Thursday, December 8, 2011

Jauhkan Aku

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti kebesaran Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya ( ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai."
Al-A'raaf:179

Ya Allah jauhkan aku dari golongan orang yang TIDAK

-Memahami ayat-ayat Allah
-Mempunyai mata tetapi tidak melihat bukti kebesaran Allah
-Mempunyai telingan tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat Allah


Ayat ni kalau nak faham kena bukak kitab  tafsir yang tebal tu. Moh kita jadi muka kitab.



p/s - Tadi kuliah maghrib ustaz ada cakap, ilmu( fardhu ain) yang paling UTAMA kita kena belajar ialah ilmu Akidah. Sebab ilmu Akidah meliputi semuanya. Jika akidah(iman) kita betul, maka mudahlah urusan kita untuk beribadah kepada Allah. Macam ilmu dunia seperti biologi, sains, matematik dan textile( hehe) kena belajar juga tapi yang fardhu ain kena dahulukan dan utamakan. Tapi, dalam tak sedar ramai orang sekarang yang mencari ilmu dunia lebih dari ilmu akhirat. Terbatuk-batuk diri sendiri kan. Yela nak ambil exam kan ? Tapi kita kena ingat segala amalan kita akan dihitung jugak oleh Allah nanti.

Hijrah itu perlu untuk berjaya di dunia dan di AKHIRAT.

No comments: