Monday, September 26, 2011

CUTI-CUTI CINTA

Jom berangan kita sedang bercuti kat rumah :D


yang pasti ni bukan rumah aku.

1- Kat rumah aku taknak buang masa dengan membuta tidur.
2- Aku nak tidur awal. Seawal jam 12am. Bangun pukul 4am. (kalau rasa nak tolong kaklong siapkan barang berniaga dia boleh jugak). Semoga aku rajin ya Allah.
3- Pagi biasalah mesti kena sapu-sapu rumah. Kemas-kemas barang Adam yang bersepah tu. Berbaloi tak kalau aku mop rumah tu setiap hari ? sebab aku ada sorang kawan ni, mak dia akan mop rumah lima kali sehari oh. Masa dulu, kalau aku malas nak kemas rumah kan, mesti aku akan ingat kehebatan mak kawan aku tu menjaga rumah dia. Tapi yang aku geram ngan rumah aku ni, Adam ni suka sangat buat sepah. Kadang-kadang bila dia makan nasi berterabur. Nak ubat hati sendiri, ayat ni jelah yang mampu- "takpe-takpe, nanti senang bila ada anak sendiri. takde pusing-pusing kepala sangat bila dapat anak nakal hiperaktif."
4- Masak untuk breakfast ? kaklong kan ade. mesti aku dapat makanan dari kedai dia punye. tapi takkanlah nak makan nasi je selalu kan untuk breakfast aku . Sebulan tu cuti. gemoklah nanti. Pandai-pandailah nanti. Kat rumah aku bukan ade orang pon nak makan. tu tak kesah sangat dengan breakfast. eh lupa! ada tok aku dengan adik anih lah (pak sedara angkat). Tak biasala cuti ade dorang kat rumah. Tapi aku rasa cuti ni dorang still ada kat rumah aku kot. Sebab tok aku buat pulut panggang untuk kedai kaklong. Famous you pulut panggang tok aku. Pandai-pandailah aku adapt nanti bila dah balik rumah tu. *mesti pelik kan ? macam aku tak pernah balik rumah je sebelom ni. HAHA.
5- Yang pasti sebelom pukul 12pm aku nak tidokan Adam semula. HAHAHA. Aku boleh online. kalau budak tu tak tidur, aku nak online sebuk je dia nak main lappy aku.
6- Masak tengahari ? Sebelom ni, rumah aku tengahari mana ade orang. dorang pulak semua jenis kurang makan. Mak aku tengahari mana ada kat rumah. masih bekerja. Aboh aku kompem-kompem dah makan kat kedai kaklong. Aku tak tau, kalau aku duduk kat U ni, dorang kat rumah tu makan ke tak tengahari ? nak masak kang takde sapa makan macam membazir je !. TAPI SAYA NAK BELAJAR MASAK. Ya Allah berikanlah aku jalan untuk aku belajar memasak. Ha! tok aku kan ada, aku boleh masak untuk dia. *tapi tok aku cerewet orangnya. ngeee~
7- Mak kata, Adam sekarang kuat berak buang air besar *sopan sikit. Okay bersedialah aku! Dia dah besar weh. 1 tahun 7 bulan dah. bau tu dah lain dah. opppsss.. sori sori.
8- Petang mesti kaklong bagi makanan dari kedai dia. Makannan petang . Contoh, goreng pisang, keropok lekor, jemput-jemput, ABC , cendol, etc.. Makanana untuk gemukkan badan ni.
9- Aku rasa aku nak tolong mak aku basuh ayam 10 ekor tulah. Ya Allah berilah aku peluang untuk menolong mak aku cuci ayam selama aku cuti ni. Mesti mak macam taknak bagi je kan sebab mak kate adik buat keja lambat. "mak, kalau mak tak bagi peluang adik basuh ayam tu, bila masa lagi adik nak mantapkan skill basuh ayam adk tu" okay kecoh ! basuh ayam je puuunn.
10- Jangan LALAI masa kat rumah. CINTA ALLAH CINTA ABADI :D Ni paling penting. Kat rumah jangan nak tinggal apa yang selalu buat masa kat U. Ya Allah peliharalah hati aku.


Ni masjid kat Melaka tu. Cantik permandangan masa senja. Serius cakap! Tak percaya pergilah masjid ni.

Semoga semuanya dipermudahkan hendakNYA semasa di rumah nanti.

No comments: