Wednesday, December 15, 2010

RM2o

Cuti sem ni aku asyik layan movie je. Aboh aku beli 3 movie orang putih . 2 aboh aku punyadan, 1 untuk aku. Aboh aku suke layan movie perang-perang orang puteh lama tu. Aku pulak beli dvd avatar(agak ketinggalan , baru sekarang aku dapat tengok cerita tu) .

Masa hari ahad lepas , aku keluar Bandar dengan daya . tapi sebelom tu , aku singgah polisas dulu amek daya. Sempatla aku jumpa nadrah kawan STIDE aku. Nadrah ni budak dorm aku masa aku form 5 dan merangkap nurse STIDE.  Aku dengan daya pergi ECMall(kuantan) . dulu , masa aku hangout pergi mid dengan rohaida dan daya , aku pernah cakap pada rohaida yang aku akan hangout dengan daya kat kuantan. Nada aku memang nak jelouskan rohaida. Alang-alang aku betol-betol dapat keluar dengan daya , kitorang call la rohaida, dia sedih gila sampai nangis-nangis sebab tak dapat join kitorang. Aku pulak rasa sangat bersalah. Maaf rohaida , ko jaoh , aku kesian kat ko walaupon aku tau ko sanggup datang dari PD ke kuantan. Tapi aku kesiankan ko sebab isnin tu poli dah start kelas. Maaf sangat-sangat rohaida.

aku shopping baju lagi kat ECM tu.   Aku rasa , sejak cuti sem ni , kalau hangout dengan kawan asyek beli baju je. Gila habiskan duit. Bukan ape , kak pijah(kakak  no.2)  pernah cakap , aku pergi kelas(sem1) asyek pakai baju sama je. Sebab tu la aku nak banyakkan baju.(alasan tak ?) . pastu aku pergi shop dvd. Aku memang dari mula cuti sem lagi terasa nak beli drama or movie korea. Aku usya punye usya dapat la satu dvd ni. Cover dia menarik. Tapi tulisan korea. So ,aku tak tahu ape tajuk dvd tu sampai sekarang. Pelakon hero dia , bapaklah hensem gila.(pujian yang melampau) . tapi serius , memang hensem. Seminggu aku habiskan masa aku untuk tengok cerita korea tu. Aktiviti untuk layan dvd tu bermula pada pukul 12am keatas (amek feel). Bukan ape , tanpa gangguan adam sebenarnya. Biasalahkan , cerita korea , memang romantic lebih. Tapi , jalan cerita dia best bagi aku. Hero dia sweet sangat. Tapi, bila difikarkan ada ke lelaki seperti itu lagi sekarang ? walaubagaimanapon , aku yakin masih ada ! pasti ! orang cakap , untuk mempunyai suami yang baik , perempuan tersebut haruslah menjadi baik. Sebab lelaki yang baik pada perempuan yang baik. Dan begitulah sebaliknya (semua orang tahu ni) . aku bermohon sangat pada Allah untuk menganugerahkan lelaki yang baik untuk aku. Doakan aku untuk menjadi perempuan yang baik. aku dah bersyukur gila kalau aku dianugerahkan suami yang mempunyai ciri-ciri seperti abang aku. Tapi , aku mesti menjadi seperti kak nadya dulu. Mampu dan bolehkah aku ? insyaAllah. Bukan aku tiada pendirian untuk menjadi diri orang . aku masih aku. Tapi , perwatankan aku masih boleh menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan boleh mengikut model yang terbaik.

 RM2O tu sebenarnya harga dvd korea tu. Seronok  layan cerita ni sedang aku ada masalah sekarang.  Sekurang-kurangnya cerita ni buat aku leka untuk aku rehatkan otak untuk berfikir masalah yang aku alami sekarang. Aku harap sangat aku dapat kolej supaya aku dapatkan semula perhatian seorang kakak terhadap adiknya. Dapat semula berbicara dan bergurau senda seperdia sedia kala. kepada family aku terutamanya mak dan aboh tercinta , adik mintak maaf sangat-sangat sebab banyak menyusahkan kalian semua. Terima kasih mak dan aboh memahami masalah adik. Terima kasih kalian semua.


Tolong kuatkan aku Ya Allah , hambaMU yang lemah ini. Tolonglah aku untuk aku menjadi yang terbaik pada sem depan dan masa akan datang. ENGKAUlah yang maha berkuasa terhadapat diri aku. Kuatkanlah semangat aku dan kawan-kawan aku untuk menempuh segala ujian akan datang.    
Kawan-kawan , aku tak mahu aku punya semangat hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Aku perlukan bantukan kalian semua. Ketahuilah itu. Aku manusia lemah yang berusaha menjadi yang terbaik. insyaAllah.


Monday, December 6, 2010

setelah lama aku tinggalkannya

Makngah aku terlantar sakit kat hospital sekarang. Dah masuk 2 minggu makngah aku ditahan di hospital.  Dulu berat makngah aku dalam seratos lebih macam tu. Sekarang berat makngah aku hanya 52kg akibat menghidap penyakit jantung. Makngah aku dah tinggal tulang je sekarang ni tau. Sedih sangat kalau tengok keadaan makngak aku ni. Makngak aku ni degil sikit. Malas pergi hospital. Sepatutnya dah lama makngah aku kena tahan kat wad hospital tu , tapi makngah aku cakap duduk kat hospital boring. Bagus gila alasan makngah aku ni. Lagipon , makngah aku ni masih gila berniaga.  Nak tahu tak , masa hari first makngah aku kena tahan wad , denyutan jantung dia laju gila. Keadaan makngak aku , sangat dasyat. Rasa nak meleleh air mata ni. Tapi Alhamdulillah , semenjak makngah aku ni kena tahan wad , keadaan dia semakin stabil. Semakin pulih. Maybe makngah aku boleh keluar dalam beberapa hari lagi. Masa zaman makngah aku muda-muda dulu , makngah aku kurang menjaga pemakanannya. Tak pandai menjaga kesihatan la senag cerita. So , kita yang masih muda ni , pandai-pandailah jaga pemakanan kita. Jangan dihari tua menyusahkan orang lain pula.
 Semenjak makngah aku masuk hospital , keluarga aku jaga anak bongsu makngah aku. Umur dia 7 tahun. Perwatakan sangat la ganas. Nama dia panjang. Tapi aku panggil nama dia maya. Tapi dia cakap ejaan nama dia seperti ini , ‘myra’ . dua minggu dia bersama aku. Dia tinggal rumah aku.  Perasaan aku dengan kehadirannya ? dia ni tak boleh duduk diam. Cakap tanpa berhenti.  Kadang-kadang serabut aku datang. Kena la jugak budak tu  marah-marah dengan aku. Tapi , sepupu kan , sayang la. Aku layan dia pun macam adik aku sendiri .(macam pernah ada adik je sebelom ni)  .

Apa kena mengena dengan tajuk aku tu kan ?
Atas tu introduction je. Macam kita buat karangan bahasa , tiada pendahuluan tak lengkap la karangan kita kan. (tetibe je aku ni kan ?)

Okay , sekarang aku akan mulakan cerita yang aku nak kogsi pada follower aku dan pada sesiapa yang terbaca blog aku ni . (macam ada. Kepada yang tak kenal aku tu , korang boleh kenal aku melalui blog aku kan ? so , aku boleh ucap selamat berkenalan kepada kamu semua ) .

Sebelom ni , aboh aku ada bukak perniagaan dekat belakang rumah kami. Aboh aku bukak warung kecik-kecik je. Aboh aku berniaga kat situ dalam sepuluh tahun macamtu. Sejak aku kecik lagi tau. Tak silap aku masa aboh aku start berniaga tu kan , umur aku lebih kurang 5 tahun. Tapi , sejak kakak aku yang pertama (kaklong) mengandung , aboh aku berhenti berniaga. Kaklong aku ni , dia sebelom ni , bekerja kat  kedai makan makngah aku tu. Masa dia mengandung , dia selalu sakit. Banyak kali masuk hospital. Masa mengandung tu , kaklong aku jadi tak gagah macam sebelom ni. So , mak aku banyak tolong kaklong aku. Mak aku tidur kat rumah nenek aku untuk tolong kakak aku membuat barang jualan kaklong aku.  Kaklong aku ni dia duduk rumah nenek aku. Nenek aku ni pun , gila berniaga juga. Boleh katakan , keluarga aku ni keluarga berniaga. Turun temurun la senang cakap. Oleh sebab mak aku kena tidur rumah nenek aku , aboh aku pun tutup la gerai dia. Dan berhenti la berniaga. Selepas kaklong aku beranak , adam selamat dilahirkan di atas bumi ni , kaklong aku pulak lepas habis berpantang terus mula bekerja di gerai makngah aku semula.  Anak dia (adam) , mak dengan aboh aku yang jaga. Kaklong aku sedih sangat sebab tak dapat bersama anaknya setiap hari. Dalam seminggu kaklong aku dapat bersama anak dia dalam 4hari je. Tapi setiap hujung minggu kaklong aku wajib akan balik ke rumah aku.  Kasih seorang ibu yang terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki. Memang kaklong aku cakap sedih sangat sebab berjauhan dengan anak dan suami.  Tapi , selepas raya puasa baru ni , kaklong aku nekad untuk  duduk bersama anaknya. Maknanya , kaklong aku mengambil keputusan untuk mengambil alih perniagaan aboh aku tu. Sebelah pagi tu , kaklong aku jual nasi lemak , nasi minyak , nasi dagang , nasi berlauk , pulut , dan air panas. ada jugak makcik makcik kat kampung aku tu hantar kuih muih kat gerai kakak aku tu. sebelah petang pulak , kaklong aku berniaga goreng pisang , keropok lekor , jemput-jemput, air sejuk , dan air panas. kawan-kawan aboh aku suke lepak kat kedai tu selepas waktu asar.


Nak dijadikan cerita , baru ni , orang FELDA dapat duit , duit ape entah FELDA bagi , maknanya orang peneroka pada hari tersebut  ade duit lebih la kot . Aku selalunya tak pergi pon kat kedai kaklong aku tu sebelom ni. Sebab aku kena jaga anak sedara aku kat rumah ni. (bukan alasan ye). Tapi hari tu , orang ramai gila datang membeli kat kedai kaklong aku tu. Dengan suara tercungap-cungap kaklong aku call aku suruh datang tolong dia kat kedai. Aku pon , cepat-cepat solat asar dan bergegas pergi kat kedai kakak aku. Aku mulakan kerja yang perlu aku buat kat kedai tu. Kerja yang sebelom ni aku lakukan dengan mudah sekali. sebelom aku masuk sekolah , Teknik ERT Setapak a.k.a STIDE , aku lah yang tolong aboh aku berniaga kat gerai tu. sangat ligat dan lincah aku melalukan tugas-tugasan aku. goreng pisang ? tak perlu tengok kuali , campak je pisang-pisang dalam kuali sambil mata memandang pelanggan yang mintak order. wah3!!bajet je kan ??


Yang aku nak cerita harini sebenarnya , kaklong aku suruh aku hantar air panas dekat beberapa orang pakcik tu , aku pon dah mula cuak la. segan weh setelah sekian lama aku tak pergi kedai tu. tak tolong-tolong kat kedai tu menabur keringat aku kat kedai tu (berapa banyak kedai daa) .masa aku nak hantar air kat pakcik -pakcik tu , (malu la pulak nak cerita) , tangan aku terketar-ketar la pulak. cawan kaca tu sengal , berbunyi-bunyi effect dari ketar aku tu. dengan muka selambur dan ditambahkan pula dengan muka aku yang confident aku letak cawan tu dan berlalu sambil mengetap bibir. selesai seorang pelanggan. ada pulak seorang pelanggan ni ,  masa aku nak hantar air dekat dia , maya sepupu aku tu sebok je ikut aku. siap pegang siku aku lagi. masa aku nak letak air kat atas meja tu , air tu tertumpah sedikit dekat atas pelapik cawan tu. mulut aku dengan selumber terkeluar perkataan sayang !! malu sangat weh. dengan selumber aku marah maya , aku cakap jangan la pegang-pegang. kan dah tumpah. padahalnya , air tu tumpah takde kena mengena dengan maya pon. maaf ye maya . 


tulah pengalaman berniaga aku untuk tahun ini setelah sekian lama aku tak berbakti pada gerai tu. tapi , sejak kakak aku ambil alih gerai tu , kaklong aku dah tak jual ABC (air batu campur + air batu cendol ) . rindu la kat ABC tu. tapi ,  kaklong aku ganti  ABC dengan air-air gas yang boleh membuatkan orang menghidap kencing manis apabila minum air berkarbonat itu secara berlebihan. *Diingatkan dan ditekankan di sini , jangan minum air berkarbonat secara berlebihan. sebab , aku tengok keadaan nenek aku yang menghidap kencing manis tu , kesian sangat. 

 JAGALAH PEMAKANAN KITA. KITA MAKAN UNTUK HIDUP BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN !!

 
   

Tuesday, November 23, 2010

Dah lama aku tak update blog. Nak kata sibok , memang tak langsung. Tapi , rasa rindu sangat nak post blog kat sini.
Dulu kalau kat U , kalau ada cerita , boleh cerita kat mimi(sahabat baik + kesayangan aku) , syaza(roomate kesayangan aku yang sengal) , ana+fuzah+teha,along(housemate kesayangan  aku), daya+rohaida+seri(sahabat karib + kesayangan aku) ,  dan pada sesiapa sesiapa sahaja yang aku rasa aku nak cerita. Tapi sekarang cuti sem , nak cerita panjang pon tak boleh. Nak dengar cerita mimi pon susah(malas taip mesej alasannya). Cerita syaza langsong tak tahu sekarang ni. :)

Cuti sem ni , aku menaip je untuk contect dengan kawan-kawan. Tapi, kalau ada hal penting , aku akan call. Nak hang out dengan kawan-kawan ? Sangat la malas. Bukan taknak jumpa kawan-kawan lama. Nak sangat. Rindu sangat dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa tu. Tapi , malas nak bersiap la.(bongek punye alasan).

Aku rasa cuti ni aku banyak habiskan masa dengan family aku. Tapi , tak bermakne aku terperap je kat rumah ni. Baru ni , aku keluar shopping dengan parents aku. Hakikatnya, tak best la keluar dengan parents ni kalau shopping barang aku. Asyek  nak cepat je. Mak aku pulak , cepat penat. Kesian pulak kalau nak lama-lama pilih barang. Apepun aku dapat la beli baju kurung kain cotton. Dah lama teringin. Tapi best juga tau , kat shopping mall pon , mak aku bantai tawar menawar. Dapat weh . harga sebenar baju tu RM75. Dapat RM65. Tapi, BAJU KURUNG TU BESAR GILA ! Saiz S ? kalau aku pakai saiz S ni , lengan baju tu tersangatla singkat. Badan dah okay kot ? Saiz M ? samalah. Lengan baju tu singkat. Tangan aku terlebih panjang kot. Saiz L ? lengan baju tu ? ngam-ngam dengan lengan aku . Tapi  bila aku pakai baju tu , besar kot ! Besar mana pon baju tu , tak kesah ! Dah beli , duit pon dah keluar , pakai je baju tu untuk pergi kelas sem depan. Pastu , aku nak jugak beli kasut. Cari kat kedai VERNS , takde yang aku teliur. Cari kat kedai Bata , aku berkenan sangat dua pasang kasut ni. Selesa sangat bila kasut tu ade pada telapak kaki aku. Kasut tu simple je. Bila aku tengok harga kasut tu , mood nak beli terbantut. Mahal la pulak. RM70. Walaupon , bagi orang lain tak mahal , tapi bagi aku mahal. Sebab kasut kalau ada kat kaki aku , cepat rosak. Walau macamana pon , aku nak juga kasut.(mak aku dah penat dan pening-pening). Aku ternampak satu kedai tu , tak tahu ape nama kedai tu , tapi kedai tu banyak peralatan sukan. Aku Nampak ade sedikit kasut perempuan . Nampak selesa. Dengan tak memilih , aku beli je kasut tu. Selesa juga kasut tu. Tapi , masa nak beli kasut tu , punya la susah nak cari. Sampai tiga orang cari kasut aku tu. Rupanya , kasut tu yang terakhir. Kasut tu takde la lawa pon. Tak se “vogue”  kasut mimi yang baru tu. J . Dah dapat kasut , aku balik rumah. Puas hati la jugak. Tapi beg masih tak dapat-dapat sampai sekarang. :)

Kat rumah ni , aboh aku asyek tengok sukan je. Memang takde chance nak tengok channel lain. Nasib baik tv kat dapur ade. Bole tengok cerita lain. Tapi , tak best tengok tv kat dapor tu. Mak aku yang tak tahu ape-ape pasal sukan pon jadi suka sukan. Mane taknye , abang aku bangun je tidur buka channel sukan(kalau aku jadi kak nadya , memang boring la suami aku ni). Aboh aku pon sama.  SUKAN ! SUKAN ! SUKAN ! Aku pon layan sukan je la. Sedih la , Malaysia dapat perak je untuk takrow(tak tahu ejaan sebenar macammane . haha) . badminton ? aku nak Lee Chong Wei dapatkan emas untuk Malaysia .  Aku tengok sukan ni , aku boleh nampak kesungguhan pemain-pemain Malaysia nak menaikkan nama Malaysia. Malaysia boleh ! fida boleh ! ooppss. :)






* Bila dah menaip susah nak berhenti. :)


*aku tengok kawan-kawan aku , bila diaorang update status diaorang kat fb , mesti ade cakap pasal CINTA. Ada yang bahagia.tapi , ada juga yang ade masalah dalam bercinta. Walau bagaimanapun , aku harap kawan-kawan aku bahagia sentiasa. 

CINTA PADA YANG ESA ADALAH CINTA YANG AGUNG. 

Cuba kita berfikir , cinta yang kita bagi pada bf or gf kita dengan cinta yang kita bagi pada Allah , mane lagi banyak ? mana lagi suci ? mana lagi ikhlas ? ALLAH memang sepatotnye yang menjadi jawapan pada soalan ini.  :)







Ya Allah , aku hambamu yang lemah. Tetapi , aku ingin perubah pada kebaikan.  Peliharalah hati aku. Sucikanlah jiwa aku. Jauhilah aku daripada segala maksiat. Jauhilah aku daripada cabang-cabang zina. Terutama , ZINA HATI . ZINA JIWA. ZINA PERASAAN . peliharalah akhlak aku.peliharalah akhlak aku dari segala dosa-dosaMU. sayangilah aku hambaMU yang lemah ini. kurniakanlah aku suami yang soleh yang boleh membimbing aku ke jalan agamaMU yang lurus. yang boleh membimbing anak-anakku ke jalan kebenaran.
Amin.


 

Sunday, September 12, 2010

mase untuk diet!!

kedah???
malam raya kat kedah, macam ade perang jepon. meletop sane sni. suasana yang sangat dasyat! tapi macam merdeka pon ade. sangat meriah la. sempat jugak la rakam suasana tu. konon2 ade kat era 1940an la kn.

dah lame tak jejak kaki ke kedah. kalu balik je kedah, makan mesti banyak! ye la, makanan ala-ala kampung la katakan. bnyak ulaman. tapi lauk yang paling terkenang-kenang sampai sekarang ialah ikan pekasam makngah aq! berselera je makan. padahal lauk pauk simple2 je.

bila tiba hari raya, semua orang bergembira. (menyanyi pulak)
bangun awal pagi, mandi sunat hari raya. pergh! sejuk giler. mandi air bukit la katekan. terketar-ketar satu badan.pastu baru nak iron baju raye. mood raye tak de, sebab tu tak iron baju awal2. mak, abah, abang pergi sembahyang raya. aq tak pergi pon. teruskan iron baju famly kat rumah. bila dah siap iron baju dan memperagakan baju raya tu, (ceewaahh) menjamu selera di pagi hari. menu utama? lemang, rendang ayam, dan laksa.
bila semua keluarga dah berkumpul, rombongan raya bermula.
pagi2 raya pergi rumak makwe. (bkn awek) tapi kakak abah yang paling tua. kat sana makan lemang dengan rendang ayam. pastu jeruk kelubi. sangat sedap. sampai tak cukup jeruk tu makan bijik-bijiknya sekali. bile nak balik makwe bagi duit raya. haish! malunye aq nak amek duit tu. tapi dgn muke cover malu, amek je la.

pastu pergi rumah abang aboh yang nombor dua. rumah dia sungai depan rumah. mase kecik- kecik dulu, kalau pergi rumak paklang ni mesti mandi sungai. syok! air sangat sejuk.
berbalik pada cerita. menu raya rumah paklang ni pon lemang jugak! haish! asyek lemang je dari tadi. tapi menu rumah ni lain sikit.
lemang + rendang daging + sambal belacan + petai jeruk. mak cakap orang kampung aboh mmg makan lemang dengan sambal belacan dan petai jeruk. aq pon try la makan macam orang kampung abah makan. ternyata sedap juga walaupon sangat pelik dan tak pernah pon makan macam tu sebelom ni.

jam da pukul 3pm.
balik rumah setelah penat beraya. perut pon da terlalu kenyang. penuh + sarat dengan lemang!
sampai je rumah, abang aboh yang nombor 3 dah ade kat dalam rumah. nasib baik mase nak beraya tadi tak kunci pintu rumah, kalau tidak, tunggu di luar rumah je la berjam-jam. mak aq hidangkan lemag tepong dengan lemang pulut. aq pon makan lagi lemang tu! haish!! lemang! lemang! lemang!

petang tu juz beraya dekat rumah jiran tertangge je. yang kat tepi2 rumah tu je.
pastu abah bercadang nak pergi kolam air panas kat legong pada malam harinya. huhu. aq dengan kak nadya sangat excited nak mandi kolam air panas tu. malam tu, tetiba anak sedara aboh datang! haish! aq dengan selamber cakap kat aboh, "kalau dia balik pukul 12.00 am, pukul 12am tu jugak kite pergi kolam air panas tu". pastu, dorang semua balik dalam pukul 11 malam. huhu dapat pergi awal sikit.tapi orang kate makin malam makin best!aq pon, bawak la baju untuk mandi. sampai kat sana, ramai giler orang. meriah gitu. tapi, tetiba je abang kesayangan aq cakap cmni kat isteri dia, "tak payah mandi. perempuan dengan laki bercampur." huh! aq tetiba jer takde selera nak mandi! jus rendam kaki je.
pastu letak belerang kat muka. moga2 boleh hilang jerawat2 gatai kat muke ni! terus hilang mood nak mandi. sepupu sepapat je yang mandi! budak2! snap pic dorang je la.

balik u nanti, harap tak gemok! huhu.

Saturday, August 28, 2010

ape perlu dilakukan selepas ini ?

test PHY130 terjawab suda. soalan test tadi bole buat kepala pusing. ntah pape punye soalan. asal la terlalu SENANG!! sampai jadi blur bile nak jawab! haih!

back to title.
lepas dah siap jawab test, cocok la kad  bank islam kat mesin ATM. sekeping duit RM 50 pon keluar.
perh!! sayang nye. dah terguna duit PTPTN la. xpe.. nak akhir bulan dah ni. nanti duit makan masok la. pastu duit raye lg. eerrkkk~ (kalau balik kampung kat terengganu banyak sikit dapat duit raye.. kalau kedah?? hampeh!!)  besar-besar pon dapat duit raya ke??? ok!! melalut sudah!!
pastu pergi SP3, nak amek cadar baru.. exited dah panjat tangga.. tapi kakak tu pulak takde..rumah kosong je..
haish!!

balik rumah terus sambar laptop.. ye la kan dah abis test (padahal keesokannye nak test pon sempat lagi bukak fb)..  bile dah online tu tengok new feed! pot pet si kecit update blog... tapi bukan dari hasil tangan dy, dy just share kat iluvislam... bace la ape yang dy share tu... menarik!!
aq pon dengan semangatnye selongkar la satu- satu tajok yang manarik kat iluvislam tu...
aq pon ade share jugak topik yang aq suke kat aq punye blog dengan aq punye fb..
mase aq bace semua tu, memang aq rasa banyak gile salah yang aq lakukan selama ini!
memang bile bace rase insaf giler2.. nak berubah tang-tang tu jugak! tapi.......... haish!!!
maybe aq akan mulakan perubahan secara perlahan-perlahan.. yela kan siapa yang tak takot dengan dosa??
tapi persoalannye..mampukah aq menjadi wanita solehah?? aq pon tak tahu mampukah aq??
berubah dari segi pergaulan aq?? sikap aq?? akhlak aq?? kesopanan aq?? atitude aq??
aarrgghh!! siapa yang taknak jadi yang terbaik kan?? sape yang nak terus hidop dalam dosa kan??
ade lagi yang buatkan aq terfikir-fikir sampai sekarang dengan isi topik iluvislam tu..
'msj dengan lelaki atas dasar cinta terlarang adalah berkhalwat'... mmg la aq tak bercinta.. tapi takot la jugak sebab msj dgn lelaki tu ada... video cll?? haish!!
so, ape patot aq lakukan??
stop msj dengan dy?? ok jugak.. lagi bagus kot. tapi ape yang bakal dy cakap? kalau dy salah paham? hah!
kalau dy ajak video cll lg?? ha... suruh la dy layan iluvislam.. kalau malas sangat, bace je semua link aq kat fb. nanti paham2 la kot.. kot???
topik ' untuk dikongsi dan renungan bersama ' lagi la menakotkan aq.. topik ni ada share pasal tanda-tanda kita nak mati. naik bulu kening, bulu ketiak, bulu kaki bulu tangan, bulu hidung dan segala-gala jenis bulu aq.
alamak! dah makin seram la pulak.eerrkk?? seram ke? tamat kat sini je la topik ni. sebelum aq tersalah melalut kang, ada pulak yang terfikir, aq ni dah nak mati ke? ada terfikir x?? semua manusia akan mati. cume tak tahu bile je kan? ok ok dah!

 aq stop kat sini dulu la untuk hari ini. tapi sebelom tu aq nak share cerita happy untuk diri aq, tadi g bazar terserempak dengan miss iziyan. pastu aq gurau2 dengan dy, mintak dy belanja aq. dy nak belanja aq. tapi aq tolak la kan. ye la , barang kat tangan aq pon da belambak, sedangkan tangan miss tu still tak pegang apa-apa lagi. walaupon korang yang terbaca blog aq ni xde la rase hepi ngan bende yang aq share ni, tapi aq betol2 hepi. =DD
so, lepas ni aq boleh la macam dulu ngan miss iziyan. :D

*********HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK MU YA ALLAH**********

Pelindung Vs Perosak | iLuvislam + discover the beauty of islam

Pelindung Vs Perosak | iLuvislam + discover the beauty of islam

Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga | iLuvislam + discover the beauty of islam

Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga | iLuvislam + discover the beauty of islam

Nasihat Ibu Tentang Cinta | iLuvislam + discover the beauty of islam

Nasihat Ibu Tentang Cinta | iLuvislam + discover the beauty of islam

Tuesday, August 24, 2010

failed??

MAT133...
i love u...

miss izyan....
miss..maafkan saya.. miss badmood...saya takot...
mase miss pulangkan paper quiz kami...ramai student senyum je..saya pon hepi ngan result saya miss...terima kasih..
pastu miss bagi pulak result TEST..
aduh..bile name saye nak kena sebut ni?
bawah lg ke?
nape miss dah berhenti pulangkan paper niy???aduh!!
MMMMMMMMMMAAAAAAAAAKKKKKKKK!!!!!!!!!!!
adik gagal!!!

**********
miss saya jd takut nak berhadapan dgn miss..
saya segan..
dah segan nak bergurau senda dgn miss....
dulu kan miss panggil saya "budak garang"..
miss cakap "saya takut la ngan kamu ni..garang!"
hahahaha~
kalu saya datang kelas lambat....miss tanye kat kawan saya mane BUDAK GARANG tu ?
bile saya masok kelas mesti saya sapa miss..
gurau2 ngan miss....

TAPI....................................
bagaimana pula dengan hari ini?????????
miss...segannye saya nak keluarkan suara saya...
tp, saya tak kan diam je kan dalam kelas miss (macam bukan saya je diam ni )...pakse la diri utk keluarkan jugak suara saya ni...
saya sedih la miss kite dah tak berguarau senda mcm sebelom niy..
saya pon da takot nak panggil2 miss....
macam tak best je kelas td...
da la buat soalan pon tak dpt....
hish!!!!!!

miss...
saya suke cara miss mengajar...
miss hapening....
xstress la kalau ade dalam kelas miss...
lepas ni insyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk test kedua nanti..
saya akan happykan diri saya, parents saya, dan tak lupe juga pada miss saya..
doakan kejayaan saya...


***********
Failed???
Nak bagi tahu ke x kat abah pasal ni??
abah dah la lame tak call adik...mak pon same...
tak kan la sebab kes tu mak ngan abah tak nak call adk da??
BERANI KERANA BENAR...
nanti adk call ye...rindu gile da nih!


************
kegembiraan datang selepas kedukaan
eeerrrrkkkk????ye ke??
betol la....
seronok berbuka puasa dengan miss sue dan kawan2....rugi kepada student DTT1B1 yang tak join...
tu la...aq suruh sume join tak nak...
semalam bukak puase dalam bilik miss sue tau...
atas karpet pink lagi tu tau...air aq pon wane pink jugak!
nasib baik miss tak tercekik kuih melaka semalam...kalau tak nahas aq kena bertanggungjawab atas kejadiaan tersebot..hehe..maaf miss..tu lain kali jangan la gelak...saya bukan buat lawak pon...
laksa???
teliur pulak tengok miss makan laksa free dia tu...dengan muke tak tahu malunye, aq mintak kat miss kuah laksa tu..
ppeeerrhh!!!pedas seh!! tak menyesal aq buat muke tak tahu malu aq tu ngan miss...
miss belanje murtabak....tapi tak terhabisan kami makan..ye la..berenam je kot bukak puase..tapi makanan berbuka macam untuk makan 30 orang je..rugi la pada student DTT1B1 yang tak join tu..huhu...nak buat macamane kan, da rezeki aq, mimi, pain, tasya, dan lan je semalam...alhamdulullah..


*********
setakat ni dulu la...
ade keje nak buat..makin lame kat sini makin melalut nanti....
kain kat dalam baldi tu da panggil2 suruh jemur dia kat ampaian...


*****hidup tak selalunya indah..langit tak selalu cerah*****