Friday, September 30, 2011

AKU BERTANYA AL-QURAN MENJAWAB

Selalunya kalau sakit perut, aku suka tidur*sebab tulah harini aku seharian tidur. Sebelum ni, kalau sakit perut sangat macam ni aku letak tuam iron atas perut aku. Rasa lega sangat.*tapi berbahaya tak ?

Aku pernah nak pengsan sebab sakit perut macam ni. Masa tu aku ada kelas ganti Dr.K. Sampai nak pengsan aku tahan sakit perut tu. Pucat muka sudah semestinya. Seorang sahabat aku tolong temankan aku ke PK.*lupe la stand untuk ape. Terima kasih sahabat.


Tadi, aku call mak aku 2 kali. tapi tak berangkat. Sedih je hati ni. "Mak nape tak angkat call adik ? Adik nak ngadu sakit perut ni. Pastu adk nak mak sambungkan buat solat hajat untuk adik. Adik tengah cuti ni.Tapi hati adik tengah sedih. Adik pon takut dengan 2 paper yang coming soon tu "
Bila dalam keadaan macam ni, memang asyik rasa sedih je.  Biasalah perempuan.


Terima kasih pada seorang blogger yang share pasal 'Kenapa Aku Sering Diuji'.


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB 
”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB 
”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


QURAN MENJAWAB 
”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB 
”Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
”Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

”Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
”Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB 
”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “
Surah At-Taubah ayat 129

Alhamdulillah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kepada warga HAMRAZ yang disayangi, korang mesti semua dah tahu kan yang aku dapat kolej. Sebelom ni aku ada mintak pada Allah berikan keputusan yang terbaik untuk aku mengenai rumah ni. Allah lebih mengetahui mana baik dan buruk untuk aku. Aku pon yakin yang Allah makbulkan permintaan aku untuk memilih mana yang terbaik untuk aku. Aku mintak maaf kat korang ye pasal ni. Sape yang taknak hidup macam keluarga dengan korang. Walau camane pun, koranglah sahabat-sahabat yang aku ada dan sayang kat Pilah ni.

Alhamdulillah.
PERMOHONAN KOLEJ BERJAYA.
Aku percaya KAU lebih mengetahui mana baik dan mana buruk untuk aku.


*Wani pagi-pagi datang rumah aku mintak pinjam camera nak snap gambar sunrise. Cantik sangat cuaca pagi ni. Subuh tadi hujan. Indahnya pagi. Macam tahu je keserabutan kepala aku yang tak dapat paham apa soalan QMT245 merepek bagai ni. Ya Allah KAU kurniakanlah aku dan sahabat-sahabat kefahaman Nabi-Nabi Ya Allah. Aku rasa debar sangat buat past year tadi sebab satu ape pon soalan tu nak aku tak paham.  *sambungan selepas QUESTION 1 semalam. Tapi sekarang masih stuck.

                        Yang pasti ni buakn Beting Highland punye sunrise. Bukan jugak hasil snap wani tu.

Soalan Past Year (SEM) QMT245

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kadang-kadang paper yang lagi kita suka lagi kita nak score lagi buatkan kita tension dan study pulun-pulun. "berape banyak lagi daaa" . Credit to si budak Qamarina Qistina ni. Esok subject yang paling dia minat. Tapi subject tu yang buatkan dia paling berdebar-debar dan tak boleh tido. Takpa-takpa, kepada adik-adikku yang nak jawab paper esok, good luck, semoga Allah menolong korang semua semasa menjawab paper exam tu. Amin.

Sekarang berbalik kepada cerita aku. HEHE.
Tadi aku buat past year tahun 2011 QMT245. Fuuhhh wa cakap lu, 1 soalan aku amek masa sejam weh. Dah la tu baru QUESTION 1. Takutnya nak jawab untuk final nanti. Sesiapa yang nak amek paper QMT245 pada 5hb nanti mari kita berdoa sama-sama. Sebelum tu, sahaja aku menjawab exam kerana Allah taala. Barulah rasa kepuasan tu kan.

Ya Allah KAU permudahkanlah urusan kami semasa kami berada dalam dewan exam Ya Allah. KAU buangkan rasa cemas dan cuak yang menyelubungi hati kami Ya Allah. KAU bantulah kami semasa kami menjawab soalan tersebut. KAU berikanlah kami jawapan yang betul semasa kami menjawab soalan QMT245. Engkaulah yang Maha Berkuasa. Amin.


Semoga kami warga AS118 dapat keputusan dengan cemerlangnya. Amin.


                                                                          rindunya kat baby ni (muka aku masa kecik-kecik)


2 paper yang mendebarkan~ COMING SOON

* Ya-Allah. Ampunkan aku. Selama ini aku khilaf. Maafkan aku jika selama ini aku tidak ikhlas mencari cinta-Mu. Maafkan aku jika selama ini aku kurang mengingatimu. Maafkan aku jika selama ini aku hanya berdoa kepada-Mu untuk memenuhi keperluan peribadiku. Ya-Allah, bantulah aku untuk kembali mencari cinta-Mu. Bantulah aku untuk kembali memperbaiki diri semata-mata untuk-Mu.' AMIN.

Tuesday, September 27, 2011

Malu Pada Allah

Aku nak ucap terima kasih sangat pada sorang kakak blogger ni. TERIMA KASIH AKAK AMALINA ALLEN. Okay dah ucap pun.

Aku start baca blog dia bila kawan aku ada share pasal kahwin awal kat kitorang punye friendship group. Aku baca blog dia kan, aku tertari dengan ayat dan isi kandungan blog dia. Akak ni dia punye ayat simple -simple je. Tapi ayat-ayat dia boleh buatkan kita berfikir pasal Allah dan diri kita. Ayat dia rock beb wa cakap lu. Okay tetiba aku pon nak rock jugak. sengal je . HAHA.
Okay tetiba nak letak gambar herbalife pulakkan.

Aku baca blog kakak tu kan dari dia belom kawen sampai sekarang dia dah ada seorang anak perempuan 3bulan. Dia kawen masa dia menuntut kat UIA. Masa tu umur dia 21 tahun kot sebab sekarang ni umur dia 22 tahun. Suami dia pulak sekarang 23 tahun. dorang suami isteri ni sangat aktif dalam dunia HERBALIFE. Dorang student part time yang buat herbalife. Dan aku rasa*pendapat sendiri - dia ni kayalah. Lagi-lagi join herbalife ni. So, memang macam takde masalah dia nak kawen. Famly dia memang jenis kawen awal. *okay famly aku pon. yeayh2 ada chance kawen awal. HEHE.


Nak cite pasal kakak ni panjang sangat nanti entri aku. Yelah , aku dah stalke blog kakak ni banyak kot. follow baru la jugak kot. Okay, apa kaitan dengan tajuk aku tu ? Tajuk aku suka hati aku lah. Okay jom baca blog kakak ni . Tajuk ni aku suka :D

Kahwin Awal

Wah! Wah! Wah!
Perasan tak aku sekarang rajin update blog. Entahlah kenapa. Aku sendiri taktau kenapa sejak dua menjak ni aku rajin update blog weh. Maybe kat sini senang nak luahkan isi hati kot. InsyaAllah mudah jugak menjadi perantaraan aku dengan Allah.
okay kantoi amek kat syahirul.com punye gambar.

Okay mari kita ke tajuk utama. Kalau aku cakap pasal kawen awal kat depan kawan-kawan aku, dorang macam dah lali dah. Ini bermakna, aku memang selalu cakap yang aku nak nikah awal ni. *walaupon aku antara kawan-kawan yang takde pon teman lelaki tapi dengan beraninya aku cakap yang aku nak kawen awal dari kawan-kawan aku tu! Langkah bendul aku siap! hehe . gurau je. Jodohkan di tangan Allah. Kepada kawan-kawan aku yang dah macam wajib kawen tu, luahkanlah isi hati kat parents ye. Bahaye weh hidup dalam penzinaan. Mintak sangat pada Allah supaya aku dan sahabat-sahabat aku dijauhkan dari segala jenis zina yang ada. Amin. Aku banyak jugak baca blog yang bagi tips macamana nak mintak izin parents kawen awal ni. Nak cerita panjang sangat, bagi kesimpulan je lah. Allah kan pegang hati ibu bapa kita. Hati manusia semua milik Allah, Allah yang pegang hati-hati hambanya. Bukan hati jelah sebenarnya, segalanya milik Allah. Jadi tugas kita hanya berdoa pada Allah agar parents kita terbukak hati untuk izinkan kita kawen.
Pastu kita berdoa pada Allah supaya Allah permudahkan urusan kehidupan kita. Cerita pada Allah yang kita nak kahwin awal. Yang paling utama mintak pada Allah supaya kita bersedia zahir dan batin. Ingat fida, bukan senang-senang je Allah nak makbulkan doa ko kalau ko pun banyak buat dosa banyak buat salah dengan Allah. Kesimpulannya jaga diri dan jaga hubungan dengan Allah.

Seronokkan kalau dapat suami yang pandai agama. Lagi seronok kalau dapat suami yang boleh ajar kita isi kandungan Al- Quran. Lelaki macam ni tak semestinya stok-stok ustaz je kan ? Ada yang muka gengster gua cakap tapi alhamdulillah pandai bab agama. Ya Allah kurniakanlah aku dan sahabat -sahabat seorang suami yang dapat mengajar kami mengenai isi Al- Quran. Amin.
Suami yang rock pon boleh. Asal pandai agama dan hidup berpandukan al-Quran dan hadis sahih.

Sebelum ni aku tercari-cari sangat ayat Al-Quran yang cakap pasal perempuan baik untuk lelaki baik tu. Alhamdulillah aku jumpa ayat tu masa baca Al-Quran pagi tadi. terima kasih ya Allah. Mari kita search internet cari ayat tu. Surah An-Anur ayat 26.  Nak tahu ayat tu dengan detail, tekan sini je lah .


Seronok tengok orang kawen awal.
Nanti aku kawen macam ni jugak tak ? insyaAllah. Doakan yang terbaik.

Monday, September 26, 2011

CUTI-CUTI CINTA

Jom berangan kita sedang bercuti kat rumah :D


yang pasti ni bukan rumah aku.

1- Kat rumah aku taknak buang masa dengan membuta tidur.
2- Aku nak tidur awal. Seawal jam 12am. Bangun pukul 4am. (kalau rasa nak tolong kaklong siapkan barang berniaga dia boleh jugak). Semoga aku rajin ya Allah.
3- Pagi biasalah mesti kena sapu-sapu rumah. Kemas-kemas barang Adam yang bersepah tu. Berbaloi tak kalau aku mop rumah tu setiap hari ? sebab aku ada sorang kawan ni, mak dia akan mop rumah lima kali sehari oh. Masa dulu, kalau aku malas nak kemas rumah kan, mesti aku akan ingat kehebatan mak kawan aku tu menjaga rumah dia. Tapi yang aku geram ngan rumah aku ni, Adam ni suka sangat buat sepah. Kadang-kadang bila dia makan nasi berterabur. Nak ubat hati sendiri, ayat ni jelah yang mampu- "takpe-takpe, nanti senang bila ada anak sendiri. takde pusing-pusing kepala sangat bila dapat anak nakal hiperaktif."
4- Masak untuk breakfast ? kaklong kan ade. mesti aku dapat makanan dari kedai dia punye. tapi takkanlah nak makan nasi je selalu kan untuk breakfast aku . Sebulan tu cuti. gemoklah nanti. Pandai-pandailah nanti. Kat rumah aku bukan ade orang pon nak makan. tu tak kesah sangat dengan breakfast. eh lupa! ada tok aku dengan adik anih lah (pak sedara angkat). Tak biasala cuti ade dorang kat rumah. Tapi aku rasa cuti ni dorang still ada kat rumah aku kot. Sebab tok aku buat pulut panggang untuk kedai kaklong. Famous you pulut panggang tok aku. Pandai-pandailah aku adapt nanti bila dah balik rumah tu. *mesti pelik kan ? macam aku tak pernah balik rumah je sebelom ni. HAHA.
5- Yang pasti sebelom pukul 12pm aku nak tidokan Adam semula. HAHAHA. Aku boleh online. kalau budak tu tak tidur, aku nak online sebuk je dia nak main lappy aku.
6- Masak tengahari ? Sebelom ni, rumah aku tengahari mana ade orang. dorang pulak semua jenis kurang makan. Mak aku tengahari mana ada kat rumah. masih bekerja. Aboh aku kompem-kompem dah makan kat kedai kaklong. Aku tak tau, kalau aku duduk kat U ni, dorang kat rumah tu makan ke tak tengahari ? nak masak kang takde sapa makan macam membazir je !. TAPI SAYA NAK BELAJAR MASAK. Ya Allah berikanlah aku jalan untuk aku belajar memasak. Ha! tok aku kan ada, aku boleh masak untuk dia. *tapi tok aku cerewet orangnya. ngeee~
7- Mak kata, Adam sekarang kuat berak buang air besar *sopan sikit. Okay bersedialah aku! Dia dah besar weh. 1 tahun 7 bulan dah. bau tu dah lain dah. opppsss.. sori sori.
8- Petang mesti kaklong bagi makanan dari kedai dia. Makannan petang . Contoh, goreng pisang, keropok lekor, jemput-jemput, ABC , cendol, etc.. Makanana untuk gemukkan badan ni.
9- Aku rasa aku nak tolong mak aku basuh ayam 10 ekor tulah. Ya Allah berilah aku peluang untuk menolong mak aku cuci ayam selama aku cuti ni. Mesti mak macam taknak bagi je kan sebab mak kate adik buat keja lambat. "mak, kalau mak tak bagi peluang adik basuh ayam tu, bila masa lagi adik nak mantapkan skill basuh ayam adk tu" okay kecoh ! basuh ayam je puuunn.
10- Jangan LALAI masa kat rumah. CINTA ALLAH CINTA ABADI :D Ni paling penting. Kat rumah jangan nak tinggal apa yang selalu buat masa kat U. Ya Allah peliharalah hati aku.


Ni masjid kat Melaka tu. Cantik permandangan masa senja. Serius cakap! Tak percaya pergilah masjid ni.

Semoga semuanya dipermudahkan hendakNYA semasa di rumah nanti.

Kita Hari Ini

Kita hari ini hasil dari apa yang kita panjatkan doa dari Allah S.W.T. HASIL you. Yelah dalam doa(permintaan) kita tu, kita just perlu percaya betul betul apa yang kita mintak dari Allah. Siapa yang tak biasa menangis tu, terlebih air mata, masa ni lah time yang sesuai untuk keluarkan mutiara mutiara berharga tu. InsyaAllah air mata tu boleh jadi saksi kita. Air mata tu jugak boleh jadi penghalang untuk kita dijamah api neraka. 

Suka sangat ayat ni :

 Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa






Dengan doalah kita boleh jadi kuat dan hidup bahagia hingga hari ini. Doakan senjata orang muslim.  :D


bunga ros ni kan banyak duri. lambang pertahanan diri kita. <3 bunga rose you .


Siapalah aku di atas bumi Allah ini. Hanya seorang hamba yang daif. Tapi Alhamdulillah aku mensyukuri nikmat iman yang KAU berikan padaku Ya Allah. Alhamdulillah. Aku malu denganMU ya Allah.Aku hidup di atas bumiMU dengan bahagia tapi aku masih melakukan dosa padaMU. Ampunkan dosa aku Ya Allah. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, dosa sanak-saudaraku, dosa guru-guru dan pendidikku, dosa-dosa sahabatku, dosa-dosaku dan dosa muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Sunday, September 25, 2011

MESIR

Seronoknya singgah blog kawan ni, kadang kadang baca entri blog dia jadi spirit nak study. tapi bila nak start study mesti ade keje lain yang nak kena buat. *ini bukan alasan.

blogger tu dia kawan rapat mase kat plkn dulu. sekarang dia dah terbang kat mesir amek degree medicine kot. Sejak dia pergi sana selalulah aku usha blog dia. seronok sebab dapat tengok gambarss yang dia snap kat sana. Untungnya jadi dia. Masa kat plkn dulu, memang dia cakap cite cite dia nak jadi doktor. see... sekarang memang dia sedang berjalan ke arah itu. aku ? InsyaAllah Allah aturkan kehidupan yang terbaik untuk aku. bak kate Qiss (housemate, 5112) ala kak fida, kalau semua jadi doktor sape nak jadi textilers ?
Sebenarnya Qiss kak fida bukan nak jadi doktor sangt pon. tau dah result SPM pon ntah macam ape je, takkan la nak mintak doktor untuk pilihan pertama, kedua dan ketiga kan ? kalau tengok logik memang tak dapat la kalau result macam tu.

Aku suke baca blog kawan aku tu sebab dia belajar kat mesir. Sudah semestinya dia akan selalu letak gambarss pemandangan yang cantik cantik dari mesir sana dalam blog dia. Pastu mesti dia ade cerita kehidupan dia kat tempat orang. Kawan sendiri punye pengalaman lagi seronok dibaca.

*Abg Apih, kalau dulu abang apih ade blog mesti adik pon selalu baca blog abg. Tapi Abg pandai YM je. :(


KETIKA CINTA BERTASBIH :D


Cerita ni dah berapa kali dah aku ulang tanyang. suke sangt dengan jalan cerita cita ni. Ketika Cinta Bertasbih 2 lagi best jalan cerita dia. *Kenape tiba tiba aku cakap pasal movie KCB ni ? KCB 1 kan cerita dia banyak shot kat Mesir sana. Aku boleh ulang tayang cerita ni sebanyak mane pon tanpa jemu. Sampai sekarang *study week, final exam dah bermula aku still layan KCB ni.

SAYA NAK BELAJAR LUAR NEGARA JUGAK BOLEH TAK ?
Ya Allah, KAU aturkanlah kehidupan aku sebaik baik aturanMU ya Allah.






Ada(nama orang) sebenarnya fida nampak Ada mase kat terminal haritu, dan Fida rasa Ada pon nampak Fida kan ? Malu ye nak tegur ?  :D
Takpelah, apepun tak sabar nak tunggu ada punye post pergi Cairo nanti