Thursday, January 5, 2012

Sayapemalu

Taknak tidur petang! serik ! serik !

Hati: Sape suruh ang tidur petang ha ?
Otak: Takdak sape suruh pun, tapi tadi suasana bilik cool sangat. Sambil sambil loadingkan vlog si matluthfi ngan si sayapemalu tu, aku tertidur.
Hati: padan muka ang!
Otak: Sampai hati ang cakap aku lagu tuuuuu..

Wahhh.. aku speaking utara. Ni sebab dorang adik beradik( matluthfi dan sayapemalu) la ni. Layan vlog-vlog sayapemalu tu banyak sangat, tambah lagi housemate yang ramai utara, lidah aku pun dah tergeliat ke utara sekali.

Suara dorang ni dah la sama, bijak dorang pun nak sama jugak. Sia abang study kat Australia si adik study kat Mesir.

Walaupun adik punye vlog tak memcecah ratusan ribu yang view ( setakat ni vlog sayapemalu tu paling ramai puluhan ribu kot yang view) tapi vlog-vlog dia pun lucu-lucu jugak. Buatkan aku nak tergelak tahan-tahan sebab masa tu roomate aku study nak test.

Apepun dorang ni best la. Vlog yang ade moral value. Aku bila lagi nak buat vlog ? Oh macam tak mungkin je aku akan ada vlog! Dah nak kahwin Takde bakat. nak buat blog pun merangkak-rangkak, ni kan vlog yang perlukan suara, lakonan, mimik muka. Oh, NO!

No comments: