Wednesday, August 8, 2012

Aku yang Lemah


" Allah kurniakan kepada kita pancaindera; seperti mata untuk kita melihat, tangan untuk memegang, hidung untuk kita mencium bau, otak untuk kita berfikir dan tak lupa juga telinga untuk kita mendengar. Tapi masalah yang melanda diri kita sekarang tanpa kita sedari ialah kadang-kadang cara kita mensyukuri nikmat tersebut salah atau bukan cara yang Islamik."

Kalau kita bandingkan kita dengan haiwan, memang kita kalah. Tapi, Allah kurniakan kita kelebihan akal . Alhamdulillah. Semoga Allah pelihara pemikiran kita. 

Lirik lagu ni buatkan hati terpaut. Liriknya simple tapi bermakna. 
" Bila hati menghadap tuhan baru ku sedar ada kelemahan, terasa kerdil berbanding yang Esa"
Allahurabbi. 

Sambung membaca pengajian kitab "Anak Kunci Syurga" Perihal kita ni mengaku Islam tapi kita tidak mengenal Allah. 

Kita TAHU ada hari kiamat, tapi kita seperti tidak PERCAYA. Manakan kita dalam golongan percaya kalau kita tahu bahawasanya orang yang melakukan dosa akan mendapat balasan tapi kita masih lakukannya. Jangan terus diri kita jauh dari hidayah Allah. Anjakan paradigma itu sangat bermakna walaupun sukar. Ya Allah ampunkan aku hambaMU yang kerdil ini.