Saturday, January 8, 2011

DUNIA BARU

assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat blog ini.

Pejam celik, pejam celik(jangan pejam tak celik-celik sudah . oke ayat lapuk. ) dah hampir seminggu sem 2 aku berlalu.Selama seminggu jugalah aku kembali hidup sebagai seorang pelajar universiti (eerrkkk!! ada beza ke ?)ada atau takde beza belakang kira . yang pasti sem 2 aku nak mulakan hidup baru dan cara baru menjadi seorang penuntut di Univeriti.(semoga hajat aku terkesampaian dan tidak sekadar batuk ditangga).sem 1 lepas biar aku jadikan panduan dan pengarajan untuk teruskan hidup aku pada sem-sem akan datang.

Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Aku harap , aku dapat teruskan gaya hidup aku sekarang sampai bila-bila. walaupon sedih terpaksa berpisah rumah dengan housemate lama tapi aku tahu mesti ada hikmah disebaliknya. Mungkin kehidupan baru ini mengajar aku untuk hidup lebih berdikari dan bersistematik . Aku harap sangat kehidupan baru aku ni bukan sekadar pada awal sem . Seperti orang selalu cakap , "mula-mula memang semangat" !Aku harus kuat melawan nafsu malas untuk aku berjaya merialisasikan hasrat aku . sape yang tak mahu berjaya kan ? sape yang tak jeles tengok kawan-kawan dapat anugerah dekan ? pointer tinggi-tinggi ! Semoga kami semua warga UiTM N9 berjaya dengan cemerlang .Amin . 


Nak cerita sikit aktiviti yang aku lakukan selama seminggu ni .

Hari isnin : aku berjalan seperti biasa. Aku ke kelas , dan lecture masih tidak mengajar pada awal sem ini berjalan.

Hari selasa : hari selasa seharian kelas aku dibatalkan. Senang cakap , cuti untuk DTT2B1 (kelas aku untuk sem 2 ni). Pada pagi yang hening lagi berkabus,  aku , mimi , zai dan qila berjogging di kawasan kampung area UiTM ni. Kami berjogging sampai hujung kampung. Sampai jumpa jalan tanah merah. Hujung kampung tu ada anak sungai yang cetek airnya. Kaki aku jadi gatai sebab aku celup kaki dalam air sungai tu. Lepas dah tangkap gambar bagai , kitorang bergerak untuk pulang ke kampus. Sebelam tu kami singgah di kebun getah kepunyaan wan (ahli masyarakat kampung , perempuan yang mencecah usia 50-an). Sempatlah kami bergaya di tepi pokok-pokok getah tu untuk bergambar. Pastu , wan tu menyapa kami. Kitorang pon singgah la bersembang-sembang dengan wan tu. Pastu moyang sebelah datang bertangdang join sekaki. HAHA! Pastu qila ajak kitorang balik sebab dia dah mengantuk tahap gaban. perjalanan jogging kami ditemani dengan taik-taik lembu yang baunya agak eerrkkk!!!!

Hari rabu :Rabu pun kehidupan berjalan seperti biasa. Tapi banyak layan game la. Harap aktiviti ini berlaku ketika tunggu kuliah bermula sahaja. Tidak berpanjangan dan tidak ketagih apabila kuliah mula nanti.

Harikhamis: Kami cuti lagi. Lagi rancak aku main game. Lagi-lagi bila nad(RTmate aku)dah bagi semua game yang dia ada pada aku.

Hari Jumaat: Aku ke kelas seperti biasa dan untuk pertama kali dalam minggu ini bagi sem 2 kami punya kelas dah start lecture mengajar. Mrs.HIsyam. Timbalan Pengarah kami merangkap lecture MAT183 kami. Pada malamnya harinya , aku , mimi , pain , qila , zai , housemate lama , dan housemate baru ke PASAR MELANG. Aku hampir-hampir pitam wooo. Apa masalah aku pon aku tak tahu. Kawan-kawan aku cakap , muka aku jadi pucat. Lagi kelakar bila aku tengok gelagat pain dengan pakcik jual obelong tu.Pain mintak air kat pakcik tu , pakcik tu kasi satu tong air kecik kat pain. Pain nak bagi aku minum sebenarnya. TERIMA KASIH KEPADA PAIN dan MIMI YANG DAH TOLONG BAWAK BARANG AKU. 

apa rancangan sabtu kami ?
jeng jeng jeng.
kami berjogging lagi. 
seronok lah sem ni , banyak bersenam. dulu masa sem satu , syaza ajak aku jogging petang-petang jangan harap aku nak ikot. PEMALAS! 

Alhamdulillah segalanya boleh diubah kalau kita yang nak berubah.

aku manusia kerdil di mata Allah yang sedang berusaha untuk berubah diri aku kepada kebaikan. Semoga KAU permudahkan perjalanan hidop aku.amin !


No comments: