Wednesday, February 8, 2012

Yang Mana yang Kita Pilih ?

"Manusia - sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian. Mukmin - menyembunyikan setiap perbuatan untuk mencari redha Allah swt" Ni status syahirul.com

Apa berbezaan mukmin dengan muslim ?
Read here :D

4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )- Tajuk Ustaz Azhar Idrus yang share kat wall Ustaz Azhar Idrus (Origanal)

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.





-Ceramah ni dari Ustaz Kazim Elias-
-Sumber-


***
Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud; "Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka berhati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa Bani Israel disebabkan wanita". (HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15)


Bila mencari teman untuk mencapai kebahagiaan akhirat, perhatikan betul-betul urusan agamanya & bila mencari teman untuk keperluan dunia, maka perhatikanlah tentang kebaikan akhlaknya..."

(Al-Ghazali)


Diri ini terasa teramat malu pada Allah. Diri ini terlalu hina. Allah memberi kenikmatan di dunia kepada aku, tapi adakah aku mensyukuri nikmat Allah? Adakah aku Mencintai Allah sepenuh jiwa raga? Astagfirullahalazim. Bila-bila masa sahaja dunia ini akan berakhir, tapi aku masih leka. Kononnya, dunia ini aku yang punya. Kononnya, 5 kali sehari aku berjanji pada Allah "Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam." , tertunaikah aku ?  Redhakah Allah dengan kehidupan hari-harianku ? TT_____TT

Ya Allah, golongkanlah aku dalam golongan orang-orang yang beriman. Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau kurniakan aku petunjuk dan hidayahMU. Berkatilah dan redhailah kehidupan aku di dunia dan akhirah. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Ya Allah, kurniakanlah aku kefahaman agama.


At-Taubah:20
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,dengan harta dan jiwanya mereka, adalah lebih tinggidarjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.

No comments: