Tuesday, May 8, 2012

Solat Dulu

Firman Allah yang bermaksud, "Apakah yang menyebabkan kamu masuk dalam neraka Saqar ? Orang-orang yang bersalah itu menjawab, kami tidak termasuk dalam orang yang mendirikan Solat" ( Al-Muddathir: 42-43)

Semulia-mulia manusia, yang tinggi darjatnya di dunia, jika mereka meninggalkan Solat, tidak peduli terhadap orang miskin, berkumpul dengan ahlul bathil & mengingkari hari kiamat, maka Neraka Saqor ( neraka yang tidak membiarkan orang yang diazab didalamnya menarik nafas untuk beristirahat dari azab, bahkan setelah diazab dengan azab yang pedih ia dikembalikan kepada bentuknya semula untuk diazab lagi ) itulah tempatnya... 


Solat Dulu by Iwan Syahman

Kemudian, mari betulkan Al- Fatihah kita.
Mari betulkan solat kita. Jadikan solat kita sempurna dan bercahaya.

So, jom kita cari pelbagai bahan untuk mantopkan solat kita seperti, "hadiri kursus permantapan solat" atau menelaah buku Solat Nabi serta boleh juga luangkan masa untuk menonton 30 minit Ustaz Don . Sebenarnya, ramai lagi Ustaz kat Youtube/CD mengajar cara bersolat dengan sempurna. Tapi sekarangkan TV alhijrah ada slot 30 minit ustaz Don pada setiap hari Isnin-Khamis pada pukul 9.30 malam so, menjadi lebih mudah untuk kita berjalar. Setakat hari ni, Ustaz Don dah masuk rukun ke tujuh dalam solat. Jadi, bagi sesiapa yang terlepas, jom cari kat youtube. Ustaz Don ajar membaca Alfatihah sampai bersambung kepada 4 bahagia. Lihat bertapa pentingnya bacaan Al-fatihah yang betul. Ditekankan, BACA. Apabila BACA, jadi mulut harus bergerak, lidah harus bergerak, dan suara harus berbunyi. Boleh jadi tak sah solat kita kalau Al-fatihah kita tak betul.

*Mengingatkan diri sendiri, Solat amalan pertama yang akan dihitung oleh Allah. Jadi peliharalah solat, solat awal waktu, jaga bacaan dalam solat, jangan mencuri dalam solat, belajar untuk Khusyuk dalam solat dan jaga rukun dalam solat, serta lakukan pergerakan dalam solat dengan sempurna(akmal).

Di sini ada link untuk tengok 30 Minit Ustaz Don bersama Ustaz Don full
Jadi kita boleh pilih episod mana yang kita nak tengok.
Mungkin videonya akan di update dari semasa ke semasa.




Nanti, bila aku berpeluang jadi ibu, Ya Allah, jadikanlah aku seorang ibu yang mithali dan juga seorang isteri yang solehah. Seorang isteri dan ibu yang mengikut perintah Allah dan dapat membantu suami dalam urusannya dan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, yang berjiwa mujahidin.
Amin.


Sabda Nabi s.a.w
" Maksudnya: "Suruhlag kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)

Akhirnya, post ni terkeluar dari draf. Alhamdulillah

Moga jika ada penyampaian dari aku yang salah, Allah sampaikan seseorang untuk betulkan.


No comments: