Friday, December 28, 2012

Purple Yams

Bismillah. Dah lama tak menulis.
Mood datang semula sejak Kak Pijah rajin update entri dia. 

Tak sampai seminggu je lagi aku hampir genap sebulan di Kelantan. 
3 Disember 2012, hari pertama aku berpraktikal di Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan. 
Kami menyewa di Kampung Tunjong. Lima minit jalan kaki ke tempat kerja tu.
Aku berenam di sini. Aku, Zai, Yat, Aina, Fatin dan Nazurah. 
Kitorang kerja dalam Lab. Lab yang sejuk dan tenang. 
Suasana yang indah dengan pekerja lain yang ramah-tamah. SUKA. 
Line WiFi yang laju mengasyikkan suasana. :)
Kat sana , kitorang belajar more tu dye. NATURAL DYES. 
Nanti nak minta supervisor ajar kitorang tigh and die pulak. 
Minggu ni, kitorang banyak buat natural dye. Sebelum ni guna roselle dan kulit rambutan. Kali ni konon-konon nak buat projek En. Nas(supervisor) mintak, buatlah Natural Dye dari purple yams. Tapi hasilnya, hampeh je. Warna kurang menarik. Mungkin teknik tak betul kot. Secalit warna purple takde pun kat fabrik tu. 

Tadaaaa, this is Purple Yams. Orang melayu panggil, ubi tarok kot. Tak sure. Banyak sangat nama orang panggil.

Nazurah bawak ubi ni dari rumah dia, ayah dia tanam. Kitorang ada buat balik rumah sewa sikit ubi ni. Ingat nak makan ubi rebus je. Tapi tersilap rebus terlalu lembut dan terlalu masin. Jadi pengakhirannya aku buat kuih Che Mek Molek. :) Yat kata, kalau makan panas-panas sedap dah kuih ni. Sebenarnya tadi terlebih isi air, jadi terpaksa isi tepung lebih. Agak tebal la jadinya kuih tu. Nasib baik cover dengan gula yang banyak. Jadi nice sikit la kot rasa kuihnya. Che Mek Molek kami warna purple. Sebelum ni, tak ramai orang buat Che Mek Molek guna ubi torak ni. Sebab Che Mek Molek ni kalau guna ubi keledek yang warna oren tu lagi best.

Sebelum digoreang
NyumNyum

Alhamdulillah. Kenyang kami harini. Yat buat bubur untuk makan malam kami. Terima kasih Yat.

*Terima kasih Yat bagi pinjam broadband :) I love You <3


Wednesday, August 8, 2012

Aku yang Lemah


" Allah kurniakan kepada kita pancaindera; seperti mata untuk kita melihat, tangan untuk memegang, hidung untuk kita mencium bau, otak untuk kita berfikir dan tak lupa juga telinga untuk kita mendengar. Tapi masalah yang melanda diri kita sekarang tanpa kita sedari ialah kadang-kadang cara kita mensyukuri nikmat tersebut salah atau bukan cara yang Islamik."

Kalau kita bandingkan kita dengan haiwan, memang kita kalah. Tapi, Allah kurniakan kita kelebihan akal . Alhamdulillah. Semoga Allah pelihara pemikiran kita. 

Lirik lagu ni buatkan hati terpaut. Liriknya simple tapi bermakna. 
" Bila hati menghadap tuhan baru ku sedar ada kelemahan, terasa kerdil berbanding yang Esa"
Allahurabbi. 

Sambung membaca pengajian kitab "Anak Kunci Syurga" Perihal kita ni mengaku Islam tapi kita tidak mengenal Allah. 

Kita TAHU ada hari kiamat, tapi kita seperti tidak PERCAYA. Manakan kita dalam golongan percaya kalau kita tahu bahawasanya orang yang melakukan dosa akan mendapat balasan tapi kita masih lakukannya. Jangan terus diri kita jauh dari hidayah Allah. Anjakan paradigma itu sangat bermakna walaupun sukar. Ya Allah ampunkan aku hambaMU yang kerdil ini. 



Wednesday, June 27, 2012

Goal aku

Bismillah

Roomate aku tak lalu makan nasi sejak sehari dua ni. Aku pulak, sekarang sejak minum herbalife, cepat kenyang. Jadi kitorang pun berpakat tak makan nasi. Tapi roomate aku ni tak minum pun herbalife, cuma entah kenapa tiba-tiba dia mual tengok nasi. Qila, housemate aku, dia minum F1 sama-sama dengan aku. Dia pun nak join sekali kitorang tak makan nasi. Dalam shake F1 ni dah ade kandungan energy, carbohydrate, dietary fiber, sugar, fat, Protein, sodium, Vitamin A, and Vitamin C, Calcium, Iron, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin B6, Vitamin B12, Iodine, Magnesium dan Zinc. Jadi, dengan shake F1 herbalife ni dah cukup bagi kami tenaga dan vitamin untuk kehidupan yang sihat untuk menjalani hari-hari yang mendatang. InsyaAllah.

Goal aku kan, mula-mula ni aku nak kurangkan 5kg dari berat badan aku. Aku nak muka aku tak tembam sangat. Then, aku punya dagu dah tak double lagi. Pastu aku nak kurus. Ni impian aku. InsyaAllah.

Kepada roomateku, kita duduk kolej, takde kesempatan nak masak sedap-sedap untuk naikkan selera makan ika. I'm so sorry.  Love you.
*Lagipun, kita masak tak sedap. Hehe.


Thursday, June 21, 2012

I love My Family

Bismillah

Seronok rasanya.
Sekarang keluarga aku baru mula mengambil minuman shake F1 herbalife. Baru seminggu mulanya, tapi alhamdulillah sudah ada perubahan pada mak. Dulu mak selalu diserang pening-pening kepala yang teramat dasyat, apabila mak mengamalkan pengambilan minuman shake F1 herbalife, mak dah tak diserang pening-pening kepala secara mengganas lagi. Alhamdulillah. Betul kita perlu ikhtiar dan berusaha untuk memulihkan kesihatan kita.

Point yang pertama bagi mak makan herbalife ni, sebab nak mak sihat dan yang kedua nak mak kurusssss. Agar mak kelihatan sihat dan muda. Beguti jugak aboh, adik nak aboh sihat dan perut buncit aboh tu kempis. InsyaAllah.

Aku ? Aim aku minum herbalife ni sudah semestinya nak sihat dan nak menghilangkan jerawat pada muka ni serta kurusssss. InsyaAllah. Aku usaha je dulu. Yang lain serah pada Allah.

Herbalife ni mengandungi banyak vitamin. Sebab tu nak kurus bukan point utama aku. Tapi nak kurus tetap ada dalam aim aku sebab herbalife ni jugak boleh turunkan berat badan yang obes dan tambahkan berat badan yang lost weight tu. Senang kata, dengan herbalife ni dapat berat badan yang ideal la. InsyaAllah. Sebab tu aku try herbalife ni.

Semoga aku dan keluarga dapat hidup dalam keadaan yang sihat sejahtera. Gembira rasanya bila kita tengok orang tua kita sihat.

Dah lama simpan hasrat nak belikan parents aku herbalife. Akhirnya, aku dapat jugak tunaikan hasrat aku tu. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Mak dan aboh baru je mula minum F1 herbalife, jadi takde lagi gambar yang boleh aku compare tentang berat badan mereka. Yang aku boleh cerita sekarang tentang kesihatan mak aku je.



  

Wednesday, May 16, 2012

T U J U H (7) _tujuh_

Tujuh nombor kesukaan aku.

Anak nabi kita
Ada tujuh orang
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah
Zainab Ummi Kalthum
Siti Rokiah.



Sebenarnya, aku nak share Tujuh Sunnah Rasulullah.
Hendaknya kita menjaga tujuh sunnah Nabi pada setiap hari.
Semoga kita menjadi hamba yang dipilih Allah untuk menjaga sunnah rasulullah. Somaga kita terus istiqomah dalam penjagaannya.
Ya Allah, tingkatkan keimanan kami, serta lindungi kami daripada perkara-perkara mungkar.


Lagi satu aku nak share, Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah di Padang Mahsyar.
Semoga kita digolongkan dalam golongan orang yang soleh.


Dalam kesempatan ini, saya Nurafidah Binti Abu Hassan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada kedua ibu bapa tersayang yang telah menjadi pendidik pertama adik, kepada kakak-kakak sayang, (Kaklong dan Kak Pijah), kepada abang tunggal tersayang (Apih), kepada tok guru-tok guru seluruh dunia, ulamak-ulamak muktabal seluruh dunia serta guru-guru sekolah seluruh dunia yang disayangi, kemudia kepada saudara mara yang dihormati, kepada sahabat-sahabat yang banyak berkongsi ilmu, rakan-rakan taulan dan kepada masyarakat seluruh dunia yang ada berkongsi ilmu kepada saya tetapi kita tidak pernah kenal ( warga facebook, twitter, blogger, dll.) 

SELAMAT HARI GURU. 

Monday, May 14, 2012

Abang bola, aboh bola, adik KOREA

Aboh aku peminat MU. Kesian MU kalah hari ni. MU!MU!MU!
Abang pun kaki bola. Tapi esok dia ada kelas, so tak dapat balik Bukit Sagu untuk tengok bola. So, sanggup IM aku nak update keputusan bola. Macam la aku layan bola kan. Tapi disebabkan aboh layan korea aku, so aku layan la bola dia. Seri gitu.

Abang aku selalu blebe kat aku kalau aku lebih-lebih sangat dengan Korea ni. Rileks-rileks, aku ni tak ditahap gila lagi tau. Aku masih suam-suam je. Aku just layan movie ngan drama Korea je pastu Running Man. Lagu korea aku tak hafal pon. Aku just minat cerita Korea. Cerita je  pastu Running Man. Tu pun aku tak up to date sangat pasal Korea ni.

 Tapi disebabkan aboh nak bawak aku bercuti kat Korea nanti ( pakej) aku kena belajar bahasa Korea. Sudah semestinya aku dah ada gurunya. Cuba teka siapa ? hehe, roomatelah. Dia hebat bab-bab korea ni, jadi dia boleh ajarkan. Tu pun kalau kami satu bilik lagilah. Kalau dah tak sama, aku boleh belajar dengan orang lain lah. Supaya bila sampai Korea nanti , masa nak beli barang, aku boleh la try cakap korea sikit-sikit. hehe.

Friday, May 11, 2012

Durian Runtuh ?

Bismillah.

Tadi petang aku pergi kedai kaklong berniaga.Macam biasa pakcik-pakcik lepas balik kerja singgah minum kat kedai kaklong. Semenjak dua menjak ni, isu kedai kaklong tak lain dan tak bukan, DURIAN RUNTUH yang bakal satu family peneroka dapat. Durian runtuh ni akan diagihkan secara 3 fasa. (nak sampai ke fasa aku (generasi kedua, dan berjanggut dulu kot, sebab sekarang pun proses pembahagian tak start lagi. Bunyi  duit nak sampai pun belum untuk fasa pertama. )

Dalam banyak-banyak perbualan mereka, aku suka perbualan pakcik ni dengan pegawai felda tu. Pakcik tu cakap, RM1.689 bilion yang bakal diagihkan kepada 112,635 jumlah seluruh keluarga felda seluruh negara tu hanya duit buat relai sahaja. (Ini mungkin ayat kiasan Pakcik tu. Tapi aku paham apa yang dimaksudkannya) 


Buah relai ni, buah yang dah relai dari tandan kelapa sawit tu. Selalunya, bila buah kelapa sawit ni jatuh ke tandan setelah di kait, akan ade buah yang bercerai dari tandannya, kalau dikutip, dapat jugak la berguni-guni.  






Jadi pakcik, kalau la RM1.689 bilion hanya harga buah relai yang diagihkan kepada kami ( mengikut kata kiasan pakcik tu lah) yang setandan tu, yang sepatutnya kami dapat tu, pergi ke mana ? 




Setelah dikaji, dirisik. ( Manusia sekarang tak senang di tipu, di tindas dah.) Mungkin perkataan serik itu sesuai. Akal ada, mana boleh main membontot je kan.


oh, 50k sepatutnya peneroka dapat. RM 1.689 bilion tu hanya 30% ?

*Nak guna duit orang lebih-lebih pun agak-agak la. Orang lain kot yang berlelah memerah keringat tu. Jangan nak guna main sedap lah kan.

Semoga Allah memberi hidayah kepada si dia.
*Ustaz Azhar Idrus cakap, apabila kita dizalimi, dianiaya, berdoa kepada org yang menzalimi kita tu supaya mendapat hidayah. Jangan berdoa lebih dari perbuatannya, nanti kita pulak yang zalim.




Dah jadi peneroka berapa tahun, dah buat negara untung berapa bilion, bila orang bising-bising tahu takut, pastu bila nak mengundi baru nak hulur. Politik betul, tapi tak kesah la kan, itu hak dia nak raih undi. Hak masing-masing, cara masing-masing. Itu tak boleh jadikan isu besar. Sebab isu besar bukan itu.
Lakukan kerja kerana Allah. Itu lebih afdal. Menolong orang itu amalan mulia. lagipun itu hak dia. Hak dia. Tau, hak dia ? Hak dia okay. sepatutnya dia dapat hak dia setimpalnya.



Agak angin aku ye. Maaf. Sebab ini kes peneroka, aku agak serius sikit. 
Yang buruk itu dari aku sememangnya, yang baik itu dari Allah.


Apapun, aku bersyukur, dapat jugak 15k untuk 1 family kan, daripada dia tak bagi terus kan. Tu memang lagi kesian lah kat peneroka, keringat mereka yang membuatkan negara untung besar. Memang sepatutnya dihargai. Peneroka bukan senang-lenang weh.

Tuesday, May 8, 2012

Solat Dulu

Firman Allah yang bermaksud, "Apakah yang menyebabkan kamu masuk dalam neraka Saqar ? Orang-orang yang bersalah itu menjawab, kami tidak termasuk dalam orang yang mendirikan Solat" ( Al-Muddathir: 42-43)

Semulia-mulia manusia, yang tinggi darjatnya di dunia, jika mereka meninggalkan Solat, tidak peduli terhadap orang miskin, berkumpul dengan ahlul bathil & mengingkari hari kiamat, maka Neraka Saqor ( neraka yang tidak membiarkan orang yang diazab didalamnya menarik nafas untuk beristirahat dari azab, bahkan setelah diazab dengan azab yang pedih ia dikembalikan kepada bentuknya semula untuk diazab lagi ) itulah tempatnya... 


Solat Dulu by Iwan Syahman

Kemudian, mari betulkan Al- Fatihah kita.
Mari betulkan solat kita. Jadikan solat kita sempurna dan bercahaya.

So, jom kita cari pelbagai bahan untuk mantopkan solat kita seperti, "hadiri kursus permantapan solat" atau menelaah buku Solat Nabi serta boleh juga luangkan masa untuk menonton 30 minit Ustaz Don . Sebenarnya, ramai lagi Ustaz kat Youtube/CD mengajar cara bersolat dengan sempurna. Tapi sekarangkan TV alhijrah ada slot 30 minit ustaz Don pada setiap hari Isnin-Khamis pada pukul 9.30 malam so, menjadi lebih mudah untuk kita berjalar. Setakat hari ni, Ustaz Don dah masuk rukun ke tujuh dalam solat. Jadi, bagi sesiapa yang terlepas, jom cari kat youtube. Ustaz Don ajar membaca Alfatihah sampai bersambung kepada 4 bahagia. Lihat bertapa pentingnya bacaan Al-fatihah yang betul. Ditekankan, BACA. Apabila BACA, jadi mulut harus bergerak, lidah harus bergerak, dan suara harus berbunyi. Boleh jadi tak sah solat kita kalau Al-fatihah kita tak betul.

*Mengingatkan diri sendiri, Solat amalan pertama yang akan dihitung oleh Allah. Jadi peliharalah solat, solat awal waktu, jaga bacaan dalam solat, jangan mencuri dalam solat, belajar untuk Khusyuk dalam solat dan jaga rukun dalam solat, serta lakukan pergerakan dalam solat dengan sempurna(akmal).

Di sini ada link untuk tengok 30 Minit Ustaz Don bersama Ustaz Don full
Jadi kita boleh pilih episod mana yang kita nak tengok.
Mungkin videonya akan di update dari semasa ke semasa.




Nanti, bila aku berpeluang jadi ibu, Ya Allah, jadikanlah aku seorang ibu yang mithali dan juga seorang isteri yang solehah. Seorang isteri dan ibu yang mengikut perintah Allah dan dapat membantu suami dalam urusannya dan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, yang berjiwa mujahidin.
Amin.


Sabda Nabi s.a.w
" Maksudnya: "Suruhlag kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)

Akhirnya, post ni terkeluar dari draf. Alhamdulillah

Moga jika ada penyampaian dari aku yang salah, Allah sampaikan seseorang untuk betulkan.


Thursday, May 3, 2012

Subscribed Channel Video at youtube~ Matlutfi90

Ohhh, tak perasan abang angkat, matlutfi (nak perasan kejap) dah update vlognya pada 22 april yang lalu. Dah rasa macam matlutfi ni dah lame tak update vlognya, sebab tu tertunggu-tunggu. Usya satu-satu update terbarunya kat subscription, tapi takde pun. Mungkin aku terlepas pandang.

Then aku taip je lah, matlutfi. Senang cite~
Tara..... aku klik yang matlutfi90's channel.

Then , update terbarunya 22 April. Hampir dua minggu lepas. Rupanya aku tak up to date lah. T__T . Kate abang angkat kan. Nampok sangat do'ohnyee.

Aku tunggu video kau, abang. weekkk. :P
*Abang sendiri pun ko tak panggil abang.





"hello.. hello.. can I speak to Mark Zuckerburg?"
"ha, what? he's busy tweeting? ah there, that's all right"
"i just want to ask about 1 like 1 dollar donation thingy. can we do the same for PTPTN?" 

Comel (*_*)

Monday, April 30, 2012

gelang getah kuning

Pilu.
Aboh kenapa masa aboh tengok berita tadi, aboh tangkupkan telapak tangan di muka ? adik tengok pun sedih. Mungkin aboh tahu hal sebenar tapi yang dikeluarkan helah belaka.
Takpe boh, Allah dengar doa umatnya. Kita sama-sama berdoa untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Supaya kita dipimpin ke jalan Allah yang benar. Semoga kita dapat syurga Allah.
Allah yang memegang dan mengawal hati dan pemikiran manusia ni, semoga kita mendapat kebenaran yang sebenar. Berdoa agar Allah permudahkan urusan untuk membuktikan kebebaran hakiki. Takbir! Allahuakbar.
Amin.

Adik sayang aboh. Semoga aboh dipanjangkan umur serta hidup diberkati Allah.
Semangat aboh yang kental tu adik harap adik dapat contohi. Takbir! Allahuakbar. Adik tahu aboh dah bahagia mempunyai anak seperti abang apih. :D


I love you <3

Anakmu,
adik.

*semoga si gelang getah kuning, SB mendapat hidayah dan taufiq Allah SWT.
Semoga si baju kuning kuat semangatnya untuk berjuang kepada agama Allah. Itu yang penting.