Monday, January 30, 2012

Tadi

Lihat pada tajuk tu macam.........
......

Kita teruskan ....

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar sebab kita bukan sahaja mahu berkahwin dengan orangnya, tetapi kita juga berkahwin dengan ahli keluarganya yang lain. Sebelum berkahwin, kita dah pelu berjinak-jinak untuk mempelajari ilmu rumah tangga. Kitab Muhimmah ialah salah satu kita yang ada mengajar ilmu rumah tangga. Kepada lelaki yang ingin berkahwin tu, belilah buku ini kepada bakal isteri, supaya ada manfaatnya suatu hari nanti. * Buku ini ada terdapat di kedai-kedai buku, jadi mahasiswa/mahasiswi yang dapat vourcer RM200 tu, kalau dah tiada idea nak beli apa, jomlah beli buku tu, tak payah tunggu bakal pasangan belikan pun takpe. :D

Aku tak mahir nak bercakap dalam bab perkahwinan ni, sebab aku sendiri belum berumahtangga. Tapi, sejak dari bangku sekolah lagi aku memang berhajat ingin kahwin awal. Dalam senyap, aku melihat orang-orang yang sudah berkahwin di sekeliling aku ( terutama adik-beradik aku sendiri), aku mengambil mana yang baik untuk dijadikan contoh untuk aku suatu hari nanti dan yang tak baik tu, aku jadikan sebagai peringatan kepada diri aku. Itu masih belum cukup untuk aku, aku tak sabar nak belajar kitab muhimmah dengan seorang tok guru. Tapi, masih belum berkesempatan. Setakat ini, hanya mampu mendengar di You Tube sahaja. :(

Transformasi.
Bilakah ? bilakah ? bilakah ?
Jangan tunggu bila! LAKUKAN SEKARANG .
Transformasi ?
Dari perangai buruk kepada yang lebih baik. Kepada yang baik kepada yang lebih baik.
Dari yang serabut kepada yang kemas.
Dari yang kelam kabut kepada yang tenang.
Dari yang kurang ilmu agama kepada mencintai dan memahami ilmu agama.
Dari bercakap kosong kepada bercakap penuh makna.

Jadi, kepada yang ingin berkahwin awal, kita perlu siapkan banyak perkara dalam diri kita. Kita perlu banyak mendalami ilmu agama. Di situlah tanggungjawab akan terbina. Kita tahu tanggungjawab kita dalam keluarga. Sebelum ni hnaya cakap nak kahwin awal, nak kahwin awal, tapi persiapan pada diri pun tiada.
Tertarik baca blog hamba Allah ni. Tajuknya : Kami memang nak nikah . Buatkan aku terjaga dari kesibukan waktu.

Jadi, jom dekati diri dalam ilmu agama. Kita boleh luangkan masa menonton drama korea, ombak rindu, cerita hindustan, filem orghang puteh, cerita cina dll berjam-jam sudah semestinya kita pun boleh mendengar ceramah agama berjam-jam-jam-jam .

Tanda-tanda Allah sayang dan kasih pada kita:
Apabila kita sayang dan cintakan ilmu serta Allah menberi kefahaman kepada kita. <3

No comments: