Monday, January 30, 2012

Tadi

Lihat pada tajuk tu macam.........
......

Kita teruskan ....

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar sebab kita bukan sahaja mahu berkahwin dengan orangnya, tetapi kita juga berkahwin dengan ahli keluarganya yang lain. Sebelum berkahwin, kita dah pelu berjinak-jinak untuk mempelajari ilmu rumah tangga. Kitab Muhimmah ialah salah satu kita yang ada mengajar ilmu rumah tangga. Kepada lelaki yang ingin berkahwin tu, belilah buku ini kepada bakal isteri, supaya ada manfaatnya suatu hari nanti. * Buku ini ada terdapat di kedai-kedai buku, jadi mahasiswa/mahasiswi yang dapat vourcer RM200 tu, kalau dah tiada idea nak beli apa, jomlah beli buku tu, tak payah tunggu bakal pasangan belikan pun takpe. :D

Aku tak mahir nak bercakap dalam bab perkahwinan ni, sebab aku sendiri belum berumahtangga. Tapi, sejak dari bangku sekolah lagi aku memang berhajat ingin kahwin awal. Dalam senyap, aku melihat orang-orang yang sudah berkahwin di sekeliling aku ( terutama adik-beradik aku sendiri), aku mengambil mana yang baik untuk dijadikan contoh untuk aku suatu hari nanti dan yang tak baik tu, aku jadikan sebagai peringatan kepada diri aku. Itu masih belum cukup untuk aku, aku tak sabar nak belajar kitab muhimmah dengan seorang tok guru. Tapi, masih belum berkesempatan. Setakat ini, hanya mampu mendengar di You Tube sahaja. :(

Transformasi.
Bilakah ? bilakah ? bilakah ?
Jangan tunggu bila! LAKUKAN SEKARANG .
Transformasi ?
Dari perangai buruk kepada yang lebih baik. Kepada yang baik kepada yang lebih baik.
Dari yang serabut kepada yang kemas.
Dari yang kelam kabut kepada yang tenang.
Dari yang kurang ilmu agama kepada mencintai dan memahami ilmu agama.
Dari bercakap kosong kepada bercakap penuh makna.

Jadi, kepada yang ingin berkahwin awal, kita perlu siapkan banyak perkara dalam diri kita. Kita perlu banyak mendalami ilmu agama. Di situlah tanggungjawab akan terbina. Kita tahu tanggungjawab kita dalam keluarga. Sebelum ni hnaya cakap nak kahwin awal, nak kahwin awal, tapi persiapan pada diri pun tiada.
Tertarik baca blog hamba Allah ni. Tajuknya : Kami memang nak nikah . Buatkan aku terjaga dari kesibukan waktu.

Jadi, jom dekati diri dalam ilmu agama. Kita boleh luangkan masa menonton drama korea, ombak rindu, cerita hindustan, filem orghang puteh, cerita cina dll berjam-jam sudah semestinya kita pun boleh mendengar ceramah agama berjam-jam-jam-jam .

Tanda-tanda Allah sayang dan kasih pada kita:
Apabila kita sayang dan cintakan ilmu serta Allah menberi kefahaman kepada kita. <3

Thursday, January 26, 2012

Ukhuwah Yang Terbina

Bersangka baik kunci ukhuwah.
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita.

Kerna Allah faham akan isi hati kita.
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,

Kerna tiada hakim sebaik Allah.
Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah bersama kita.

Dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya Amal yang setia bersama kita.

Tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini terikat pada cinta kepda Allah dan Rasulnya.



not to be BFF with you but want to be FTJ ( Friend Till Jannah)








Your Friend,
Nurafidah binti Abu Hassan.


I love You All Sahabat <3

Wednesday, January 25, 2012

Walaupun dah terlambat. Sori.

Kepada Zainatul Zuhairah dan Nurazwani Jalil sori sangat-sangat wish Birthday lambat kat dalam blog ni. Walau lambat macamane pun, aku nak jugak post ucapan Hari Lahir untuk korang kat sini. Sebab aku dah sematkan dalam jiwa raga aku, sempena tahun 2012 ni aku nak letakkan wish (doa) aku pada korang dalam blog aku ni. * aku tak tahu birthday korang dalam tahun islam. tu lah aku wish kat korang ikut masihi je. *

TO: ZAINATUL ZUHAIRAH dan NURAZWANI BINTI JALIL

-Semoga kau dimurahkan rezeki, dan rezeki diberkahi oleh Allah S.W.T 
-Semoga menjadi hamba yang taat pada perintah Allah, anak yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang mithali. 
-Semoga berjaya di dunia dan di akhirat 
-Semoga hidup dipermudahkan Allah di dunia dan di akhirat. 
- Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah.



