Monday, December 19, 2011

Persiapan

Aku pernah dengar motivasi Prof. Muhaya cakap, tak payah la kita bersusah-payah(beria-ia) untuk merancang hari persandingan kita yang hanya sehari tu. Tapi bersiap sedialah untuk menjadi seorang isteri solehah dan ibu mithali untuk seumur hidup.

Betul kata Prof. Muhaya tu, hari ni (zaman sekarang) memang ramai yang nak kahwin gah-gah. Tapi ilmu rumah tangga pon takde. Fuuuhhhh. Aku pon naik seram bila cakap pasal ilmu rumah tangga ni. Yela, aku ni konon la nak kahwin awal, tapi ilmu rumah tangga pon tarak! Patotlah abang apih aku cakap kat aku masa cuti dulu, dia cakap "idah mu tak boleh kahwin lagi, kena pandai masak, jaga rumah baru boleh kahwin" - rupenya kata-kata abang aku tu penuh makna. Dia tahulah yang adik dia ni memang tak tahu langsung selok belok rumah tangga. Yela, kat sekolah aku tak belajar ilmu rumahtangga ni. Sekolah aku peratusan besarnya mengajar ilmu fardu kifayah. Tak macam sekolah agama, mereka ada belajar ilmu rumahtangga(sesetengah sekolah agama sahaja). Bertuah sangat wanita yang berlajar kat sekolah tu. Dengar cerita ustaz azhar idrus kan, sekolah tu ada ajar studentnya cara memberi air kepeda suami. Siap buat praktikal lagi. Beri air kat suami pun ada caranya. Sekecil-kecil tu pun kita kena ambil berat. Memang susah nak jadi isteri yang taat dan solehah ni. Tapi, nanti balasannya kat Akhirat, Subhanallah, Allahu akbar!

Minggu ni UiTM aku ade program(minggu) CUiT. Sepanjang minggu ni, empat malam ada sesi ceramah agama. Alhamdulillah. Ceramah kali pertama maal hijrah, kali kedua, akidah, seterusnya adam dan hawa (cinta) dan yang terakhirnya Sexual Orientation ( cakap pasal gay-lesbian-cinta)

Alhamdulillah, semoga ilmu yang ada dapat digunakan dengan baik.
Semoga hati aku ni sentiasa mengikut naluri iman bukan naluri nafsu. (kata-kata imammuda Asyraf)


Mari kita kongsi ilmu~

Senang je kan nak paham .


Perasaan cinta memang tak salah. Tapi, zaman sekarang yang salah guna CINTA tu yang boleh jatuhkan  kepada haram sebab TAK JAGA BATAS. HARAM la hukumnya.

jangan salah gunakan "calon" yang ada. Kalau dah ada, cepat-cepat la kahwin. Kalau lambat lagi, jaga iman, kawal nafsu.



Baru ni dalam sesi soal jawab masa ceramah "adam dan hawa" dan ceramah imammuda Asyraf ada students( sebab dua orang yang bertanya) tanye, boleh ke kita calling2 atau mesej orang yang berlainan jantina dengan kita ?

Jawapan beliau = Tak boleh kalau tiada urusan kerja.

Semuanya sudah jelas. Hanya kita sahaja yang perlu konduk diri kita untuk mengikut naluri yang betul iaitu naluri iman bukan nafsu. (nak ayat imammuda je  kan ?)

Last sekali imammuda tu cakap " kata ustaz Azhar Idrus kalau couple saja-saja takde sebab nak kahwin , haram . " Jadi sape yang couple tu, cepat-cepat la kahwin ye. Bawak jumpa famly, nampak sikit kesungguhan nak kahwinnya.

JOM KITA TUNTUT ILMU RUMAHTANGGA

Sekurang-kurangnya kita tahu serba sedikit. Nak paham betul-betul biar IMAM kita yang ajar kita selanjutnya. hehe . ambik tahu.. ambik tahu..


Disebabkan tangan macam nak patah je dok copy paste link Siri seterusnya sambung next time.






*Apabila seorang wanita itu masuk ke gerbang perkahwinan, terbukalah tujuh pintu syurga dan tujuh pintu neraka. Ketika itu mereka digelar dengan suami dan isteri, dan terbebanlah ke atas setiapnya dengan beberapa hak dan tanggungjawab.

Tanggungjawab sebagai isteri adalah wajib mentaati dan mengikut perintah suaminya selagi tidak melanggar syariat. Suami pula wajib menyempurnakan hak isterinya sama ada lahir mahupun batin dan kalau suami hidup bermadu mesti adil ke atas semua isterinya.

Selagi hak dan tanggungjawab itu dilaksnakan, syurga telahpun tersedia untuknya, dan kalau sebaliknya, neraka adalah lebih layak untuknya.

No comments: