Saturday, January 8, 2011

Dating

Daya , ko tahu tak lepas subuh aku punya semangat bersiap untuk pergi jogging lagi. Tapi fon aku pulak kehabisan batery. Aku malas charged. Akibat tu aku tak tahu  kawan-kawan aku yang lain taknak pergi jogging. Dalam semangat yang membara nak berjogging sebab semalam kawan-kawan aku dah bercadang nak jogging sama-sama pagi sabtu ni , aku pon pergi umah kawan aku (rumah lama aku ) nak tengok diorang siap ke belom. Aku masok je rumah tu suasana rumah tu sunyi sepi ko tahu. Aku ingatkan diorang dah pergi dulu tinggalkan aku. Ye la sebab fon aku kan kehabisan batery. Pastu aku bukak je pintu bilik kawan aku sorang ni , aku tengok sekujur badan berselimut petak-petak terbujur kaku sebelum dia tersedar kehadiran aku ke biliknya. Aku pon mendekati katil dia pastu aku tanya la , 'ko tak mahu join ke ?' . Dia dalam mamai-mamai cakap 'petang-petang nanti la sikit ' . Agak frust sikit perasaan aku masa tu. Sebab malam tadi budak tu punya semangat siap post kat status lagi pasal nak berjogging pagi ni. Pastu aku pon pergi kat bilik kawan aku sorang lagi ni . Aku bukak pintu bilik dia , aku tengok dia tak siap apa-apa lagi. Masa tu dia sedang melayan shopping di FB. Aku tanya dia , 'tak jadi jogging ye pagi ni ? aku tak tahu apa-apa sebab fon aku kehabisan batery.'  Pastu dia cakap tadi mimi ada bagi mesj kat aku cakap yang dia tak join. Syaza pulak aku dah bagi mesej kat dia , tapi tak balas-balas sampai sekarang. Mungkin kawan aku tu kesia kat aku yang bersemangat bersiap ni kan dia pon call la si Syaza tu. Aku tak tahu apa yang diorg cakap dalam fon tu yang aku pasti Syaza macam baru bangun tidur. Pastu , aku cakap la kat Teha tu , 'takpe la Teha , aku boleh main badminton dengan Nad ' (suara sayu je) . Teha kesian kot kat aku , dia pon ofer nak teman aku jogging. Pastu Teha pon bersiap la dan kitorang pergi berdua untuk berjogging bersama. 


Aku jogging sampai hujung kampung tu lagi. Masa jogging tu aku terserempak dengan classmate ku , Zai. Patu , aku jumpa dengan wan tu masa perjalanan nak balik. Wan tu ingat aku lagi tau. Masa tu wan tu siap-siap nak kutip getah . Taik lembu kat jalan tu bertambah-tambah tau. Wangi je bau jalan tu. Pastu aku ngan Teha bercadang untuk brakfast bersama. Kat luar U kitorang ada satu kedai roti canai yang famous dalam kalangan pelajar-pelajar sini tau. Aku tak pernah try lagi sebelom ni. Apa lagi , dah alang-alang lalu kat situ , aku pon breakfast la kat situ dengan Teha. Teha belanja aku. TERIMA KASIH TEHA. Dah siap makan tu kitorang pon balik kampus semula. Kat depan pintu pakguard tu aku nampak satu taxi ni lalu , aku macam perasan seseorang. Macam kawan aku yang cadang nak keluar pilah sama dengan aku semalam. Aku nak pastikan lagi , masa pejalanan balik rumah aku , aku singgah rumah mimi , aku dah agak Mimi mesti takde kat rumah . Aku tanya kakak rumah Mimi tu , Mimi mana? . Kakak tu cakap Mimi dah keluar. Betollah dalam taxi tu Pain . 


Balik rumah aku tanya budak rumah aku , ada Mimi datang ? dorang cakap ada. Aku pon charge la fon aku. 2 call dari Mimi.  hehe~ Aku pon call Mimi cakap nak keluar dengan Teha tengahari nanti. Aku nak beli tudung. 


Semangat tak aku Daya ?
Badan sihat otak cergas.


okay la aku nak bersiap untuk ke pilah.

1 comment:

Meeja said...

hotak kau !