Friday, September 30, 2011

Soalan Past Year (SEM) QMT245

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kadang-kadang paper yang lagi kita suka lagi kita nak score lagi buatkan kita tension dan study pulun-pulun. "berape banyak lagi daaa" . Credit to si budak Qamarina Qistina ni. Esok subject yang paling dia minat. Tapi subject tu yang buatkan dia paling berdebar-debar dan tak boleh tido. Takpa-takpa, kepada adik-adikku yang nak jawab paper esok, good luck, semoga Allah menolong korang semua semasa menjawab paper exam tu. Amin.

Sekarang berbalik kepada cerita aku. HEHE.
Tadi aku buat past year tahun 2011 QMT245. Fuuhhh wa cakap lu, 1 soalan aku amek masa sejam weh. Dah la tu baru QUESTION 1. Takutnya nak jawab untuk final nanti. Sesiapa yang nak amek paper QMT245 pada 5hb nanti mari kita berdoa sama-sama. Sebelum tu, sahaja aku menjawab exam kerana Allah taala. Barulah rasa kepuasan tu kan.

Ya Allah KAU permudahkanlah urusan kami semasa kami berada dalam dewan exam Ya Allah. KAU buangkan rasa cemas dan cuak yang menyelubungi hati kami Ya Allah. KAU bantulah kami semasa kami menjawab soalan tersebut. KAU berikanlah kami jawapan yang betul semasa kami menjawab soalan QMT245. Engkaulah yang Maha Berkuasa. Amin.


Semoga kami warga AS118 dapat keputusan dengan cemerlangnya. Amin.


                                                                          rindunya kat baby ni (muka aku masa kecik-kecik)


2 paper yang mendebarkan~ COMING SOON

* Ya-Allah. Ampunkan aku. Selama ini aku khilaf. Maafkan aku jika selama ini aku tidak ikhlas mencari cinta-Mu. Maafkan aku jika selama ini aku kurang mengingatimu. Maafkan aku jika selama ini aku hanya berdoa kepada-Mu untuk memenuhi keperluan peribadiku. Ya-Allah, bantulah aku untuk kembali mencari cinta-Mu. Bantulah aku untuk kembali memperbaiki diri semata-mata untuk-Mu.' AMIN.

No comments: