Kalau sebut nama Maher Zain semua orang kenal kan ? tapi baru ni mak dengan abah aku cerita pasal Maher Al Mueaqly. Pada mulanya aku tak tahu siapa beliau . Abah cakap dia seorang imam mekah dan abah sekarang sedang mencari MP3 bacaan beliau. Petang tadi cari MP3 tu tapi tak jumpa . Oleh sebab itu , aku dengan rasa ringan tulang search kat you tube juz amma bacaan imam Maher Muayqali (orang yang sama) .
~Biografi Maher Al Mueaqly~
*beliau seorang qari Al Quran
*beliau dilahirkan pada 18 shawal 1388 hijrah Madinah
*memperoleh gelaran profeser dalam matematik
*menjadi penasihat pelajar dalam Abd Al Majid school of Makkah
*pada 1425 hijrah beliau mendapat master di Shariaa dari Universiti Umm Al Qura
*lecture di Universiti Shiriaa dalam Fakulti Sains Islam
*memimpin bacaan doa di Masjid Abd Arrahmane Assaadi, Makkah
*pada tahun 1416-1427 hijrah beliau menjadi imam di Masjid Nabi dan Masjid Qudus
sangat teringin mendengar bacaan beliau secara live. mak abah cakap sedap je dengar. semoga aku dimurahkan rezeki dan sempat menjejak kaki ke tanah suci.
Juz Amma bacaan beliau
part 5
Teringin sangat sampai ke tanah suci dalam usia muda ni. InsyaAllah akanku jejak .
Senarai imam di masjid Al Haram
- Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais ,ketua imam Masjid Al Haram
- Sheikh Dr. Saud Al-Shuraim
- Sheikh Abdullah Awad Al Juhany (dari 2005 Ramadhan untuk solat taraweeh. menjadi sepenuhnya Imam di Kaabah dalam julai 2007. bekas Imaam di Al-Masjid(u) 'n-Nabawiy)
- Sheikh Maher Al Mueaqly pada Julai 2007 (ketua solat taraweeh dalam Al-Masjid(u) 'n-Nabawiy semasa Ramadhan 2005 dan 2006)
- Sheikh Khaled Al Ghamdi (selepas Hajj 2008)
- Sheikh Dr. Salih bin Abdullah al Humaid .Chairman Saudi Majlis al Shura
- Sheikh Dr. Usaama bin Abdullah al Khayyat
- Sheikh Dr.Salih Al-Talib
- Sheikh Faisal Al Ghazzawi
Al Masjid Al Haram merupakan masjid yang terbesar di dunia. Terletak di bandar Mekah yang merupakan tempat umat islam membuat haji . InsyaAllah mohon doa di sana cepat dimakbulkan. Luas masjid tu dalam 356800 meter persegi (882 hektar) boleh menampung sebanyak empat juta jemaah muslim dalam satu pertemuan (tempoh haji)
Pilgrims circumambulating the Kaaba.
Interior of the Masjed Al Haram in Mecca, Saudi Arabia.
untuk mendengar bacaan Al Quran oleh Maher Mueaqly sila tekan link ini :)
1 comment:
Kagum dengan suara dan bacaan syeikh maher ketika mengerjakan haji tahun 2009.Moga Allah beri lagi kesempatan untuk mendengar secara langsung suara dan bacaan asy-Syeikh Imamm
Post a Comment