Korang dah tua. lalalalalalalala
Aku sayang korang. Muah3. <3
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
sekian .
Nurafidah binti Abu Hassan

Azab Bagi Wanita

Ya Allah peliharalah aku dari seksa kuburMU dan azab api nerakaMU. Amin

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

“Pada malam aku di-isra’- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Friday, January 13, 2012

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah


Penangan Kuliah Ustaz Azhar Idrus . Kisah MAT REMPIT kembali ke pangkal jalan.



Jom kwn2 kita fahami pengakuan mat rempit yang kembali ke pangkal jalan...

Sebagai MAT REMPIT berjaya...aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.

SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang...apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH...Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa...tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..

. Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat...nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan...jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR...

'' Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang...time gi surau...mung gi surau...NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda...KUDA zaman lening mutorsikal r.."

satu agi..

"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT...dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT...Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .

Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...

Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha

GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA'...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...

dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..

Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)



Fida:
Alhamdulillah. Semakin ramai orang muda sekarang yang cintakan agama. Ya Allah panjangkanlah umur Ustaz Azhar Idrus. Semoga hidupnya dilimpahi rahmatMU.

Sesungguhnya hidayah itu milikMU ya Allah. Janganlah Enkau pesongkan hatiku setelah KAU berikan petunjuk dan hidayah kepadaku. Golongkanlah aku dalam golongan orang yang beriman ya Allah. Tingkatkanlah ilmu agama aku. Peliharalah hati, akhlak, dan akidah aku ya ya Allah. Pimpinlah aku ke jalan agamaMU. 

Seronok dengar cerita orang yang kembali ke pangkal jalan ni. 
Semoga kita sentiasa istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara kebaikan.

Sannah Helwah kakak

Kak Siti a.k.a Fara Farhanim Selamat  menyambut hari kelahiran yang ke 20. Alhamdulillah. Dalam usia ni akak masih kuat dan aktif.

Doa kita untuk akak:

-Semoga Allah memurahkan rezeki akak dan keluarga (semuanya dah ditetapkan Allah, hanya cepat dan lambat sahaja)
-Semoga hidup dipermudahkan oleh Allah di dunia dan akhirat
-Semoga bahagia di dunia dan di akhirat
-Semoga diberikan kesihatan
-Semoga hidup diberkati dan dirahmati Allah.

Ucapan kita:
Akak, akak sudah tua. hehe. Macam biasa, bila masuk 20an ni orang asyek cakap pasal TUA dan KAHWIN je kan ? *tak sabar nak pergi kenduri kahwin akak.
Kawan sampai Jannah ye kak dengan kita ?



HAPPY BIRTHDAY KAKAK
I

YOU








Thursday, January 5, 2012

Sayapemalu

Taknak tidur petang! serik ! serik !

Hati: Sape suruh ang tidur petang ha ?
Otak: Takdak sape suruh pun, tapi tadi suasana bilik cool sangat. Sambil sambil loadingkan vlog si matluthfi ngan si sayapemalu tu, aku tertidur.
Hati: padan muka ang!
Otak: Sampai hati ang cakap aku lagu tuuuuu..

Wahhh.. aku speaking utara. Ni sebab dorang adik beradik( matluthfi dan sayapemalu) la ni. Layan vlog-vlog sayapemalu tu banyak sangat, tambah lagi housemate yang ramai utara, lidah aku pun dah tergeliat ke utara sekali.

Suara dorang ni dah la sama, bijak dorang pun nak sama jugak. Sia abang study kat Australia si adik study kat Mesir.

Walaupun adik punye vlog tak memcecah ratusan ribu yang view ( setakat ni vlog sayapemalu tu paling ramai puluhan ribu kot yang view) tapi vlog-vlog dia pun lucu-lucu jugak. Buatkan aku nak tergelak tahan-tahan sebab masa tu roomate aku study nak test.

Apepun dorang ni best la. Vlog yang ade moral value. Aku bila lagi nak buat vlog ? Oh macam tak mungkin je aku akan ada vlog! Dah nak kahwin Takde bakat. nak buat blog pun merangkak-rangkak, ni kan vlog yang perlukan suara, lakonan, mimik muka. Oh, NO!

InsyaAllah esok presentation kumpulan kami

Suka Ayat dari blog hamba Allah seorang ni. Aku tak kenal siapa pemilik blog ni. Tapi aku tak tahu kenapa aku bookmarkkan blog dia ni. Maybe ayatnye yang best.


Satu hari aku merasa sangat kecewa dengan diri sendiri..
Kecewa..
Setiap hari berusaha untuk mengubah diri..
Setiap hari memasang azam..
Setiap hari menginsafi dosa..
Namun, setiap hari masih sama..
Masih diri yang sama..
Perubahan diri masih tak dicapai.
Kadangkala rasa mahu berputus asa..
Kecewa dengan diri..

Satu hari seorang sahabat datang menasihati..

Teman..kau sangka..hanya dengan usahamu..kau mampu berubah?
Kau lupa sesuatu teman..
Kau lupa..setiap usahamu itu..sedikit pun tidak mampu membantumu berubah..melainkan dengan izin dan kehendak Allah..

Kau sombong.

Kau sangka dengan usaha kau saja, perubahan yang kau usahakan akan berjaya..
Kau lupa untuk meminta pada Allah..agar Allah memudahkan usahamu..
Agar Allah menjayakan perubahan yang kau usahakan itu..
Allah menegurmu..Usah sombong..

................

…Jangan hanya bila susah ingat Allah..bila senang lupakan Allah...


Ya Allah permudahkanlah bicara dan penerangan aku dan ahli kumpulan aku pada esok hari. Berilah kawan-kawan warga textile kami memahami apa yang kami ingin sampaikan. Amin. Lembutkanlah hati lecture kami Ya Allah. Amin

Alhamdulillah. Kamu sudah mencecah 20-an from HACKER terbaik

Wah ini first time aku wish birthday kawan kat dalam blog. HEHE. Sempena tahun 2012 ni kan rasa nak wish birthday korang dalam blog ni la.

To pain ( Nurfarahin Binti Indrawarman) :



Selamat hari lahir. Semoga ko panjang umur dan dimurahkan rezeki.( ni semua dah ditetapkan Allah. Cuma lambat dan cepat je . :D )

Semoga hidup ko dan family bahagia selalu dan sentiasa dilimpahkan rahmat dan redha Allah. Semoga hidup diberkati Allah

Harap ko kuat dalam hadapi sebarang dugaan yang Allah berikan. Ingat, Allah sentiasa bersama kita. Allah Maha Mendengar. Rintihlah pada Allah. Kuatkan semangat agar orang sekeliling ko pon kuat :D Jadilah anak yang solehah. *pesanan abang ko kat fb.

Harap kita jadi kawan sampai Jannah Allah. Amin


Macamane kita boleh kenal ?

Aku kenal ko pada 26.6.2010.
Macamane aku boleh kenal ko ? Sebab Mimidon yang kenalkan. Kita kan Textiler. Student Technologi Textile at UiTM cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Beting. Di situ kita bersua.
Ko jadi lagi glamour bila ko jadi usher. hehe
Selamat hari sahabat.


Untuk ko :D

Wednesday, January 4, 2012

Kisah yang buatkan aku teresak- esak

Sangat sebak bila menahan diri dari menangis berbunyi-bunyi.

Alhamdulillah aku dilahirkan sihat walafiat. Walaupun masa kecik-kecik aku diserang paru-paru berair dan lelah, tapi sekarang kesihatan aku alhamduillah. Aku masih dapat belajar , berkawan dan yang penting masih sebagai seorang anak kepada orang tuaku ( apa bakti aku ? hehe). Alhamdulillah aku diberikan kesihatan oleh Allah.

Semoga aku sentiasa menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah kepada suami suatu hari nanti dan ibu yang mithali yang tahu akan tanggungjawabnya kepada anak-anak aku nanti. Amin.

Kita tak tahu hujung pangkal umur kita. Semoga kehidupan kita sentiasa diredai dan diberkati Allah.
Walau sihat manapun kita hari ini, tapi kita tak tahu macamane ajal menjemput kita.

Walaupun kita sakit, ingatlah ada yang lagi parah dari kita. Mintalah kekuatan kepada Allah.

Walaupun cerita ni dah lame, tapi aku baru je baca tadi. Sape yang tak baca lagi, jom la baca.





Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Tuesday, January 3, 2012

Aku Yang Berdosa

Bismillah

Aku Yang Berdosa ni lagu yang Sham Kamikaze reka khas untuk Shahir nyanyi . Lagu baru 2012 .
Aku Yang Berdosa _ Shahir -Penulis Lirik Sham Kamikaze

Kempen Anti Zina.
Rupanya ramai anak muda yang join malam tu. 80k ? The big number maybe? Tapi kat negeri aku masih belum berkesempatan nak adakan malam sambutan tahun baru dalam suasana yang santai begitu. Walau bagaimana pun, harap kat tempat aku takde lah zina dan arak berleluasa pada malam tersebut dan aku harap sangat kat tempat aku nanti(tahun berikutnya) kalau nak sambut jugak tahun baru ni sambut la macam kat Shah Alam, Selangor ni pada tahun 2012. Best!

Sambutan Tahun Baru Bercirikan Islam di Dataran Merdeka Shah Alam (1/1/2012) - ni yang dah di sinopsiskan . Dalam 4 minit je.
Kalau nak tengok yang panjang makan masa dalam sejam lebih, tapi maybe penuh dengan informasi ada kat sini. ( Dataran Kemerdekaan Shah Alam)

Ni pulak video sambutan ambang tahun baru yang banyak bunga api untuk menyinari tahun baru 2012. Dataran merdeka.

Ada orang tanye, boleh ke sebenarnya sambut new year ni ? Apa hukum sambut tahun baru ? Haram ke ?
Jawapan dari Ustaz



Ampunkanlah dosa-dosa yang telah dilakukan sejak dari lahir hingga hari ini. Amin.