Wednesday, December 15, 2010

RM2o

Cuti sem ni aku asyik layan movie je. Aboh aku beli 3 movie orang putih . 2 aboh aku punyadan, 1 untuk aku. Aboh aku suke layan movie perang-perang orang puteh lama tu. Aku pulak beli dvd avatar(agak ketinggalan , baru sekarang aku dapat tengok cerita tu) .

Masa hari ahad lepas , aku keluar Bandar dengan daya . tapi sebelom tu , aku singgah polisas dulu amek daya. Sempatla aku jumpa nadrah kawan STIDE aku. Nadrah ni budak dorm aku masa aku form 5 dan merangkap nurse STIDE.  Aku dengan daya pergi ECMall(kuantan) . dulu , masa aku hangout pergi mid dengan rohaida dan daya , aku pernah cakap pada rohaida yang aku akan hangout dengan daya kat kuantan. Nada aku memang nak jelouskan rohaida. Alang-alang aku betol-betol dapat keluar dengan daya , kitorang call la rohaida, dia sedih gila sampai nangis-nangis sebab tak dapat join kitorang. Aku pulak rasa sangat bersalah. Maaf rohaida , ko jaoh , aku kesian kat ko walaupon aku tau ko sanggup datang dari PD ke kuantan. Tapi aku kesiankan ko sebab isnin tu poli dah start kelas. Maaf sangat-sangat rohaida.

aku shopping baju lagi kat ECM tu.   Aku rasa , sejak cuti sem ni , kalau hangout dengan kawan asyek beli baju je. Gila habiskan duit. Bukan ape , kak pijah(kakak  no.2)  pernah cakap , aku pergi kelas(sem1) asyek pakai baju sama je. Sebab tu la aku nak banyakkan baju.(alasan tak ?) . pastu aku pergi shop dvd. Aku memang dari mula cuti sem lagi terasa nak beli drama or movie korea. Aku usya punye usya dapat la satu dvd ni. Cover dia menarik. Tapi tulisan korea. So ,aku tak tahu ape tajuk dvd tu sampai sekarang. Pelakon hero dia , bapaklah hensem gila.(pujian yang melampau) . tapi serius , memang hensem. Seminggu aku habiskan masa aku untuk tengok cerita korea tu. Aktiviti untuk layan dvd tu bermula pada pukul 12am keatas (amek feel). Bukan ape , tanpa gangguan adam sebenarnya. Biasalahkan , cerita korea , memang romantic lebih. Tapi , jalan cerita dia best bagi aku. Hero dia sweet sangat. Tapi, bila difikarkan ada ke lelaki seperti itu lagi sekarang ? walaubagaimanapon , aku yakin masih ada ! pasti ! orang cakap , untuk mempunyai suami yang baik , perempuan tersebut haruslah menjadi baik. Sebab lelaki yang baik pada perempuan yang baik. Dan begitulah sebaliknya (semua orang tahu ni) . aku bermohon sangat pada Allah untuk menganugerahkan lelaki yang baik untuk aku. Doakan aku untuk menjadi perempuan yang baik. aku dah bersyukur gila kalau aku dianugerahkan suami yang mempunyai ciri-ciri seperti abang aku. Tapi , aku mesti menjadi seperti kak nadya dulu. Mampu dan bolehkah aku ? insyaAllah. Bukan aku tiada pendirian untuk menjadi diri orang . aku masih aku. Tapi , perwatankan aku masih boleh menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan boleh mengikut model yang terbaik.

 RM2O tu sebenarnya harga dvd korea tu. Seronok  layan cerita ni sedang aku ada masalah sekarang.  Sekurang-kurangnya cerita ni buat aku leka untuk aku rehatkan otak untuk berfikir masalah yang aku alami sekarang. Aku harap sangat aku dapat kolej supaya aku dapatkan semula perhatian seorang kakak terhadap adiknya. Dapat semula berbicara dan bergurau senda seperdia sedia kala. kepada family aku terutamanya mak dan aboh tercinta , adik mintak maaf sangat-sangat sebab banyak menyusahkan kalian semua. Terima kasih mak dan aboh memahami masalah adik. Terima kasih kalian semua.


Tolong kuatkan aku Ya Allah , hambaMU yang lemah ini. Tolonglah aku untuk aku menjadi yang terbaik pada sem depan dan masa akan datang. ENGKAUlah yang maha berkuasa terhadapat diri aku. Kuatkanlah semangat aku dan kawan-kawan aku untuk menempuh segala ujian akan datang.    
Kawan-kawan , aku tak mahu aku punya semangat hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Aku perlukan bantukan kalian semua. Ketahuilah itu. Aku manusia lemah yang berusaha menjadi yang terbaik. insyaAllah.


No comments: