Friday, December 9, 2011

Mekarnya hijrah dalam hatiku

Baru sempat nak update pasal ceramah semalam. Untuk diri aku sentiasa ingat dan tak leka.
Tajuk ceramah semalam ' Mekarnya Hijrah Dalam Hatiku' .

Terima kasih kepada Ustaz Musa dari Kuala Lumpur dan Ustaz Hisyam dari UiTM Kuala Pilah kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat dan kata-kata yang menaikkan semangat.

" Lakukan perkara biasa nanti perkara luar biasa akan berlaku pada kita "

Ustaz Hisyam ulas lagi :
Masalah manusia sekarang perkara biasa pon taknak buat. Contohnya, solat dan menutup aurat. Yela, solat yang tiang agama pon tak jaga, aurat pon tutup ala kadar macamane perkara luar biasa nak datang pada kita.  Mula-mula kita jaga waktu solat kita. Selalu solat awal waktu. Pastu lama-kelamaan diri kita terbawa untuk solat berjemaat pulak. InsyaAllah.

Apa ustaz Hisyam cakap tu tepat lagi padat. Pendek je dia cakap tapi kalau kita selami diri kita ni, memang terbatuk-batuk sampai nak terkeluar darah sebab tersedak terasa.

Maknanya, kita jaga betul-betul suruhan Allah dan kita kenal Allah dulu, suatu hari nanti kita sentiasa dapat rasa rahmat dan nikmat yang Allah berikan pada kita. Tiap-tiap hari dan detik saat perkara yang berlaku pada kita, kita sudah bersedia. Pastu kita boleh hayati setiap apa yang Allah rancangkan untuk kita tu.

Tambah ustaz lagi:
Kita perlulah istiqomah dalam setiap perkara baik yang kita buat tu.
Ya! Ini perkara yang bukan senang kita boleh buat. " Istiqomah".
Tapi ustaz kata, kita tak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam je. 
Paksa diri kita. Ye PAKSA!
Hidayah bukan nak tunggu datang dengan sendiri, tapi kita yang perlu mencari hidayah tu.


HIJRAH

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

No comments: