Monday, December 5, 2011

Betul kata dia

Aku hanyak rakan FB dengan kakak ni. Aku kenal dia pon sebab dia kawan kepada Kak Yana dan Kak Fany. Baru ni dia ada post kat FB macam ni,

Manusia ni kadang2 malu nk buat baik padahal dh terniat.

Malu nk solat, pakai tudung, cakap perkara baik2..Sebab di sekelilingnya bkn org yg begitu. Malu jgk nk tulis yg baik2 kt fb sbb tkt org ckp 'buang tebiat ape dia ni'. Buanglah rasa malu tak bertempat tu. Trust me, once u write the good things on your fb, anda akan termotivasi dgn sendirinya. Mula2 merubah minda, kemudian mengubah perilaku.
 
Kipidapp(keep it up) ! [Ni copy paste dari FB dia]





Betul sangat kata-kata kakak ni. Sebab aku cakap betul ? Ia sudah terbukti pada diri aku sendiri hari ni.


Alhamdulillah ya Allah :D

Sebelum ni aku tak tahu ape yang menghantui fikiran aku. Aku nak buat benda tu malu sangat-sangat. Malu aku tu macam tak bertempat. Aku pon naik menyampah bila aku diserang penyakit malu tak bertempat aku tu. 


Tapi tadi aku laluinya. Memang aku terasa getaran tu. Serius aku mengeletar la jugak. Tetapi ternyata, benda yang sebelum ni otak aku ligat berfikir pasal orang kate itu , ini takde yang berlaku pon tadi. Suasana sangat tenang. Aku dapat rasai bila aku berada di situ. Aku suka sangat perasaan ni. Aku harap aku dapat istiqomah melakukan tu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Jauhilah aku dari godaan syaitan.


Bila kita buang perasaan malu yang tak bertempat tu, padahalnya okay je bila kita buat benda tu.  Takde pon fikir ape orang tu kate, ape orang ni kate. Berjalan lancar je. Rupenye tu hanya hasutan syaitan yang nak melambatkan kerja baik kita tu. 


Yang penting niat kita sebenarnya. Aku dah lama berniat nak melakukan perkara yang aku lakukan ni. Tapi harini niat aku tu baru  terlaksanakan. Takpelah lambat, asalkan aku ada niat tu dan Allah telah tunaikan niat aku tu hari ni. Alhamdulillah ya Allah. 






Oleh itu sentiasalah tanam niat yang baik untuk jalan Allah supaya suatu hari nanti Allah tunaikan niat kita tu. InsyaAllah Allah tunjukkan kita jalan. 


Apa niat kita nak buat ye ?
Niatlah apa-apa pun. Yang penting niat kita tu biarlah yang akan memandu kita untuk masuk syurga Allah dan bukan sekadar niat untuk dunia sahaja. Paham tak ayat ni ? 

No comments: