Friday, December 28, 2012

Purple Yams

Bismillah. Dah lama tak menulis.
Mood datang semula sejak Kak Pijah rajin update entri dia. 

Tak sampai seminggu je lagi aku hampir genap sebulan di Kelantan. 
3 Disember 2012, hari pertama aku berpraktikal di Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan. 
Kami menyewa di Kampung Tunjong. Lima minit jalan kaki ke tempat kerja tu.
Aku berenam di sini. Aku, Zai, Yat, Aina, Fatin dan Nazurah. 
Kitorang kerja dalam Lab. Lab yang sejuk dan tenang. 
Suasana yang indah dengan pekerja lain yang ramah-tamah. SUKA. 
Line WiFi yang laju mengasyikkan suasana. :)
Kat sana , kitorang belajar more tu dye. NATURAL DYES. 
Nanti nak minta supervisor ajar kitorang tigh and die pulak. 
Minggu ni, kitorang banyak buat natural dye. Sebelum ni guna roselle dan kulit rambutan. Kali ni konon-konon nak buat projek En. Nas(supervisor) mintak, buatlah Natural Dye dari purple yams. Tapi hasilnya, hampeh je. Warna kurang menarik. Mungkin teknik tak betul kot. Secalit warna purple takde pun kat fabrik tu. 

Tadaaaa, this is Purple Yams. Orang melayu panggil, ubi tarok kot. Tak sure. Banyak sangat nama orang panggil.

Nazurah bawak ubi ni dari rumah dia, ayah dia tanam. Kitorang ada buat balik rumah sewa sikit ubi ni. Ingat nak makan ubi rebus je. Tapi tersilap rebus terlalu lembut dan terlalu masin. Jadi pengakhirannya aku buat kuih Che Mek Molek. :) Yat kata, kalau makan panas-panas sedap dah kuih ni. Sebenarnya tadi terlebih isi air, jadi terpaksa isi tepung lebih. Agak tebal la jadinya kuih tu. Nasib baik cover dengan gula yang banyak. Jadi nice sikit la kot rasa kuihnya. Che Mek Molek kami warna purple. Sebelum ni, tak ramai orang buat Che Mek Molek guna ubi torak ni. Sebab Che Mek Molek ni kalau guna ubi keledek yang warna oren tu lagi best.

Sebelum digoreang
NyumNyum

Alhamdulillah. Kenyang kami harini. Yat buat bubur untuk makan malam kami. Terima kasih Yat.

*Terima kasih Yat bagi pinjam broadband :) I love You <3


1 comment:

Teena Tna said...

X pernah pun dgr purple yam tu..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com