adik dia ni memang tak tahu langsung selok belok rumah tangga. Yela, kat sekolah aku tak belajar ilmu rumahtangga ni. Sekolah aku peratusan besarnya mengajar ilmu fardu kifayah. Tak macam sekolah agama, mereka ada belajar ilmu rumahtangga(sesetengah sekolah agama sahaja). Bertuah sangat wanita yang berlajar kat sekolah tu. Dengar cerita ustaz azhar idrus kan, sekolah tu ada ajar studentnya cara memberi air kepeda suami. Siap buat praktikal lagi. Beri air kat suami pun ada caranya. Sekecil-kecil tu pun kita kena ambil berat. Memang susah nak jadi isteri yang taat dan solehah ni. Tapi, nanti balasannya kat Akhirat, Subhanallah, Allahu akbar!

Minggu ni UiTM aku ade program(minggu) CUiT. Sepanjang minggu ni, empat malam ada sesi ceramah agama. Alhamdulillah. Ceramah kali pertama maal hijrah, kali kedua, akidah, seterusnya adam dan hawa (cinta) dan yang terakhirnya Sexual Orientation ( cakap pasal gay-lesbian-cinta)

Alhamdulillah, semoga ilmu yang ada dapat digunakan dengan baik.
Semoga hati aku ni sentiasa mengikut naluri iman bukan naluri nafsu. (kata-kata imammuda Asyraf)


Mari kita kongsi ilmu~

Senang je kan nak paham .


Perasaan cinta memang tak salah. Tapi, zaman sekarang yang salah guna CINTA tu yang boleh jatuhkan  kepada haram sebab TAK JAGA BATAS. HARAM la hukumnya.

jangan salah gunakan "calon" yang ada. Kalau dah ada, cepat-cepat la kahwin. Kalau lambat lagi, jaga iman, kawal nafsu.



Baru ni dalam sesi soal jawab masa ceramah "adam dan hawa" dan ceramah imammuda Asyraf ada students( sebab dua orang yang bertanya) tanye, boleh ke kita calling2 atau mesej orang yang berlainan jantina dengan kita ?

Jawapan beliau = Tak boleh kalau tiada urusan kerja.

Semuanya sudah jelas. Hanya kita sahaja yang perlu konduk diri kita untuk mengikut naluri yang betul iaitu naluri iman bukan nafsu. (nak ayat imammuda je  kan ?)

Last sekali imammuda tu cakap " kata ustaz Azhar Idrus kalau couple saja-saja takde sebab nak kahwin , haram . " Jadi sape yang couple tu, cepat-cepat la kahwin ye. Bawak jumpa famly, nampak sikit kesungguhan nak kahwinnya.

JOM KITA TUNTUT ILMU RUMAHTANGGA

Sekurang-kurangnya kita tahu serba sedikit. Nak paham betul-betul biar IMAM kita yang ajar kita selanjutnya. hehe . ambik tahu.. ambik tahu..


Disebabkan tangan macam nak patah je dok copy paste link Siri seterusnya sambung next time.






*Apabila seorang wanita itu masuk ke gerbang perkahwinan, terbukalah tujuh pintu syurga dan tujuh pintu neraka. Ketika itu mereka digelar dengan suami dan isteri, dan terbebanlah ke atas setiapnya dengan beberapa hak dan tanggungjawab.

Tanggungjawab sebagai isteri adalah wajib mentaati dan mengikut perintah suaminya selagi tidak melanggar syariat. Suami pula wajib menyempurnakan hak isterinya sama ada lahir mahupun batin dan kalau suami hidup bermadu mesti adil ke atas semua isterinya.

Selagi hak dan tanggungjawab itu dilaksnakan, syurga telahpun tersedia untuknya, dan kalau sebaliknya, neraka adalah lebih layak untuknya.

Saturday, December 17, 2011

Ya Allah

Oh Allah…

I told you: I’m in pain

You said: ‘Do not despair of the mercy of Allaah’ (39:53)

I told you: Nobody knows what is in my heart

You said: ‘Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest’ (13:28)

I told you: Many people hurt me

You said: ‘So pardon them and ask forgiveness for them’ (3:159)

I told you: I feel I’m alone

You said: ‘We are closer to him than [his] jugular vein’ (50:16)

I told you: My sins are so many

You said: ‘And who can forgive sins except Allah?’ (3:135)

I told you: Do not leave me

You said: ‘So remember Me; I will remember you…’ (2:152)

I told you: I’m facing a lot of difficulties in life

You said: ‘And whoever fears Allah – He will make for him a way out’ (65:2)

I told you: I have many dreams that I want to come true

You said: ‘Call upon Me; I will respond to you.’ (40:60)

Terima Kasih Adeq

Wah, tak pernah aku sangka blog aku akan bertukar wajah. Yela, sebelum ni aku ada blog pon saja-saja je. Blog aku sebelum ni memang simple sangat-sangat sebab blog aku, aku je yang baca, aku je yang buka.

Baru ni, ika(adik anja roomate aku) godek-godek google search sebok nak cari blog aku. Dengan kepakaran IT yang dia ada, dia pon telah berjaga menjumpai blog aku tu. Dengan malu dan segannya, aku pon terus serang dia bila tiba-tiba dia cakap "SAYA BUDAK BARU BELAJAR"  , "blog warna kuning eh?".

Haishh!! Budak ni, jumpa pulak dia blog aku. Sebelum ni aku try cari sendiri blog aku dengan menaip nama sendiri tak pulak aku jumpa blog ni.

Pastu, aku tengok dia dok kasi cantik blog kakak dia, dengan selumbernye aku cakap la, ika buat untuk kita boleh? (muka tak malu kan) - sebelum ni memang teringin pon blog cantik ni, cume tak pandai buat dan malas nak amek tahu je.


Ika pon dengan baik hati sudi la tolong cantikkan blog ni. Sebelom ni percubaan pertama, takde masa nak ubah dan harini kelas ika habis awal, aku pon mintak la tolong dia sambung kerja yang sebelum ni tergendala.

Hasilnya.... taraaaaaa
Blog ini hasil air tangan ika .
Terima kasih kepada budak kecik ni kerana sudi meluangkan masa anda untuk renovate blog saya ni.
Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah memberkati hidup saudari.


*bukan senang ye orang nak luangkan masa nak buat benda alah ni untuk aku. Budak ni pon bukannya ada blog. Terima kasih kepada budak kecik roomate kita sorang ni :D

Much love



Tadi Imam Muda Asyraf datang. Alhamdulillah orang yang dipanggil Allah untuk menghadiri ceramah tadi sangat ramai. Input pon amat berguna. Dengan selingan lawaknye, dengan ilmu yang beliau ada. Not bad la tadi. Best sangat.

Sebab esok LDK bagi student semester 4 (turn aku), aku dah nak tidur sekarang. InsyaAllah ada masa, kita berkongsi sedikit sebanyak mengenai ceramah tadi.

Friday, December 16, 2011

I am Nurafidah Binti Abu Hassan



I'm
Me
Myself
Adik ( Piding)
Idah
Fida
Isteri (sayang) 
Ibu
HEHE


Allahu akbar!

Hati

Rambut sama hitam hati lain-lain.

Kadang-kadang kita tak sedar pon yang kita dah lukakan hati orang dengan percakapan dan perbuatan kita. Tak semestinya orang "senang" dengan percakapan dan perlakuan kita tu.

Kalau kita buat baik pon, tapi orang fikir benda tu annoying, kita tak boleh buat apa sebab itu hati orang kan. Jadi setiap yang kita lakukan berdoalah pada Allah agar orang "senang hati" dengan kita. Allah kan pegang hati setiap umatnya. Lagipun Allah maha Mengetahui.


Pandai-pandai bawa diri Fida
Hati-hati!!



Abang Sayang

Aku bahagia
Aku gembira
Alhamdulillah

Tak dapat ku gambarkan perasaan ini
Yang pasti aku sangat happy.

Terima Kasih Ya Allah

To my beloved brother Mohd Hafif Bin Abu Hassan (nama sebenar) - Mohd Afif bin Abu Hassan (nama FB)
I Love You so Much.

Adikmu <3
Much love

Wednesday, December 14, 2011

Test Pertama Kami

Bismillah
InsyaAllah esok test yang pertama bagi students tech textile iaitu test TXL270 (carpets)

Ya! memang course kami paling semangat. Course lain quiz pon ade belom buat lagi.
Semoga aku dan kawan-kawan dapat menjawab test esok sebaik mungkin. InsyaAllah.

Ya Allah permudahkanlah urusan aku dan kawan-kawan semasa menjawab soalan test yang diberikan. Amin.
Berilah kami dapat keluarkan idea yang bernas sebaik mungkin.


memanglah test je pon ! ~~
14-12-2011
Esok kena submit esaiment miss Eryna . " EMAGINE THE WORLD WITHOUT TEXTILE"
See, betape semangatnya lectures tech textile sem ni.
Happy~

Monday, December 12, 2011

Aboh borek anak rintik

Line wifi sejak dua menjak ni slow sangat dan buatkan aku jadi malas nak online. ( tipu-tipu hari-hari pon ade muke ko online fb.)


Semoga aboh selamat sampai dan balik.
Ya Allah selamatkanlah perjalanan abohku.
Lindungilah Aboh dan kawan-kawannya semasa mereka berada di sana.

Aboh kalau adik tak dapat ole-ole pon takpe.
:D



Sejak aboh aku dah tak berniaga ni, (dia kata dia pon salah seorang warga pencen. Padahal tak pon) beliau asyik berrjalan melancong melihat dunia Allah je. Jeles aku ni Allah je yang tahu. Sebab aboh kalau berjalan bukan bawak kitorang pon. ( sebenarnya aboh aku ada misi kalau dia ke luar negara. bukan main pergi bersuka-ria je).Sobs. Dia pergi dengan kumpulan kawan dia. Takpe-takpe adik paham. Nanti bila adik dah kawin nanti adik pulak akan round-round satu dunia. InsyaAllah.

Friday, December 9, 2011

Mekarnya hijrah dalam hatiku

Baru sempat nak update pasal ceramah semalam. Untuk diri aku sentiasa ingat dan tak leka.
Tajuk ceramah semalam ' Mekarnya Hijrah Dalam Hatiku' .

Terima kasih kepada Ustaz Musa dari Kuala Lumpur dan Ustaz Hisyam dari UiTM Kuala Pilah kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat dan kata-kata yang menaikkan semangat.

" Lakukan perkara biasa nanti perkara luar biasa akan berlaku pada kita "

Ustaz Hisyam ulas lagi :
Masalah manusia sekarang perkara biasa pon taknak buat. Contohnya, solat dan menutup aurat. Yela, solat yang tiang agama pon tak jaga, aurat pon tutup ala kadar macamane perkara luar biasa nak datang pada kita.  Mula-mula kita jaga waktu solat kita. Selalu solat awal waktu. Pastu lama-kelamaan diri kita terbawa untuk solat berjemaat pulak. InsyaAllah.

Apa ustaz Hisyam cakap tu tepat lagi padat. Pendek je dia cakap tapi kalau kita selami diri kita ni, memang terbatuk-batuk sampai nak terkeluar darah sebab tersedak terasa.

Maknanya, kita jaga betul-betul suruhan Allah dan kita kenal Allah dulu, suatu hari nanti kita sentiasa dapat rasa rahmat dan nikmat yang Allah berikan pada kita. Tiap-tiap hari dan detik saat perkara yang berlaku pada kita, kita sudah bersedia. Pastu kita boleh hayati setiap apa yang Allah rancangkan untuk kita tu.

Tambah ustaz lagi:
Kita perlulah istiqomah dalam setiap perkara baik yang kita buat tu.
Ya! Ini perkara yang bukan senang kita boleh buat. " Istiqomah".
Tapi ustaz kata, kita tak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam je. 
Paksa diri kita. Ye PAKSA!
Hidayah bukan nak tunggu datang dengan sendiri, tapi kita yang perlu mencari hidayah tu.


HIJRAH

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Thursday, December 8, 2011

PENAKUT

TAKNAK jadi penakut. Penakut kat sini bukan penakut yang gedik tu( takut hantu).

Taknak jadi penakut !
Taknak jadi penakut !
Taknak jadi penakut !
Taknak jadi penakut !
Taknak jadi penakut !




Berani bersuara !
Berani kerana benar !




Nabi Muhammad sebagai panduan (sunah nabi)
Al- Quran dan Hadis sebagai pegangan.

Jauhkan Aku

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti kebesaran Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya ( ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai."
Al-A'raaf:179

Ya Allah jauhkan aku dari golongan orang yang TIDAK

-Memahami ayat-ayat Allah
-Mempunyai mata tetapi tidak melihat bukti kebesaran Allah
-Mempunyai telingan tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat Allah


Ayat ni kalau nak faham kena bukak kitab  tafsir yang tebal tu. Moh kita jadi muka kitab.



p/s - Tadi kuliah maghrib ustaz ada cakap, ilmu( fardhu ain) yang paling UTAMA kita kena belajar ialah ilmu Akidah. Sebab ilmu Akidah meliputi semuanya. Jika akidah(iman) kita betul, maka mudahlah urusan kita untuk beribadah kepada Allah. Macam ilmu dunia seperti biologi, sains, matematik dan textile( hehe) kena belajar juga tapi yang fardhu ain kena dahulukan dan utamakan. Tapi, dalam tak sedar ramai orang sekarang yang mencari ilmu dunia lebih dari ilmu akhirat. Terbatuk-batuk diri sendiri kan. Yela nak ambil exam kan ? Tapi kita kena ingat segala amalan kita akan dihitung jugak oleh Allah nanti.

Hijrah itu perlu untuk berjaya di dunia dan di AKHIRAT.

Monday, December 5, 2011

Betul kata dia

Aku hanyak rakan FB dengan kakak ni. Aku kenal dia pon sebab dia kawan kepada Kak Yana dan Kak Fany. Baru ni dia ada post kat FB macam ni,

Manusia ni kadang2 malu nk buat baik padahal dh terniat.

Malu nk solat, pakai tudung, cakap perkara baik2..Sebab di sekelilingnya bkn org yg begitu. Malu jgk nk tulis yg baik2 kt fb sbb tkt org ckp 'buang tebiat ape dia ni'. Buanglah rasa malu tak bertempat tu. Trust me, once u write the good things on your fb, anda akan termotivasi dgn sendirinya. Mula2 merubah minda, kemudian mengubah perilaku.
 
Kipidapp(keep it up) ! [Ni copy paste dari FB dia]





Betul sangat kata-kata kakak ni. Sebab aku cakap betul ? Ia sudah terbukti pada diri aku sendiri hari ni.


Alhamdulillah ya Allah :D

Sebelum ni aku tak tahu ape yang menghantui fikiran aku. Aku nak buat benda tu malu sangat-sangat. Malu aku tu macam tak bertempat. Aku pon naik menyampah bila aku diserang penyakit malu tak bertempat aku tu. 


Tapi tadi aku laluinya. Memang aku terasa getaran tu. Serius aku mengeletar la jugak. Tetapi ternyata, benda yang sebelum ni otak aku ligat berfikir pasal orang kate itu , ini takde yang berlaku pon tadi. Suasana sangat tenang. Aku dapat rasai bila aku berada di situ. Aku suka sangat perasaan ni. Aku harap aku dapat istiqomah melakukan tu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Jauhilah aku dari godaan syaitan.


Bila kita buang perasaan malu yang tak bertempat tu, padahalnya okay je bila kita buat benda tu.  Takde pon fikir ape orang tu kate, ape orang ni kate. Berjalan lancar je. Rupenye tu hanya hasutan syaitan yang nak melambatkan kerja baik kita tu. 


Yang penting niat kita sebenarnya. Aku dah lama berniat nak melakukan perkara yang aku lakukan ni. Tapi harini niat aku tu baru  terlaksanakan. Takpelah lambat, asalkan aku ada niat tu dan Allah telah tunaikan niat aku tu hari ni. Alhamdulillah ya Allah. 






Oleh itu sentiasalah tanam niat yang baik untuk jalan Allah supaya suatu hari nanti Allah tunaikan niat kita tu. InsyaAllah Allah tunjukkan kita jalan. 


Apa niat kita nak buat ye ?
Niatlah apa-apa pun. Yang penting niat kita tu biarlah yang akan memandu kita untuk masuk syurga Allah dan bukan sekadar niat untuk dunia sahaja. Paham tak ayat ni ? 

Open your eyes


Ini bukan lirik penuh lagu maher zain. Just amek the best sentences . Sebab bukan nak menyanyi tapi nak hayati lirik lagu ni. 
Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Hari ni hari bahagia aku , i think. Alhamdulillah semenjak dua menjak ni apa yang aku inginkan dulu tertunai jugak akhirnya. 
Thank You Allah
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

Esok puasa sunat jom. 
9 dan 10 muharram sunat untuk kita berpuasa. 

Sunday, December 4, 2011

fikir fikir fikir

Ini bukan kisah ahli fikir.

Tapi banyak perkara yang selalu mengajak aku berfikir.
Tak boleh jugak nak main fikir secara bodoh je. Ada ke fikir secara bodoh ? Adalah! Macam main guna logik akal tanpa landasan yang betul. Selalu tak boleh terima pendapat orang. Macam fikiran dia je yang betul. Berfikir ni pon ambil mase jugak, kalau sebelum tidur ambil masa untuk berfikir lagi best kan ? Dah la masa tu pon memang sesuai untuk muhasabah diri.

Yang susahnya kalau kita fikir kita je yang betul. Haisshhh!

Kadang-kadang bila baca artikel, dengar ceramah mesti otak ligat berfikir. Pastu nak berubah pulak macamane ? ligat jugak dok ? Itu yang masalah tu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Kuatkanlah semangat aku ya Allah.

Kawan sayang aku ada cakap, kalau iman kita meningkat, syaitan yang ada pada kita pon kuasa dia lagilah meningkat. Fuhhhh. Syaitan! nyah kau jauh-jauh dari aku.
Maknanya benda yang bakal menduga kita tu lagi WOW!

Anak muda sekarang sebenarnya dah pandai berfikir dah :D

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma

Mak mai la singgah blog adik ni. HAHAHAHA

Mak, aboh,
Adik tak pandai berhujah, tapi kalau mak baca artikal ni , mak akan paham maksud adik ape. HEHEHE

Ni artikal tu. Tapi kalau mak nak suruh kahwin terus lagi bagus :D . Hehehe. Nampak macam budak gatai ke ? Tak langsung!

Mak adik tak pandai buat surat ayat best-best, tapi apa yang adik nak sampaikan sama je macam surat ni . Cuma mak  ngan aboh perlu tukar watak along tu kepada adik. Laki tu kepada perempuan. HEHEHE.

Mak, sekarang kan zaman moden, mak tak payah la simpan hasrat yang " mak nak adik kerja dulu cari duit dulu baru kahwin" . Mak tu ayat mak-mak zaman dulu-dulu kala la. Rezeki kan kat tangan Allah. Seronok tau mak, kalau kita rindu kat orang tu dapat pahala, sayang orang tu dapat pahala. Boleh adik kumpul pahala banyak-banyak. Tapi adik tahu nak jadi isteri ni susah kan mak. Mak, mak tolong lah cari tok guru yang boleh ajar adik kitab Muhimmah tu. Mak doakan la supaya adik dapat suami yang boleh bimbing adik menjadi isteri solehah. Mak suka kan ?

Sayang mak <3

Thursday, December 1, 2011

STOP!

Bismillah

Fida berhenti bercakap! ko paham tak penat ! Penat bercakap banyak ni fida oiii.

Nasihat untuk diri

 Lebih baik kamu berdiam diri dari kamu bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan boleh mendatangkan musibah dan dosa pada diri wahai fidaku sayang. (bermonolog)

Apapun harap cerita yang panjang lebar yang aku kongsikan pada diorang tadi ada isinya. Semoga KAU sentiasa pelihara lidah dan akal aku Ya Allah. KAU peliharalah tutur kataku Ya Allah. Golongkan aku dalam golongan orang-orang yang beriman. Jauhkan aku dari maksiat. Amin

Semoga segala pemberianMU( akal, tangan, muka, iman, maruah, etc) aku jaga dengan baik dan aku gunakan sebaik mungkin untuk jalanMU. Sesungguhnya semuanya milikMU dan aku kembali pon padaMU suatu hari nanti . Tempat yang aku impikan ialah SyurgaMU. KAU peliharalah hati aku Ya Allah.

KAU jadilah aku permata (wanita solehah) yang tidak bersalut dengan debu dan kotoran yang boleh dilihat murah. Sesungguhnya aku sangat takut untuk menjadi murah. Tempatkanlah aku dalam golongan orang yang beriman Ya Allah. Pimpinlah aku. Berikan aku hidayahMU dan tunjukkanlah aku jalan serta pertunjukMU. Jangan engkau pesongkan hatiku setelah KAU berikan aku pertunjuk dan hidayahMU.

Kadang-kadang kita tahu benda tu salah, dosa tapi kita tak mampu bawa diri kita untuk berhijrah.
Aboh selalu cakap, kalau benda tu kita dah tahu berdosa tapi kita still buat jugak lagilah berdosa.
Jadi kita jangan tambahkan titik hitam pada hati kita tu, sebaliknya cuci hati kasi bersih. Sentiasa kita berzikir pada Allah. Orang cakap, kalau kita nak buat dosa, kita ingat Allah , terus kita takut nak lakukan dosa tu. Persoalan timbul , habis tu kenapa gejala sosial semakin meningkat ? Dorang tak ingat Allah ke ?
Sebenarnya kalau kita guna akal yang Allah bagi dengan baik, insyaAllah diri kita akan selamat. InsyaAllah.
Dan apabila kita sedang berjalan, berbaring, dan duduk kita sentiasa zikirullah ( ingat Allah)

Takbir! Allahuakbar!

Kesungguhan

Aku percaya kalau kita betul-betul inginkan sesuatu, kalau kita usahakanya bersunguh-sungguh ditambah pulak keinginan kita tu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT insyaAllah Allah tunjukkan jalannya untuk kita. Yang penting doa dan terus doa tanpa henti serta taat pada perintah Allah. Lambat cepat itu kerja Allah.

Alhamdulillah keinginan aku dari sem 2 akhirnya tertunai jugak pada hari ini. Walaupun tadi aku sangat berdebar-debar sampai kepala naik pening. Alhamdulillah Ya Allah.

Saturday, November 26, 2011

mak........

i love you so much MUM.
You are the great mum i ever had.
i know you love me too.
i miss you at a top.

mak, adik nampak je degil, (tapi taktau la kalau betul-betul degil kan ? hehe)
adik ingat mak punya pesanan.
don't worry be happy.

To Abu's families salam Maal Hijrah adik ucapkan.
Tingkatkan ibadah kita pada Allah.
Semoga hubungan keluarga kita dilimpahi reda dan berkat Allah
Semoga Allah memurahkan rezeki kita

To Fida anak Pak Abu ~
Be strong
Always think positive. You know your deep heart said. 
Jaga hati, jaga mata, jaga diri, jaga akhlak, jaga akidah, jaga solat!
Allah knows everithing. Always pray to Allah to have a good destination in the world and akhirat. ( apa bahasa aku speaking pon aku pakat tibai je. Sorry teachers BI and all leactures BEL)
Jangan buang masa dengan perkara yang melalaikan. Kurangkan fb fida! Read a article is the best maybe or dengar ceramah agama. Awasome.
Kurangkan bercakap lebihkan diamkan diri. YOU MUST! ( jangan jadi pelik sudah)
Al-Quran dan Hadis sentiasa jadikan landasan. Jangan terpedaya dengan logik akal. Ia akan membinasakan diri.

Tuesday, November 22, 2011

Awal Sem

Awal-awal sem ni free lagi la kan. Sebab tu asyik makan-online-makan-online ( tipulah makan online je setiap hari untuk minggu ni kan. It just IBARAT KATA )

Rumah yang selesa dengan ahli-ahlinya. Alhamdulillah.
Bilik yang sejuuuukkk sangat ~ buat mate nak tidur je! Nasib baik dah ditarbiyah aboh selama sebulan kat rumah haritu. Jadi masa free takdelah disia-sia begitu saja.

Sem ni environment agak lain sikit la. Eh! setiap sem pun aku bina environment baru untuk hidup aku. Setiap sem aku bertukar rumah dan ahli housemate. Sangat awasome. Allah nak bagi aku kenal ramai orang dan jenisnya kot. Alhamdulillah syukur sangat. Orang yang Allah pilih untuk hidup bersama dalam setiap hari-hari kita ni pun ada hikmahnya. So nice :D

Tipu kalau aku tak rindu rumah. Sebulan kat rumah buatkan sekarang aku rindu "si budak aktif" tu pastu routine aku , masakan mak aku dan rindu aboh aku yang suka layan perangai aku. Terima kasih semua :D
Telefon mak semalam cakap nanti bulan April cuti sem 2 bulan. "oh, baguslah! nanti tak letih sangat mak kat rumah ni" - buatkan aku tak sabar nak cuti sem lagi ( #woi fida sedar sikit ko baru start sem barulah!)

Sem ni aku nak belajar berjimat sikit. Kurangkan berjimba-jimba di luar. Sebab sebelum mak aku balik dia pesan, " adik jangan nak berjalan-jalan sangatlah, jaga diri, jangan tinggal solat, solat awal waktu ..blablabla " - haruslah panjang nasihat org tua kan. Tapi setiap sem pun nasihat sama. Cuma kali dia dia tekankan jangan jalan-jalan sangatlah. Aku senyum je :D

Kata pain- fida cuti lima hari ni ( jumaat-selasa) aku balik. Aku ? .........

Sunday, November 20, 2011

20-11-2011

New house
New housemate
New Roomate
New subjek ! semua nak TXL subject. :D *Big Smile ( =____________= )
Esok dah start kelas untuk semester 4.
Alhamdulillah.
Good luck to ALL MY FRIENDS and I for this semester
mari kita hayati dan bersedia apa yang Allah telah rancangkan untuk kita bagi semester ni :D

Wednesday, November 9, 2011

Alhamdulillah. Terima Kasih :D

Semalam aku rasa sangat bahagia.
Walaupun hari ini  tiada kenangan yang tercipta.
Tapi, bila aku bersamaMU
Bahagia itu tetap ada
Kerana kenangan terindah yang KAU cipta sebelumnya aku amati semula
Isinya aku fahami
Aku hayati
Alhamdulillah aku dapat apa yang KAU sampaikan

Aku tahu,
Hidup ini bukan mudah
Banyak dugaannya
Tapi itulah sebenarnya kenikmatan kehidupan
Tika Allah menduga kita, kita masih bersamaNYA

Indahnya dunia
Tapi aku perlu ingat
Dunia ini hanya tempat persinggahan
Hanya sementara sahaja
Indah akhirat kekal selamanya
Tempat itu kekal abadi
Tapi kenapa aku masih leka di dunia ?
Adakah terlebih bahagia ?
Terlalu selesa ?
Jauhkan aku dari kelalaian
Dari kealpaan

Kadang
Aku malu dengan diri sendiri
Kerdil ! Kurang ilmu !
Aku amat memerlukan bantuan dariMU
Permudahkan segalanya

Dosa ?
Jauhkan ibu bapaku, aku, keluarga, guru, dan sabahat dari azab kubur dan api nerakaMU
Matikanlah kami dalam sebaik-baik kematian
Ampunkan dosa kami
Kerdilnya aku. *Malu padaMU
Dosa yang terulang
Sedarkan aku
Sesungguhnya aku takut


* SMILE *

Ketika aku terdesak
Aku perlukannya
Aku minta padaMU RM50
Tapi KAU bagi aku RM250
Bersyukur padaMU
Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah
KAUlah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Sunday, November 6, 2011

JAMAK

Ramai sangat TAG benda alah ni kat aku. Jadi aku himpunkan je lah 11 soalan korang tu dalam satu post ni ye.

RULES

• No tag back !
• You must post these rules
• Go to their page and tell them you have tagged him/her
• You have to choose 11 people to tag and link them on the post
• Each person must post 11 things about themselves in their journal
• Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer
SESUNGGUHNYE RULES INI HANYE AKAN DIPAPARKAN TAPI AKU TAK FOLLOW PON PERATURANNYE :D


11 ABOUT MYSELF

1- Nama aku Nurafidah binti Abu Hassan. Orang kampong panggil aku Idah. Orang Bandar panggil aku Fida. Orang kampong ni maknenya kawan-kawan sekolah rendah sampai aku tingkatan 3. Orang Bandar ialah kawan-kawan Setapak (STIDE)), UiTM , dan kawan-kawan akan datang. Family special sikit dorang panggil aku ADIK COMEL. Adam panggil aku acik (adik versi pelat) kadang-kadang acuuuuuu ( Cik Su yang sepatutnya).

2- Aku semestinya anak bongsu daripada empat adik beradik. Kalau ikut kandungan aku anak kelima. Tapi arwah kakak aku meninggal lemas dalam perut mak aku. Masa tu beliau dah cukup bulan hanya tunggu masa untuk dikeluarkan je.

3- Aku seorang anak peneroka felda. Aku lahir pada tahun 1992.

4- Aku  PALING suka makan Kuew Tiou Tomyam dan Bi Hoon Sup. Aku tak cerewet dalam pemilihan makanan. Semua benda halal dan boleh dimakan aku tibai je. Aku suka semua jenis air yang halal. Tapi kalau aku pergi kedai makan aku akan oder salah satu daripada air ni :- Fresh Apple, Carrot Susu, Tea ‘O’ Ais atau Tea ‘O’ Limau Ais. Aku juga seorang penggemar kopi. Susu ? boleh la. Suka jugak.

5- Aku kelihatan sombong sebelum dikenali. Tapi, sesungguhnya aku sorang peramah. Aku juga boleh jadi orang paling pendiam. AKU BUKAN ORANG PELIK.

6- Aku seorang yang gelabah ! Isshhh! Tak suka betul bila aku jadi gelabah ni. Tangan pun turut terketar-ketar sekali tau. AKU SEORANG PEMALU SEBENARNYA. Bila aku salah cakap (naik malu), tangan aku cepat je nak ketuk-ketuk anggota rakan yang berdekatan. Sape pernah kena ketuk maaf ye kawan-kawan.

7- Aku suke memerhati dan mengkaji. Aku ada REPORT tersendiri. Ala-ala LAB REPORT or WORKSHOP macam tu.

8- Kalau boleh aku nak orang senang dengan aku. Tapi aku rasa aku suke susahkan orang.

9- Aku nak kahwih awal. Dah bagitau kat parents dah pasal ni. So, dorang kena paham la kan ! Cepat-cepat la dorang carikan SUAMI untuk aku. Tapi aku pernah jugak rasa aku taknak kahwin! AKU TAK SENGAL juga TAK GILA.

10- Aku tak tahu cita-cita aku ape. Aku tak tahu aku nak sambung course ape untuk degree aku. Aku macam orang takde mase depan ye ? AKU TAK TERUK KAN ?

11- Aku jenis tak pandai nak karang ayat sangat. Sebab tu kalau dalam exam ayat aku macam ntah ape-ape je. Aku selalu berdoa agar pemeriksa paham ape yang aku nak sampaikan. Jawapan aku mesti aku tak bagi kawan-kawan aku bace, sebab aku MALU dengan ayat aku. Pemeriksa sahaja dibenarkan baca ayat aku tu. Sebenarnya, tak payah cakap dalam exam, dalam blog ni pon orang boleh nilai.


Aku tak pernah pon kena TAG sebelom ni. So, aku tak pernah la buat benda alah ni sebelom ni. Tapi sebab kawan-kawan aku dah tag, aku buat je lah kan

11 SOALAN DARI MIMIDON

1.      Awak anggap saya ni siapa untuk awak ? 
      Kau sahabat kau teman

2.      Macam mana kita boleh kenal ?
Minggu MDS la. Kita kan same SM. Beratur same-same mase nak ke anjung dengar taklimat.

3.      Apa kenangan pasal kita yang paling kau suka ?
PALING ? Banyak la paling mie , sampai aku tak tahu mane yang paling. Tapi aku suke bila ko ade dengan aku. Aku dengar cerita ko. Ko dengar cerita aku. Selalunya ko yang banyak cerita. Pastu bila ko tegur aku secara jujur. Aku suka. Ko teman aku pergi PK tu. Ko sanggup tunggu aku sebab lambat nak ke kelas padahal mase tu ko rancang nak pergi kelas ramai-ramai. (Pra raya sem 1 ? kelas MEN ? Ingat ?) Terima kasih atas segalanye.

4.      Perangai aku yang kau paling tak suka ?
Takde lah tak suka, tapi tak payah nak keras kepala sangat lah! ( aku keras kepala tak ? HEHE)

5.      The best 3 words that can describe me ?
Manja, GEDIK, bijaksana(nama ko kan ?)

6.      Blog aku, apa yang kau rasa aku patut KURANGKAN atau LEBIHKAN ?
Blog ko lantak ko lah. Aku baca je semua update ko.

7.      Link page yang selalu kau guna untuk download movie for free ?
Download bukan kerja aku mie. Sorry.

8.      Alamat penuh rumah awak ? (bukan rumah sewa kat tempat belajar tu tau)
No. 77 Felda Bukit Sagu 03, 25740, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

9.      Kau rasa apa warna kegemaran aku? Hehe
Dulu mase aku mula-mula kenal ko, PINK. Tapi bila dah lame kenal ko(xde la lame mane), ko suka semua warna. KO KAN ADIL TERHADAP WARNA!

10.  Dah pergi tengok Paranormal Activity 3? best tak?
Errr ?? AKU JAWAB “TAK” JE LAH KEPADA KEDUA-DUA SOALAN (?) KO TU YE.

11.  Ada apa-apa pesanan untuk saya ?
Mie, jaga hati tau. Sayang ko. Aku nak ko bawak aku pergi Pulau Pangkor.




11 SOALAN DARI YATSADRI

1.      kata-kata aluan untuk aku?
Yaaaatttttt (kalau aku nampak ko)

2. apa yang menarik tentang aku yang kau suka?
Ko macam kakak-kakak sikit. Ko pandai control duit. Ko hamble.   Ko malas tapi rajin



3. ingat tak kenangan manis bersama? ceritakan.. kehkeh

Kenangan manis kau dan aku takkan terluput.... Ko sanggup panjat tingkat lima SM 1. Pastu ko tidur kat bilik aku sementara tunggu next kelas. Tu mase sem 3, mase sem 2 ko selalu jugak datang RT aku. Aku suka.



4. kau nak datang rumah aku tak masa raya haji ni? tolong lapah kerbau!

Kalau boleh memang la nak kan. Tapi, mestilah tak kesampaian! Apepon daging kerbau bak la sini sikit.



5. pernah bace blog aku sebelum ni? apa yang bestnya?

Pernah. Simple. Blog ko cantik. Aku suka jam kat blog ko. Aku pernah terfikir nak bagi aku punye password blog kat ko suruh ko conteng-conteng kasi cun blog aku. Kalau aku bagi betul-betul sudi tak ko buat untuk aku ? HAHAHA

     6. apa yang kau orang rasa bila berblogging?
Puas. Aku suke baca ape yang aku mengarut kat blog aku.



                 7. apa aktiviti kau time cuti sem yang panjaaaang?

Aku berniaga tolong kakak aku. Aku memancing. Aku ikut ayat aku tengok ladang. Aku round-round satu kampong dengan aboh aku dan Adam naik moto. Aku mandi pantai. Layan drama korea kat ONE HD dengan KBSWorld. Aktiviti-aktiviti ni aku ulang banyak kali masew cuti sem ni.

     8. dah ada buah hati pengarang jantung? namanya??
Dah. Nama dirahsiakan.

9. ada tak calon future husband untuk aku? listkan. lagi banyak lagi     baguih! Kikiki
Takde-takde. Bukan kedekut ke hape ye.



10. kenapa kau orang perlu jawab soalan-soalan aku ni? 

      Niat di hati taknak jawab pon! Dah ko tanye, aku kan suke menjawab.



11. kesimpulan dari soalan-soalan aku??

Disebabkan soalan ada 11, so ada soalan yang macam ko dah tak tahu nak tanye apa lagi. HAHAHAHA






11 SOALAN DARI LANJER

1.                 apakah nama penuh nabi MUHAMMAD dan tarikh lahirnya?
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. 12 Rabiul awwal

2.                 surah yasiin ade berape ayat?
83 ayat.

3.                 berapa kali khatam al-Quran?
Lupe.

4.                 pernah becinta x?
Tak.

5.     siapa kah kawan baik kamu..bg detail*nama penuh,tarikh lahir,umur*
Ramai sangat kawan baik weh. Dari kecik sampai sekarang.

6.     siapakah orang pertama yang berjaya menampar kamu sehingga kamu menangis?
Aku lupe sape.  Yang pasti bukan parents bukan family la.Nangis sebab sedih bukan sakit.

7.                 pandai masak x?
Sikit-sikit

8.                 apekah pengajaran dalam hidup yang paling besar bg kamu?
Harus pandai jaga diri. Topup iman sentiasa.

9.                 apekah rasanya bila main game angry bird?
Seronok.

10.            suka upin ipin x?kenape?
Biasa-biasa je.

11.            bg biodata kamu..sejujurnya...*nama pnoh,tarikh lahir,mknn kegemaran,alamat parent korg skrg*
Aku dah cerita semuanya kat 11 about myself. Alamat aku, aku dah jawab kat No.8 soalan mimidon.

Tak aci la tak boleh nak tag kat kawan tu semula. Aku nak jugak tanye soalan yang aku nak tau dari korang!! 

11 SOALAN ORANG YANG BACA BLOG AKU HARUS JAWAB 
 ( Jawapan PM kat FB ye. TERIMA KASIH. Maknenye org yang xde blog pon harus jawab. No rules :D )
1.  Muke korang ada sama atau seiras dengan sape-sape tak ?
2. Binatang yang korang suka atau paling sayang ape ?
3. Aku macamane orangnye ye ?
4. Apa perkara yang korang akan lalukan sebelom tidur dan mandi?
5. Korang punye impian baju kahwin warna ape ? Korang rasa baju  kahwin aku nanti warna ape ?
6. Kuku korang jenis ape ? 
7. Cat rumah korang selalu bertukar tak ? Langsir ?
8. Masakan apa yang korang paling pandai masak dan sedap rasanye ?
9. Korang jenis boleh diharapkan tak ? Aku ?
10. Korang suka rambut panjang ke pendek ? kenape ?
11. Korang ada angan-angan nak buat bisnes tak ? kalau ada, bisnes ape ? Kalau takde, kenape takde ?

SEKIAN SOALAN DARI AKU. JAWABLAH SOALAN-SOALAN AKU TU. NO RULES! NAK JAWAB DALAM BLOG KORANG BOLEH, DALAM INBOX FB BOLEH. 

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MELAYAN AKU. SAYANG KORANG :D