Saturday, December 17, 2011

Terima Kasih Adeq

Wah, tak pernah aku sangka blog aku akan bertukar wajah. Yela, sebelum ni aku ada blog pon saja-saja je. Blog aku sebelum ni memang simple sangat-sangat sebab blog aku, aku je yang baca, aku je yang buka.

Baru ni, ika(adik anja roomate aku) godek-godek google search sebok nak cari blog aku. Dengan kepakaran IT yang dia ada, dia pon telah berjaga menjumpai blog aku tu. Dengan malu dan segannya, aku pon terus serang dia bila tiba-tiba dia cakap "SAYA BUDAK BARU BELAJAR"  , "blog warna kuning eh?".

Haishh!! Budak ni, jumpa pulak dia blog aku. Sebelum ni aku try cari sendiri blog aku dengan menaip nama sendiri tak pulak aku jumpa blog ni.

Pastu, aku tengok dia dok kasi cantik blog kakak dia, dengan selumbernye aku cakap la, ika buat untuk kita boleh? (muka tak malu kan) - sebelum ni memang teringin pon blog cantik ni, cume tak pandai buat dan malas nak amek tahu je.


Ika pon dengan baik hati sudi la tolong cantikkan blog ni. Sebelom ni percubaan pertama, takde masa nak ubah dan harini kelas ika habis awal, aku pon mintak la tolong dia sambung kerja yang sebelum ni tergendala.

Hasilnya.... taraaaaaa
Blog ini hasil air tangan ika .
Terima kasih kepada budak kecik ni kerana sudi meluangkan masa anda untuk renovate blog saya ni.
Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah memberkati hidup saudari.


*bukan senang ye orang nak luangkan masa nak buat benda alah ni untuk aku. Budak ni pon bukannya ada blog. Terima kasih kepada budak kecik roomate kita sorang ni :D

Much love



Tadi Imam Muda Asyraf datang. Alhamdulillah orang yang dipanggil Allah untuk menghadiri ceramah tadi sangat ramai. Input pon amat berguna. Dengan selingan lawaknye, dengan ilmu yang beliau ada. Not bad la tadi. Best sangat.

Sebab esok LDK bagi student semester 4 (turn aku), aku dah nak tidur sekarang. InsyaAllah ada masa, kita berkongsi sedikit sebanyak mengenai ceramah tadi.

No comments: