Friday, May 11, 2012

Durian Runtuh ?

Bismillah.

Tadi petang aku pergi kedai kaklong berniaga.Macam biasa pakcik-pakcik lepas balik kerja singgah minum kat kedai kaklong. Semenjak dua menjak ni, isu kedai kaklong tak lain dan tak bukan, DURIAN RUNTUH yang bakal satu family peneroka dapat. Durian runtuh ni akan diagihkan secara 3 fasa. (nak sampai ke fasa aku (generasi kedua, dan berjanggut dulu kot, sebab sekarang pun proses pembahagian tak start lagi. Bunyi  duit nak sampai pun belum untuk fasa pertama. )

Dalam banyak-banyak perbualan mereka, aku suka perbualan pakcik ni dengan pegawai felda tu. Pakcik tu cakap, RM1.689 bilion yang bakal diagihkan kepada 112,635 jumlah seluruh keluarga felda seluruh negara tu hanya duit buat relai sahaja. (Ini mungkin ayat kiasan Pakcik tu. Tapi aku paham apa yang dimaksudkannya) 


Buah relai ni, buah yang dah relai dari tandan kelapa sawit tu. Selalunya, bila buah kelapa sawit ni jatuh ke tandan setelah di kait, akan ade buah yang bercerai dari tandannya, kalau dikutip, dapat jugak la berguni-guni.  






Jadi pakcik, kalau la RM1.689 bilion hanya harga buah relai yang diagihkan kepada kami ( mengikut kata kiasan pakcik tu lah) yang setandan tu, yang sepatutnya kami dapat tu, pergi ke mana ? 




Setelah dikaji, dirisik. ( Manusia sekarang tak senang di tipu, di tindas dah.) Mungkin perkataan serik itu sesuai. Akal ada, mana boleh main membontot je kan.


oh, 50k sepatutnya peneroka dapat. RM 1.689 bilion tu hanya 30% ?

*Nak guna duit orang lebih-lebih pun agak-agak la. Orang lain kot yang berlelah memerah keringat tu. Jangan nak guna main sedap lah kan.

Semoga Allah memberi hidayah kepada si dia.
*Ustaz Azhar Idrus cakap, apabila kita dizalimi, dianiaya, berdoa kepada org yang menzalimi kita tu supaya mendapat hidayah. Jangan berdoa lebih dari perbuatannya, nanti kita pulak yang zalim.




Dah jadi peneroka berapa tahun, dah buat negara untung berapa bilion, bila orang bising-bising tahu takut, pastu bila nak mengundi baru nak hulur. Politik betul, tapi tak kesah la kan, itu hak dia nak raih undi. Hak masing-masing, cara masing-masing. Itu tak boleh jadikan isu besar. Sebab isu besar bukan itu.
Lakukan kerja kerana Allah. Itu lebih afdal. Menolong orang itu amalan mulia. lagipun itu hak dia. Hak dia. Tau, hak dia ? Hak dia okay. sepatutnya dia dapat hak dia setimpalnya.



Agak angin aku ye. Maaf. Sebab ini kes peneroka, aku agak serius sikit. 
Yang buruk itu dari aku sememangnya, yang baik itu dari Allah.


Apapun, aku bersyukur, dapat jugak 15k untuk 1 family kan, daripada dia tak bagi terus kan. Tu memang lagi kesian lah kat peneroka, keringat mereka yang membuatkan negara untung besar. Memang sepatutnya dihargai. Peneroka bukan senang-lenang weh.

No comments: