Friday, April 27, 2012

lirik lagu AMANAT untuk para pejuang


Ooh pejuangku mara kehadapan Jangan tunggu-tunggu
Allah membantu 2x

Pejuang tidak buang masa
Bertindak segera bertindak segera

Ooh pejuangku mara kehadapan
Jangan tunggu-tunggu
Allah membantu

Pejuang yang setia tidak pandang belakang
Ia terus mara

Ooh pejuangku mara kehadapan
Jangan tunggu-tunggu
Allah membantu

Nun disana pahala yang menunggu
Nun disana syahid buat kita

Ooh pejuangku mara kehadapan
Jangan tunggu-tunggu
Allah membantu

*SOLO

Pejuang jangan takut susah
Inilah nilainya disisi Allah

Ooh pejuangku mara kehadapan
Jangan tunggu-tunggu
Allah membantu

Pejuang tinggi darjatnya
Tidak sama abid yang duduk saja

Ooh pejuangku mara kehadapan
Jangan tunggu-tunggu
Allah membantu

Pejuangku bertindak segera
Jangan buang masa

Ooh pejuangku mara kehadapan
Jangan tunggu-tunggu
Allah membantu

Sunday, April 22, 2012

Ahad

Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumáƒĤAmiin ya Rabbal'alamin.


Jauhilah kami dari kelalaian, kealpaan dari mengingatiMU ya Allah.

Friday, April 20, 2012

Orang Sekarang dah pandai berfikir luar kotak

Kami bukan otak LEMBU.
Dah pandai berfikir mana dan memilih mana baik dan yang mana buruk.


Abang Apih selalu pesan, orang yang pandai, orang tu boleh bawak diri dia masuk syurga Allah dan elakkan diri dia dari masuk api neraka.

Ya Allah, bimbinglah aku. Jauhilah aku daripada melakukan perkara yang melalaikan dan sia-sia.

Friday, March 30, 2012

Terima Kasih Miss Atiyyah Musa

Terima kasih miss.
Hati bunga-bunga tadi.
*berpada-pada

Apapun, syukur Alhamdulillah kerana miss fikir macam tu.
Terkejut. hehe

Majukan TEXSAS untuk negara.
Tetiba semangat.
Kepada next bendahari TEXSAS, Good Luck!
*tak sabar nak turunkan jawatan kepada junior.

Nanti takde dah pikir, "alamak, cuak nak jumpa miss cakap pasal duit."
Nanti takde dah tangan terketar-ketar jumpa miss bincang pasal duit.

duit! duit! duit!

Apapun, banyak kenangan dan ilmu yang ditimba semasa aku menjadi bendahari TEXSAS ni.
Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana izinkan aku menjadi seorang bendahari.
Terima kasih ya Allah dengan ilmu dan pengalaman yang KAU kurniakan terhadapku.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah

Semalam keputusan kolej.
Alhamdulillah, Allah bagi aku rezeki lagi kali ni.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Tunjukkan aku ke jalan yang lurus ya Allah.
Permudahkan segala urusan aku.



*keputusan bilik tak tahu lagi, terima segala pemberian Allah. Allah telah merancangkan yang terbaik untuk kita.
Terima kasih Allah. <3


Thursday, March 29, 2012

Saki baki akhir sem 4

Beberapa hari je lagi, final exam akan sampai dipenghujungnya. 31 March 2012, YA! kamilah penghabisannya. Sayang UiTM Kuala Pilah la katakan, stay pun lama di sini.

Yang gembiranya, ini adalah kali pertama mak dan aboh nak ambil aku masa final exam. Selalunya, aku balik naik bas je ke kuantan tu. Barang-barang aku, pandai-pandailah aku settle sendiri. Tapi, kali ni alhamdulillah, Allah bagi mak aku cuti, so mereka berkesempatan untuk menjemput aku for the first time.

Sebelum tu, mak akan ke gombak dulu, rumah kak Pijah. Kak pijah sakit kaki. Dapat mc 8 hari. Jadi, mak akan melawat kak pijah sebelum datang jemput aku. Semoga perjalanan mak ngan aboh selamat sampai ke destinasi yang dituju dan segalanya berjalan dengan lancar. Ya Allah, permudahkanlah urusan kedua ibu bapaku. Amin.

Harap cuti dua bulan ni aku dapat berbakti kepada kedua orang tuaku. Mak aboh, i love you so much



*tak sabar nak jadi ibu aiihh. tetibe -.-

Tolong ingatkan saya

Tolong ingatkan saya andai saya terlupakan Tuhan,
Tolong ingatkan saya agar saya tidak menjadi anak derhaka,
Tolong ingatkan saya agar tidak lupa pesan guru,
Tolong ingatkan saya tentang aurat andainya terdedah bila saya terleka,
Tolong ingatkan saya agar sentiasa membaca al-Quran tatkala saya asyik dengan media hiburan,
Tolong ingatkan pegangan agamaku tatkala saya seronok dengan dunia,
Tolong ingatkan saya agar bercinta kerana Nya,
Tolong ingatkan saya bahawa diri ini adalah milik Yang Maha Kuasa





Cinta sempurna, dariMU...

Saturday, February 11, 2012

Boleh atau tidak perempuan membaca kuat dalam solat ?



Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Surau LAdang Terengganu (10/02/2012) - jawapan no.8 
Sharing is Loving


Amalan iman yg pertama sekali adalah mengucap syahadah dan amalan zahir yg utama sekali adalah solat. Inilah yang membezakan kita sebagai orang islam ataupun kafir. Solat adalah Tiang agama. Jika kita tidak solat, maka runtuhlah agamanya. Cuba kita bayangkan, jika rumah kita tidak bertiang ? 


 Muaz bin Jabal R.A. juga meriwayatkan :“Rasulullah SAW memerintahkan, sepuluh perkara iaitu : Jangan menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, walaupun aku akan dibunuh atau dibakar hidup-hidup, jangan membantah ibu bapa walaupun aku akan berpisah dari isteriku atau kekayaanku, jangan melengah-lengahkan waktu solat dengan sengaja, jangan minum minuman keras kerana itulah punca maksiat dan keburukan, jangan mengingkari Allah kerana itulah yang dimurkai-NYA, jangan lari dari pertempuran walaupun teman-teman telah gugur, jangan lari dari tempat di mana wabak sedang merebak. Berbelanja atas kaum keluarga, rotanilah anak-anak agar mereka jadi baik dan berilah amaran kepada mereka mengenai kecuaian terhadap kewajipan-kewajipan kepada Allah SWT.”

Solat yang wajib tidak perlu diringan-ringankan kerana sibuk dengan kerja atau mengerjakan kekayaan. Bagi mereka yang meringan-ringankan solat akan menerima lima macam azab di dunia lagi, manakala tiga azab di alam kubur dan tiga semasa kebangkitannya.
Azab di dunia :
  • Tidak dirahmati oleh Allah SWT di dalam kehidupannya.
  • Dia kehilangan nur yang mana muka orang-orang yang soleh penuh dengannya.
  • Dia tidak mendapat pahala bagi amalan-amalan yang baik.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Tidak dapat baginya doa-doa orang yang soleh.
Azab ketika dia hendak mati :
  • Dia mati dalam keadaan mengaibkan.
  • Dia mati dalam keadaan kelaparan.
  • Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air dalam laut pun tidak dapat menghilangkan dahaganya.
Azab di dalam kubur :
  • Dia dihimpit di dalam kubur hingga tulang-tulangnya berceragah
  • Api dibakar dalam kubur dan dia diguling-gulingkan siang dan malam.
  • Ular yang berapi dan berkuku besi akan dilepaskan ke atasnya.
Azab selepas kebangkitannya :
  • Hisabnya dan hukuman Allah SWT amat keras.
  • Allah SWT murka kepadanya.
  • Dia dicampakkan ke dalam api neraka.
Bagi orang-orang yang sentiasa memelihara solatnya, mereka akan mendapat pahala dan pemeliharaan dari Allah SWT :
  • Rezakinya dipermudahkan baginya.
  • Dia selamat dari azab kubur.
  • Dia akan melintasi titian Siratul-mustaqim dengan pantas.
  • Dia akan masuk syurga tanpa dihisab.
Oleh itu harus berusaha dengan kerasnya untuk bersolat. Berusaha dengan ikhlas untuk mengerjakan perintah yang wajib dari Allah SWT. Bersolat dan berdoa kepada Allah supaya DIA memberi taufik dan hidayah. Berdoalah kepada Allah agar kita sentiada berada dalam landasan agama Allah yang betul.

MUHASABAH DIRI


Wednesday, February 8, 2012

Yang Mana yang Kita Pilih ?

"Manusia - sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian. Mukmin - menyembunyikan setiap perbuatan untuk mencari redha Allah swt" Ni status syahirul.com. 

Apa berbezaan mukmin dengan muslim ?
Read here :D

4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )- Tajuk Ustaz Azhar Idrus yang share kat wall Ustaz Azhar Idrus (Origanal)

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.





-Ceramah ni dari Ustaz Kazim Elias-
-Sumber-


***
Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud; "Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka berhati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa Bani Israel disebabkan wanita". (HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15)


" Bila mencari teman untuk mencapai kebahagiaan akhirat, perhatikan betul-betul urusan agamanya & bila mencari teman untuk keperluan dunia, maka perhatikanlah tentang kebaikan akhlaknya..."

(Al-Ghazali)


Diri ini terasa teramat malu pada Allah. Diri ini terlalu hina. Allah memberi kenikmatan di dunia kepada aku, tapi adakah aku mensyukuri nikmat Allah? Adakah aku Mencintai Allah sepenuh jiwa raga? Astagfirullahalazim. Bila-bila masa sahaja dunia ini akan berakhir, tapi aku masih leka. Kononnya, dunia ini aku yang punya. Kononnya, 5 kali sehari aku berjanji pada Allah "Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam." , tertunaikah aku ?  Redhakah Allah dengan kehidupan hari-harianku ? TT_____TT

Ya Allah, golongkanlah aku dalam golongan orang-orang yang beriman. Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau kurniakan aku petunjuk dan hidayahMU. Berkatilah dan redhailah kehidupan aku di dunia dan akhirah. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Ya Allah, kurniakanlah aku kefahaman agama.


At-Taubah:20
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,dengan harta dan jiwanya mereka, adalah lebih tinggidarjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.

Thursday, February 2, 2012

Lampu Isyarat

Sangat rindu pada mak , aboh

Tadi petang mak telefon. Suara punye exited jawab call dari mak. "adik mak kat traffic light ni. Lampu merah sekarang. Nanti lampu hijau mak letak lah call ye."

Mak... mak..
I miss you too.

*Selalunya, kalau orang bekerja yang nak ambil anak dari sekolah mereka akan gunakan masa dalam kereka untuk berinteraksi dengan anak. Masa tu, mak akan dengar cerita anak mereka tentang apa yang berlaku semasa di sekolah.

Dalam kes mak aku ni pulak, nak dengar cerita anak dalam kereta kena call anaknya time lampu isyarat merah. Serius mak sangat sweet.

Love you mak.

"adik g sekolah tak hari ni ? "

Itulah soalan mak aku tadi. SEKOLAH ? Walaupun aku sudah tidak bersekolah lagi sekarang, tapi soalan tu memang selalu mak aku akan tanya setiap kali call. Maybe soalan tu jadi sesuai sebab kehadiran status "ADIK".
adik... sekolah...
kakak... ada kelas tak (universiti) .... :(
HAHAHA

Monday, January 30, 2012

Tadi

Lihat pada tajuk tu macam.........
......

Kita teruskan ....

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar sebab kita bukan sahaja mahu berkahwin dengan orangnya, tetapi kita juga berkahwin dengan ahli keluarganya yang lain. Sebelum berkahwin, kita dah pelu berjinak-jinak untuk mempelajari ilmu rumah tangga. Kitab Muhimmah ialah salah satu kita yang ada mengajar ilmu rumah tangga. Kepada lelaki yang ingin berkahwin tu, belilah buku ini kepada bakal isteri, supaya ada manfaatnya suatu hari nanti. * Buku ini ada terdapat di kedai-kedai buku, jadi mahasiswa/mahasiswi yang dapat vourcer RM200 tu, kalau dah tiada idea nak beli apa, jomlah beli buku tu, tak payah tunggu bakal pasangan belikan pun takpe. :D

Aku tak mahir nak bercakap dalam bab perkahwinan ni, sebab aku sendiri belum berumahtangga. Tapi, sejak dari bangku sekolah lagi aku memang berhajat ingin kahwin awal. Dalam senyap, aku melihat orang-orang yang sudah berkahwin di sekeliling aku ( terutama adik-beradik aku sendiri), aku mengambil mana yang baik untuk dijadikan contoh untuk aku suatu hari nanti dan yang tak baik tu, aku jadikan sebagai peringatan kepada diri aku. Itu masih belum cukup untuk aku, aku tak sabar nak belajar kitab muhimmah dengan seorang tok guru. Tapi, masih belum berkesempatan. Setakat ini, hanya mampu mendengar di You Tube sahaja. :(

Transformasi.
Bilakah ? bilakah ? bilakah ?
Jangan tunggu bila! LAKUKAN SEKARANG .
Transformasi ?
Dari perangai buruk kepada yang lebih baik. Kepada yang baik kepada yang lebih baik.
Dari yang serabut kepada yang kemas.
Dari yang kelam kabut kepada yang tenang.
Dari yang kurang ilmu agama kepada mencintai dan memahami ilmu agama.
Dari bercakap kosong kepada bercakap penuh makna.

Jadi, kepada yang ingin berkahwin awal, kita perlu siapkan banyak perkara dalam diri kita. Kita perlu banyak mendalami ilmu agama. Di situlah tanggungjawab akan terbina. Kita tahu tanggungjawab kita dalam keluarga. Sebelum ni hnaya cakap nak kahwin awal, nak kahwin awal, tapi persiapan pada diri pun tiada.
Tertarik baca blog hamba Allah ni. Tajuknya : Kami memang nak nikah . Buatkan aku terjaga dari kesibukan waktu.

Jadi, jom dekati diri dalam ilmu agama. Kita boleh luangkan masa menonton drama korea, ombak rindu, cerita hindustan, filem orghang puteh, cerita cina dll berjam-jam sudah semestinya kita pun boleh mendengar ceramah agama berjam-jam-jam-jam .

Tanda-tanda Allah sayang dan kasih pada kita:
Apabila kita sayang dan cintakan ilmu serta Allah menberi kefahaman kepada kita. <3