Thursday, October 27, 2011

Hangit

HOT FM

"anda terkena panggilan hangit"

dengar HOT FM tak baru-baru ni? penah tak dengar aku terkena panggilan hangit tu ? kalau pernah memang tipu! sebab aku tak pernah kena pon panggilan hangit tu.

 Habis tu ape kena mengena hangit tu dengan hot fm ? Sememangnye takde kena-mengena. Perasan tak ( sape-sape yang kenal aku je la yang perlu jawab) kalau orang tanye aku soalan, kadang-kadang mesti aku jawab soalan tu tak kena pada jawapan tu. Tapi kalau korang analisa jawapan aku, sebenarnya jawapan aku tu ada KENA MENGENA dengan persoalan yang korang bagi tu.

Contoh soalan :

Fida esok jadi tak kita keluar ?

Jawapan aku bagi :

Aku bawak kawan aku tau.
See. Sepatutnya aku jawab je lah JADI kan ? Tapi maksud jawapan aku tu JADILAH sebenarnya. Susah nak paham eh ?
 Benda ni berlaku secara automatik *Tapi tak selalu terjadi la. Benda ni selalunya akan terjadi bila aku glabah sebenarnya. TAPI AKU DAH JAWAB SOALAN LAH!

Berbalik semula pada tajuk asal ( Bahasa Malaysia aku A), aku nak cerita pasal aku buat hangit kuah nasi dagang mak aku gara-gara aku tengok cerita Secret Garden episod 19. Caiittt!! aku rasa bersalah sebab sampai sekarang pun mak aku dah tak harapkan aku jaga dia punye gulai tu.
Kitorang ada tempaham ketering selama 3 hari. Bermula dari hari jumaat - ahad. Jadi, ahad malam tu aku free sikit sebab mak aku isnin cuti, sebab tu aku nak pulun tengok cite secret garden tu sampai habis ( baru ade mood nak tengok cerita tu sedangkan aku dah simpan cerita tu dari aku sem 2 lagi. Sekarang aku dah nak masuk sem 4). Lagi 5-10 minit cerita tu nak habis aku dah bau macam hangit-hangit kat dapur. Aku ingat semula, aku dah tutup sambal nasi lemak kaklong. Ni semua sebab aku selok sangat nak habiskan cerita tu. Lepas episod 19 habis aku terus pergi dapur, aku terkejut tengok kuah gulai yang penuh periuk sepatutnya dah nak hampir kering. Subhanallah. Cuak giler! *Sebenarnya sebelom aboh aku tidur dia dah pesan suruh aku tengok-tengokkan gulai tu. Tapi aku tak dengar. Sebenarnya aku dengar benda lain. "Adik nanti nak tidur tutup TV tu" Sebelom ni aku pernah tidur tak tutup TV , mase aboh bangun nak solat

Sunday, October 16, 2011

Facebook

facebook jangan main-main dengan aku boleh tak ? aku ade urusan penting nak buat ni. Aku nak tengok maklum balas dari kak Amalina Peter Allen ni pasal herbalife shake tu. *Aku tak tahu aku terpengaruh ke ape, tapi aku rasa aku nak try la produk herbalife tu. Aku nak suruh mak aku cuba produk tu. Sebab sebelom ni kak Amalina Peter tu ada masalah macam mak aku, pastu sekarang Alhamdulillah dah okay dia cakap. So, aku usaha la dulu kan. Lagipon kak Amalina Peter tu kan study kat UIA Kuantan, alang-alang aku masih di sini nak settel cepat-cepat pasal urusniaga tu. Lagipon aku nak jugak ngecek mak aku punye herbalife tu. Nanti boleh kurus sihat.

Line internet.. laju la sikit ye. Susah la kalau macam ni.

Saturday, October 15, 2011

Ku Bahagia

Harini aku baru ade peluang untuk menulis. Aku pinjam broadband kaklong sebab harini dia balik rumah mak mertua. Terima kasih kaklong tinggalkan broadband.

Cuti seminggu berlalu.
Aku rasa sangat bahagia berada disamping di samping keluarga tercinta!
Aku cari jugak waktu untuk menulis dalam blog aku ni . Sebab lepas habis cuti ni aku boleh baca semula ape yang aku mencarut dalam blog aku ni time cuti semester kali ni. Yela bila bergelar student ni, payah sungguh nak lepak dengan family. Cuti semester ni je lah masanya.

Sesi mak main teka-teki dengan anaknya

Teka-teki 1 #
mak : adik ce teka buku ape paling suci ?
aku  : asal mak aku tetibe main teka-teka ni. *dalam hati . Buku ? buku ape ye ? Tak tahu lah mak (jawapan malas fikir). Apa jawapannye ?
mak : Buku lali.
aku  : Kenape pulak mak ?
mak :Sebab orang kalau mandi mesti gonyoh (gosok) buku lali dia.

Teka-teki 2 #
mak : Adik binatang ape yang tinggal di rimba, istana dan sungai ?
aku  : mana adik tau.
mak : cepatlah teka.
aku : ape ye ? ( buat-buat berfikir) . Tak tahulah mak. ape jawapannye ?
mak : Burung Raja Udang. Burung di rimba, Raja di istana Udang sungai.
aku : oh.

Teka-teki 3 #
mak : adik cepat teka. Mari macam ambulans bila sampai jadi doktor.
aku  : ha! yang ni adik tau.
mak : ( buat bunyi ambulans)
aku  : nyamuk !
mak : betul !

Teka-teki 4 #
mak : ni lagi satu. Dua wajah tujuh nama. Ape dia ?
aku  : ermmm.. (macam biasa aku tak tahu jawapan. tapi buat-buat berfikir.) . Ha! pelangi!
mak : salah!
aku : jap-jap mak. berfikir lagi
mak : jawapannya Siang Malam ( dua wajah) . Pastu Isnin- ahad ( tujuh nama)
aku : oh. (tak sempat bagi jawapan). Excited la mak aku ni *sekadar dalam hati

*Aku : Mak dari mane mak dapat semua teka-teki ni ?
  Mak : Radio IKIM tu sekarang selalu buat teka-teki.
  Aku : Patotlah.

Sesi aku menjalankan rutin harian
Sekarang aku tido awal. Pukul 12 tengah malam mesti aku dah tido . Awalkan ? Pastu bangun lambat jugak! Pukul 6am baru nak bangun. Tak menjadi sangat la rancangan dalam entri ni . Tapi yang bestnye , lepas aku bangun tu aku sempat jugak la tolong kaklong isi nasi lemak yang dia kukus tu dalam plus makanan tu. Tu je ko buat fida ? Taklah! pukul 7am aku pergi berniaga kat kedai kaklong.
Macam biasa, kalau firstday aku mesti gelabah. Ada je aku buat masalah! firstday aku berniaga hari isnin la. Guest what ? aku jatuhkan kalkulator kaklong dalam sambal nasi lemak mase nak pulangkan duit lebih kat pembeli. Kaklong cakap, aku ni memang firstday ada je masalah! Okay fine! Dua tiga hari kalkulator tu sembuh semula setelah dijemur di bawah terik mentari.

Aboh aku suruh aku hantar air, firstime aku hantar air tangan aku terketar-ketar. Lepas tu aku buat keputusan aku malas dah hantar air lepas ni. Aku nak bungkus lauk je ngan layan pakcik-makcik yang nak beli nasi kat depan. Kerja-kerja hantar air, pekerja kaklong(kak Nurul) la yang buat. Ada la jugak aboh blebe kat aku sebab taknak hantar air. *aku rasa dia nak train tahap malu aku la. Aboh sesugguhnya adik bukan malu, tapi segan. Dah la tak boleh bendung ketar-ketar tangan ni. haiisshh. My bad.

Dalam pukul 8.30am Abg Naim hantar Adam kat kedai kaklong sebab dia dah nak pergi kerja. Adam tau-tau je lah. Tahap aktif dia tahap maximum nak mampos. Aku lah kena awasi dia. Dia suke main lari-lari atas jalan. Nasib baik pukul 9am keatas makanan dah nak habis, so pelanggan dah sikit-sikit je lah. Dalam pukul 10 lebih macam tu aku, aboh , ngan Adam dah boleh balik rumah. Tiap-tiap hari sebelom balik rumah aboh mesti bawak kitorg ronda-ronda Bukit Sagu. Adam kalau balik rumah terus dia akan menangis sebab tu aboh bawak dia jalan-jalan naik moto. Lagipun kalau aboh cakap " adik jom balik" aku laju je cakap "adam jom round-round Bukit Sagu" . Paham-paham je la aboh aku maksud tersirat aku. Pandainyeeee

Sampai rumah aku baru start buat kerja rumah. Macam sapu sampah, basu baju, jemur baju dan basuh periuk belange kaklong. Sebelom Zohor, aku rebut peluang tido. Masa ni, aku, aboh ngan adam tidur sama-sama depan TV . Fuhh, nikmat dia Allah je yang tau. Betuah punye budak!!

Macam ni lah cuti aku selama seminggu ni. Aku rasa rutin ni akan berlanjut sampaila aku habis cuti semester ni. Tapi takpe, aku bahagia. Aku gembira laksanakan tugas harianku. Alhamdulillah.

Esok nak pergi mandi pantai Batu Hitam. Orghang puteh kabo BLACK STONE.

Thursday, October 6, 2011

Sm1- 5141

Malasnya nak kemas barang!
Sem depan pon dapat rumah yang sama jugak! UiTM kenapa saya yang tak buat rayuan ni pon dapat tingkat 5 jugak ? Dapat RT tu tak kesah mane sebab dah sebati! Tapi sedih sebab masih tingkat 5. Sama je rumah aku sem 3 dengan sem 4. -" alhamdulillah dah sem 4 semester depan. " Baik tak payah buat clearence. Tak payah angkut-angkut barang!. Sem depan kat sini jugak bakal aku bertapak! Ya Allah berilah sem depan ada perubahan untuk aku pasal rumah kolej ni! Amin.


Mood nak kemas barang hiduplah semula :D

Wednesday, October 5, 2011

Comelnyeee (.^_^.)

Paper QMT245 Done! Alhamdulillah. Ada yang tak boleh jawab tu biasa :) Apepon aku harap aku tak jumpa ko lagi dah la ye QMT245.

Bubuy adik rumah.
Jumpa lagi next sem Aishah sayang. Dia adik rumah aku.  Aishah ni suka sebut COMEEELLL. Sikit-sikit comel. Nampak benda cantik ke lawa ke comel ke cute ke mesti dia akan cakap COMELLLLL. Okay mesti kak fida rindu dengan Aishah nanti. Sem depan kalau jumpa kak fida, tegur peluk kiss tau!

Aisyah,
Terima kasih sebab teman kak fida study kat RT ni dalam tempoh study week ni. Sanggup menerap atas lantai sebab nak teman kak fida study walaupun Aishah dah lena bersama buku BIO tu. Comel! - curi ayat Aishah. Tapi takpe, asalkan kak fida ada teman.

Malam tadi Aishah usap-usap belai-belai kepala kak fida masa kak fida cakap kak fida tak boleh tido. Akhirnya kak fida lena tertido. Rasa macam ada mak disisi pulak tu semalam. wuhuuuuu. Terima kasih Aishah.

"3.33!!" "Take care" Tu kata-kata yang Aishah bagi masa kita peluk cium tadi.  Aishah tadi susah la Aishah. Tapi kita doa sama-sama ye.

Jumpa lagi next sem Aishah. Assalamualaikum.
*Aishah biskut CHEESE tu ?

Last paper TXL211.

Mak Lain Pulak Gayanya

Tadi aku jadi anak tak tahu malu sebab mintak aboh topupkan kredit. Mak tanya, dah tak buat bisnes topup ke ? Aku dengan lajunya jawab- "TAK. Apa masalah ntah. Tadi Kak Pijah call. Dia cakap tauke topup tu tukar orang. So,  Pokjo dah tak mahu sambung urus niaga dengan tauke baru tu."

Tadi bagi tau mak yang esok dah nak masuk dewan exam semula. Perasaan cuak menyelubungi jiwa-raga sekarang-"ayat nak over je!". Ngadu la kat mak exam esok susah. Mak doakan adik tau. Solat Hajat untuk adik tau. Mak pon mulalah berleter memberi nasihat panjang. Aku dah tau dah, kalau call mak memang  mak akan bagi support lebih. Bagi nasihat panjang-panjang. Bagi tips sebelom masuk exam. Tulah mak aku. *Walaupon ayat dia sama je. Mak, adik akan buat yang terbaik esok. InsyaAllah.

Kalau aku ngadu kat aboh aku pulak, takde maknenya dapat nasihat-nasihat, ayat-ayat semangat ni. Aboh aku ni jenis COOL. Nanti mesti dia cakap, "aboh tak bagi tekanan pon kat adik. Jawab je lah exam tu." Tengok ayat aboh aku! Huuuuuuuu... Sebab tu kalau bab-bab ni aku lebih suka ngadu-ngadu kat mak. Tapi masa aboh aku muda-muda dulu aboh aku yang suka pakse aku study! Maybe sekarang aku dah besar, dia anggap aku pandailah manage kerja, time dan study sendiri. Apepon aboh memang COOL. Lagi cool bila aboh nyatakan hasrat nak adik belajar sampai PHD. Doakan ye aboh.

Apepon aku kena ngadu kat Allah dulu. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Mengasihi, Maha Melihat.

Ya Allah esok kami warga student UiTM  yang amek subjek QMT245 nak amik exam dah. Permudahkan urusan kami Ya Allah. Subjek tu susah. Bagilah kesenangan kepada kami semasa menjawab soalan tersebut. KAU berikanlah kami ketenangan. Tolonglah kami esok hari Ya Allah. KAU lah yang Maha Berkuasa. Amin.

Teringin nak makan Tom Yam mak. Nanti nak bejalar buat Tom Yam Thai.

Tuesday, October 4, 2011

Pengubat Rindu

Memandang membawa pahala ada lima sabda nabi :


1) Melihat al quran
2) Melihat kaabah
3) Melihat air zam-zam 
4) Melihat wajah ibubapa
5) Melihat orang alim dan melihat alam mengingat Allah

Motif sekarang : Sangat rindukan mak dan aboh. Dah lama tak minum air zam-zam. Baca quran ?- masih cuti. Tak sabar nak jejak kaki ke Tanah Arab- Makkah. Suka menikmati alam semesta. 

Rindu mak. Belakang mak ada kaabah la. :D

Yang galas beg biru tu tok aku. yang hitam tu ? 

Hensem tak aboh aku ? Comelkan bila botak :D

Aboh doakan kami ye? Barakallah.


Tetiba je rasa tak sabar nak balik rumah. Aku dah terlalu rindukan rumah dan ahli-ahlinya. Rumahku Syurgaku. Yeayhhh!! Dah nak start cuti sem. Cepat sangat waktu berlalu.


Monday, October 3, 2011

Miss Haslinda

Tetiba sekarang aku rasa macam nak pergi bercuti  kat semua tempat yang aku idam-idamkan selama ni. Dan aku sememangnya harus sedar bahawa sekarang aku masih di UiTM dan final exam aku tak habis pon lagi.

Jom join bercuti kat tempat yang aku nak pegi ni. Mari kita hayati keindahan ciptaan Allah Yang Maha Esa.

Aku teringi sangat ke Pulau Perhentian. Ada plan dengan kakak Daya yang kami akan adakan reunion SMT ERT Setapak (STIDE) ke sini. Tu pon kalau mak dan aboh aku bagi. Kalau tak dapat izin dari parents aku maknanya aku akan pergi Pulau Perhentian tu selepas kawen jelah. Berbulan madu kat sana. Kakak aku cakap best. I'm must try it. HEHE.

PULAU PERHENTIAN, KUALA TERENGGANU




Ni gambar snap dalam air. Search internet je gambar ni. HEHE
Cantik tak ? cantik tak ? Cantik tak ? Cantikkan permandangan sunset dia. Romantik gitu

Sekarang jom kita ke Pulau Tioman pulak. Walaupon Pulau Tioman ni dalam negari Pahang tapi aku tak pernah lagi jejak kaki ke Pulau ni tau. Sedih kan ? So, sekarang jom kita ke Pulau Tioman -nada semangat gitu.

PULAU TIOMAN, PAHANG


Nak main dengan ikan-ikan ni. Mesti seronok!

Romantika! awwuu

Moh kita ke Pulau Pangkor pulak. Pulau Pangkor ni mimi cakap dekat je dengan rumah dia. So, aku akan cari peluang untuk tido rumah mimi* bole ke mie ? dan pergi Pulau ni. Bercuti dengan kawan-kawan UiTM Kuala Pilah ni. Bestnye! Ya Allah permudahkanlah kami untuk sampai ke Pulau ni. Amin sama-sama ye kawan-kawan yang nak join tu. Takpe ke mie ? errrr -.-''

PULAU PANGKOR, PERAK



Subhanallah! Cantik sangat tempat ni. Mie bawak aku g sini lagi eh.

Asyik pantai je dari tadi. Sekarang rasa nak menikmati air terjun dalam hutan pulak. Sudah semestinya aku nak rasa kesejukan Air Terjun Sekayu dan Lata Cemerong. Dua- dua air terjun ni terletaknya dia Terengganu. 


Air Terjun Sekayu, Kuala Berang, Terengganu

Ni pintu masuk dia.

Ni kalau kita nak overnight.




Lata Cemerong jom. Lata ni lagilah cantik. Nampak dari jauh tau air terjun dia. Cantik. Besar sangat. Aboh, jom kita ke sini lagi masa adik cuti sem sebulan tu ye. Sekarang ni tak puas sangat lah.HAHA. Koya!

Lata Cemerong, Terengganu.

Dari jauh pon nampak kan ?

Ada sediakan shower tau.


susah nak cari air terjun yang uniq macamni. Tetibe je ada kat situ.

ha... ni gambar air terjun yang paling atas. 

cantik kan ? subhanallah. 


Motif tajuk Miss Haslinda ? 
Tadi pergi bilik miss tanye soalan. Lepas aku keluar dari bilik miss tu ramai gile orang serbu nak tanye miss. Miss hebat. Semoga miss diberi kekuatan oleh Allah untuk tahan melayan karenah-karenah kami. Biasalah, bila semakin hampir dengan date nak jawab paper Statistik ni, bilik miss memang selalu akan diserang dikinjungi kami. Terima kasih Miss Haslinda untuk hari ni. Barakallah. 

Seronoknya pergi bercuti. Sekarang otak dah fresh baru balik bercuti jom sambung study TXL Weaving I. 

Doa .

Semoga hati sentiasa cenderung pada yang Kau kehendaki dan jauh dari laranganMU. Amin.


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Dekatkanlah Aku Pada-MU


Ya Allah, golongkanlah aku, keluarga dan sahabat-sahabat dalam golongan orang yang beriman dan dekat padaMU. Amin.

Mari kita sama-sama hayati solat tahjud.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti. - Subhanallah. Allah sayang hamba-hambaNYA. 

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis riwayat Abu Daud)


Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata:
“Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat."


Kurniaan di dunia

  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)


Empat perkara di akhirat

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya,

“Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?”

Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!”
(Hadis Riwayat Muslim)




Keutamaan yang diperoleh


1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya

Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)."


2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji

Surah al-Israk ayat 79:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."


3. Mendapat pujian daripada Allah

Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64:
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri."


4. Dilihat sebagai orang yang beriman

Surah as-Sajadah ayat 16:
"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."


5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas

Surah az-Zumar ayat 9:
"“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."


Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku,

“Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,”
(Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).


Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata,
“Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W,
“Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal.

Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.”

Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.”

Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata,
“Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.”

Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.


Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan,

‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’”
(Hadis Riwayat Al-Jama’ah).


‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.”
(Hadis Riwayat Al-Hakim).


Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.”
(Hadis Riwayat Abu Daud).


 Ya Allah golongkanlah aku, keluarga dan sahabat-sahabat dalam golongan orang yang suka melakukan solat tahjud dan golongan orang yang tidak pernah meninggalkan solat tahjud. Amin.

Sunday, October 2, 2011

KUNING

Aku banyak makan sejak dua menjak ni. "fida.... jimat fida. ko masih ada seminggu di sini." Terima kasih untuk akal dan hati sebab mengingatkan saya. Terima kasih Ya Allah.

Cantiknya jam hijau(jam adik housemate aku- Aishah) yang terlilit kat tangan aku ni. Dari sem lepas lagi aku teringin nak jam sampai sekarang pun masih tak dapat! -"sape suruh ko cerewet sangat!". Takpelah, nanti adalah tu yang berkenan. Nak cari jam pun macam nak cari bakal suami ke aku ni ? Tak! Tak! Tak! Bakal suami aku takdelah mencari sangat ye. HEHE. Ya Allah KAU berikanlah aku jam yang berkualiti dan suami yang soleh. Amin. +___________+

Tadi beli makanan dengan Zai dalam pukul 6.30pm macam tu. Pastu makan sama-sama ngan Zai kat rumah aku.- macam biasalah tu. Pastu pulak tadi budak rumah aku nak beli makanan sebab dorang lapar. Aku pon join la tempah makanan. Aku tempah benjo. Sebab murah sikit. Bekira gile aku! isshhh3! Sebelom ni tak okay. Ni sebab akhir-akhir sem, so aku kena pandai catu sikit duit belanja aku ni. Benjo takde, so aku makan meggie goreng. Ada cite lucu disebalik kisah benjo dan maggie goreng. Gelak-gelak dengan adik rumah sampai berair air mata. Astagfirullahalazim. Saya sayang dengan mereka. Tetiba rindu dengan ahli rumah masa sem1 dengan sem2. Korang rindu korang lah.

Sedang aku update blog ni, aboh aku call. Rindu aku lah tu. Aboh tanye bila lagi ade paper? Ada lagi bape paper nak kena jawab ? aku jawab- 2 paper lagi. 5 dengan 6 ni. Pastu ngadu-ngadulah sikit paper sem ni susah! Dan macam biasalah jawapan aboh aku *aku dah boleh agak dah jawapan tu sebenarnya. """ Aboh tak kesah pointer adik berapa. Aboh tak kesah ada repeat ke tak. Yang penting aboh hantar belajar kat U tu untuk pandai. Belajar sampai PHD pon takpe. Aboh boleh bayar." Meh sini adik nak ulas jawapan aboh tu.-"Adik tau bagi aboh istilah PANDAI tu bukan hanya pada pelajaran. Yes!! Sayang aboh sebab tak penah bagi tekanan kat adik.Belajar sampai PHD ? Okay nampak sangat sebenarnya aboh pon pentingkan pelajaran! Yelah, menuntut ilmu biar sampai ke Negara China. Tu pepatah orang Arab la. Maybe aboh nak sampaikan kat aku pentingnya cari ilmu dan pengalaman hidup.""- Saya sayang parents saya! Pastu aboh tambah lagi, "adik nanti kalau PHD pon taknak keje pon takpe. Urus ladang aboh tu. Nak duit bape-bape pon adik yang uruskan." Okay ni aku tak tau betapa seriusnya ayat aboh aku tu" .Sebab tadi aku mintak Myvi kuning kat aboh aku. Tu ade selit pasal duit tu. Aboh cakap dia dah tau dah mesti aku nak myvi kuning tu. Dia kate nanti dia boleh bayarkan untuk aku. WOW! Aboh aku! Aku cakap Allah dengar janji kita ni tau Aboh. Aboh cakap aboh serius ni.. uwaaa T___T . SAYANG ABOH.  Tapi kalau dalam tempoh sebelom 3 tahun tu aku dah kawen mesti...... Takpe-takpe Allah beri yang terbaik untuk aku. InsyaAllah.

* Tinggi jugak impian aboh aku ye. Nak aku belajar sampai PHD. Fuuhhh. Semoga Allah permudahkan. *

                                                 Ni BAKAL kereta aku. I LOVE KUNING! Semoga ada rezeki untuk aku memiliki kereta ni. Amin

Saturday, October 1, 2011

Cuaca Yang Indah

Semalam aku tak boleh tidur sebab aku minum air coffee white town tu. Guling-guling atas katil nak paksa diri ni tidur. Akhirnya pukul 8am aku berjaya tidur! Astagfirullahalazim. Pagi-pagi orang mulakan hari dengan mencari rezeki aku mulakan hari dengan tidur. *Sedih terhadap diri sendiri. Cuaca pagi tadi cantik. Sekitar pukul 7.30am tu kabus tebal sangat kat area admin.-sebenarnya suasana pagi macam ni dah biasa bagi kami warga penduduk Beting Highland. Indahnya ciptaan Allah.



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (Ali-Imran:191-192)


Tidur punye tidur, dah berapa kali sedar tapi masih sambung tidur. Tambah lagi dengan sakit perut lagilah nak tidur. Ingat lagi mak kate dulu, adik ni kalau kawen hilang lah sakit perut tu. "yeke mak ?" nada semangat sambil mata bulat bibir mengukir senyum yang malu-malu tu. HAHA! Tapi tadi mak call, ngadulah kat dia yang aku sakit perut sekarang. mak cakap- "adik tak jaga makan lah tu". Aku iyakan aje. Sebab memang betul pon.

Petang tadi semasa dalam perjalanan nak ke anjung, cantik gila pemandangan alam. Sempatlah hayati dan hirup udara segar tu. Sejuk dan nyaman sangat. Belakang apartment kolej kami ade hutan hijau. Pokok dia besar-besar. Ada pokok tu nampak ranting je tanpa daun. Cantik sangat. Pastu tadi ada kabus selepas hujan kat hutan tu. Cantiknya ciptaan Allah kan ? Subhanallah. Sekarang terasa macam nak makan BBQ kat pantai lah. Okay tetiba je aku ni.


"Allah s.w.t Dialah yang mengirimkan angin pada (tahap pertama), lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah s.w.t membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal (tahap kedua): lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya (tahap ketiga), maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang diekhendaki-Nya iba-tiba mereka menjadi gembira"
(Surah al-Rum – Ayat 48)



Tadi mak masak kari itik untuk abang apih sebab dia nak makan. Sayangnye mak aku kat anak-anaknya kan. Manjanya abang aku kan ? Sweetnye abang aku anak mak. HAHA.  Mood rindu family.
Tetiba tadi kak pijah call aku. Dia suruh aku teka dia ada kat mane ? Aku dengar dia macam dalam kete, pastu aku jawab je lah- dalam kete ? Dia cakap memang lah dalam kete tapi kat mane ? aku jawab- Melaka. Dia gelak-gelak. "Kak Pijah ada kat bawah kolej adik ni". Ha ? Aku tak cepat tertipu okay. Aku act cool je sebab aka tau kak pijah tu suka main-main dengan aku. Tapi harapan hati aku Allah jelah yang tahu. Tapi ternyata Kak Pijah tipu akuuu!!! ggrrrr!! Dia sekarang dalam perjalanan ke Baling. Nak mandi Kolam air panas yang kat Baling tu.(kampung aku belah aboh). Kampung kitorang dengan Kolam Air Panas Legong tu dekat sangat. Kak Pijah ni buat orang terkejut je. Adik memang suke surprise, tapi bukan surprise macam tu ! T___T . Pastukan, tadi aku ngadu yang aku sakit perut kat kak pijah*semua orang aku nak ngadu! cait! pastu kak pijah cakap- '' Takpe nanti adik senang dapat anak lepas kawen kalau segugut sekarang macam kaklong. Kak pijah dulu tak segugut tapi selepas kawen dapat segugut.
@Takpelah kak pijah , kita berdoa sama-sama agar kak pijah cepat dikurniakan rezeki anak ye. Amin.@

                                                                  Kat situ ada banyak sangat kolam. Setiap kolam ada tahap panas dia.

Terketar-ketar

Sedang aku menaip ni. aku punye jari jari terketar-ketar. Kaki aku pon naik ketar sekali. Yang tak boleh tahan, betis aku pon terketar-ketar sekali. Nak kate effect sakit perut, tak kot. Ke sebab tanda-tanda nak sampai hujung nyawa ? Okay tetiba seram sejuk terus pandang telekong. Aku ni cakap pasal mati, tapi persediaan ape pon takde lagi. Astagfirullahalazim. Fida!! Ya Allah kalau aku meninggal dunia, tempatkanlah aku dalam golongan orang yang beriman. Amin. Work for it-tempatkan dalam golongan orang berima . Doa dah ada, usaha la pulak kan. Bangun fida bangun!!

                                                                            Siap senyum lagi abang mayat tu.




Old Town White Coffee (Minuman, bukan nama restoran tu tau.)
Aku rasa ni puncanya aku terketar-ketar. Sekarang aku tak boleh tido. Kepala aku pening giler. Aku taknak membazir Coffe tu, sebab tu aku habiskan stok coffee aku. Sesiapa yang tak boleh dengan caffein*taktau ejaan betulnya. Yang pasti aku nak cakap benda yang ada dalam coffee ngan tea tu , jangan ngade-ngade nak try minum oldtown white coffee ni. Aku rasa sebab Oldtown ni kuat, pekat dan likat sangat la kandungan caffein tu.

Mate tak boleh tido, otak dah macam tak boleh go on study untuk hari ni. Apepon tak bolehlah aku ni.
 Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku dan sahabat-sahabat kesihatan badan dan fizikal. Amin.