Saturday, February 11, 2012

Boleh atau tidak perempuan membaca kuat dalam solat ?



Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Surau LAdang Terengganu (10/02/2012) - jawapan no.8 
Sharing is Loving


Amalan iman yg pertama sekali adalah mengucap syahadah dan amalan zahir yg utama sekali adalah solat. Inilah yang membezakan kita sebagai orang islam ataupun kafir. Solat adalah Tiang agama. Jika kita tidak solat, maka runtuhlah agamanya. Cuba kita bayangkan, jika rumah kita tidak bertiang ? 


 Muaz bin Jabal R.A. juga meriwayatkan :“Rasulullah SAW memerintahkan, sepuluh perkara iaitu : Jangan menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, walaupun aku akan dibunuh atau dibakar hidup-hidup, jangan membantah ibu bapa walaupun aku akan berpisah dari isteriku atau kekayaanku, jangan melengah-lengahkan waktu solat dengan sengaja, jangan minum minuman keras kerana itulah punca maksiat dan keburukan, jangan mengingkari Allah kerana itulah yang dimurkai-NYA, jangan lari dari pertempuran walaupun teman-teman telah gugur, jangan lari dari tempat di mana wabak sedang merebak. Berbelanja atas kaum keluarga, rotanilah anak-anak agar mereka jadi baik dan berilah amaran kepada mereka mengenai kecuaian terhadap kewajipan-kewajipan kepada Allah SWT.”

Solat yang wajib tidak perlu diringan-ringankan kerana sibuk dengan kerja atau mengerjakan kekayaan. Bagi mereka yang meringan-ringankan solat akan menerima lima macam azab di dunia lagi, manakala tiga azab di alam kubur dan tiga semasa kebangkitannya.
Azab di dunia :
  • Tidak dirahmati oleh Allah SWT di dalam kehidupannya.
  • Dia kehilangan nur yang mana muka orang-orang yang soleh penuh dengannya.
  • Dia tidak mendapat pahala bagi amalan-amalan yang baik.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Tidak dapat baginya doa-doa orang yang soleh.
Azab ketika dia hendak mati :
  • Dia mati dalam keadaan mengaibkan.
  • Dia mati dalam keadaan kelaparan.
  • Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air dalam laut pun tidak dapat menghilangkan dahaganya.
Azab di dalam kubur :
  • Dia dihimpit di dalam kubur hingga tulang-tulangnya berceragah
  • Api dibakar dalam kubur dan dia diguling-gulingkan siang dan malam.
  • Ular yang berapi dan berkuku besi akan dilepaskan ke atasnya.
Azab selepas kebangkitannya :
  • Hisabnya dan hukuman Allah SWT amat keras.
  • Allah SWT murka kepadanya.
  • Dia dicampakkan ke dalam api neraka.
Bagi orang-orang yang sentiasa memelihara solatnya, mereka akan mendapat pahala dan pemeliharaan dari Allah SWT :
  • Rezakinya dipermudahkan baginya.
  • Dia selamat dari azab kubur.
  • Dia akan melintasi titian Siratul-mustaqim dengan pantas.
  • Dia akan masuk syurga tanpa dihisab.
Oleh itu harus berusaha dengan kerasnya untuk bersolat. Berusaha dengan ikhlas untuk mengerjakan perintah yang wajib dari Allah SWT. Bersolat dan berdoa kepada Allah supaya DIA memberi taufik dan hidayah. Berdoalah kepada Allah agar kita sentiada berada dalam landasan agama Allah yang betul.

MUHASABAH DIRI


No comments: