Saturday, November 26, 2011

mak........

i love you so much MUM.
You are the great mum i ever had.
i know you love me too.
i miss you at a top.

mak, adik nampak je degil, (tapi taktau la kalau betul-betul degil kan ? hehe)
adik ingat mak punya pesanan.
don't worry be happy.

To Abu's families salam Maal Hijrah adik ucapkan.
Tingkatkan ibadah kita pada Allah.
Semoga hubungan keluarga kita dilimpahi reda dan berkat Allah
Semoga Allah memurahkan rezeki kita

To Fida anak Pak Abu ~
Be strong
Always think positive. You know your deep heart said. 
Jaga hati, jaga mata, jaga diri, jaga akhlak, jaga akidah, jaga solat!
Allah knows everithing. Always pray to Allah to have a good destination in the world and akhirat. ( apa bahasa aku speaking pon aku pakat tibai je. Sorry teachers BI and all leactures BEL)
Jangan buang masa dengan perkara yang melalaikan. Kurangkan fb fida! Read a article is the best maybe or dengar ceramah agama. Awasome.
Kurangkan bercakap lebihkan diamkan diri. YOU MUST! ( jangan jadi pelik sudah)
Al-Quran dan Hadis sentiasa jadikan landasan. Jangan terpedaya dengan logik akal. Ia akan membinasakan diri.

Tuesday, November 22, 2011

Awal Sem

Awal-awal sem ni free lagi la kan. Sebab tu asyik makan-online-makan-online ( tipulah makan online je setiap hari untuk minggu ni kan. It just IBARAT KATA )

Rumah yang selesa dengan ahli-ahlinya. Alhamdulillah.
Bilik yang sejuuuukkk sangat ~ buat mate nak tidur je! Nasib baik dah ditarbiyah aboh selama sebulan kat rumah haritu. Jadi masa free takdelah disia-sia begitu saja.

Sem ni environment agak lain sikit la. Eh! setiap sem pun aku bina environment baru untuk hidup aku. Setiap sem aku bertukar rumah dan ahli housemate. Sangat awasome. Allah nak bagi aku kenal ramai orang dan jenisnya kot. Alhamdulillah syukur sangat. Orang yang Allah pilih untuk hidup bersama dalam setiap hari-hari kita ni pun ada hikmahnya. So nice :D

Tipu kalau aku tak rindu rumah. Sebulan kat rumah buatkan sekarang aku rindu "si budak aktif" tu pastu routine aku , masakan mak aku dan rindu aboh aku yang suka layan perangai aku. Terima kasih semua :D
Telefon mak semalam cakap nanti bulan April cuti sem 2 bulan. "oh, baguslah! nanti tak letih sangat mak kat rumah ni" - buatkan aku tak sabar nak cuti sem lagi ( #woi fida sedar sikit ko baru start sem barulah!)

Sem ni aku nak belajar berjimat sikit. Kurangkan berjimba-jimba di luar. Sebab sebelum mak aku balik dia pesan, " adik jangan nak berjalan-jalan sangatlah, jaga diri, jangan tinggal solat, solat awal waktu ..blablabla " - haruslah panjang nasihat org tua kan. Tapi setiap sem pun nasihat sama. Cuma kali dia dia tekankan jangan jalan-jalan sangatlah. Aku senyum je :D

Kata pain- fida cuti lima hari ni ( jumaat-selasa) aku balik. Aku ? .........

Sunday, November 20, 2011

20-11-2011

New house
New housemate
New Roomate
New subjek ! semua nak TXL subject. :D *Big Smile ( =____________= )
Esok dah start kelas untuk semester 4.
Alhamdulillah.
Good luck to ALL MY FRIENDS and I for this semester
mari kita hayati dan bersedia apa yang Allah telah rancangkan untuk kita bagi semester ni :D

Wednesday, November 9, 2011

Alhamdulillah. Terima Kasih :D

Semalam aku rasa sangat bahagia.
Walaupun hari ini  tiada kenangan yang tercipta.
Tapi, bila aku bersamaMU
Bahagia itu tetap ada
Kerana kenangan terindah yang KAU cipta sebelumnya aku amati semula
Isinya aku fahami
Aku hayati
Alhamdulillah aku dapat apa yang KAU sampaikan

Aku tahu,
Hidup ini bukan mudah
Banyak dugaannya
Tapi itulah sebenarnya kenikmatan kehidupan
Tika Allah menduga kita, kita masih bersamaNYA

Indahnya dunia
Tapi aku perlu ingat
Dunia ini hanya tempat persinggahan
Hanya sementara sahaja
Indah akhirat kekal selamanya
Tempat itu kekal abadi
Tapi kenapa aku masih leka di dunia ?
Adakah terlebih bahagia ?
Terlalu selesa ?
Jauhkan aku dari kelalaian
Dari kealpaan

Kadang
Aku malu dengan diri sendiri
Kerdil ! Kurang ilmu !
Aku amat memerlukan bantuan dariMU
Permudahkan segalanya

Dosa ?
Jauhkan ibu bapaku, aku, keluarga, guru, dan sabahat dari azab kubur dan api nerakaMU
Matikanlah kami dalam sebaik-baik kematian
Ampunkan dosa kami
Kerdilnya aku. *Malu padaMU
Dosa yang terulang
Sedarkan aku
Sesungguhnya aku takut


* SMILE *

Ketika aku terdesak
Aku perlukannya
Aku minta padaMU RM50
Tapi KAU bagi aku RM250
Bersyukur padaMU
Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah
KAUlah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Sunday, November 6, 2011

JAMAK

Ramai sangat TAG benda alah ni kat aku. Jadi aku himpunkan je lah 11 soalan korang tu dalam satu post ni ye.

RULES

• No tag back !
• You must post these rules
• Go to their page and tell them you have tagged him/her
• You have to choose 11 people to tag and link them on the post
• Each person must post 11 things about themselves in their journal
• Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer
SESUNGGUHNYE RULES INI HANYE AKAN DIPAPARKAN TAPI AKU TAK FOLLOW PON PERATURANNYE :D


11 ABOUT MYSELF

1- Nama aku Nurafidah binti Abu Hassan. Orang kampong panggil aku Idah. Orang Bandar panggil aku Fida. Orang kampong ni maknenya kawan-kawan sekolah rendah sampai aku tingkatan 3. Orang Bandar ialah kawan-kawan Setapak (STIDE)), UiTM , dan kawan-kawan akan datang. Family special sikit dorang panggil aku ADIK COMEL. Adam panggil aku acik (adik versi pelat) kadang-kadang acuuuuuu ( Cik Su yang sepatutnya).

2- Aku semestinya anak bongsu daripada empat adik beradik. Kalau ikut kandungan aku anak kelima. Tapi arwah kakak aku meninggal lemas dalam perut mak aku. Masa tu beliau dah cukup bulan hanya tunggu masa untuk dikeluarkan je.

3- Aku seorang anak peneroka felda. Aku lahir pada tahun 1992.

4- Aku  PALING suka makan Kuew Tiou Tomyam dan Bi Hoon Sup. Aku tak cerewet dalam pemilihan makanan. Semua benda halal dan boleh dimakan aku tibai je. Aku suka semua jenis air yang halal. Tapi kalau aku pergi kedai makan aku akan oder salah satu daripada air ni :- Fresh Apple, Carrot Susu, Tea ‘O’ Ais atau Tea ‘O’ Limau Ais. Aku juga seorang penggemar kopi. Susu ? boleh la. Suka jugak.

5- Aku kelihatan sombong sebelum dikenali. Tapi, sesungguhnya aku sorang peramah. Aku juga boleh jadi orang paling pendiam. AKU BUKAN ORANG PELIK.

6- Aku seorang yang gelabah ! Isshhh! Tak suka betul bila aku jadi gelabah ni. Tangan pun turut terketar-ketar sekali tau. AKU SEORANG PEMALU SEBENARNYA. Bila aku salah cakap (naik malu), tangan aku cepat je nak ketuk-ketuk anggota rakan yang berdekatan. Sape pernah kena ketuk maaf ye kawan-kawan.

7- Aku suke memerhati dan mengkaji. Aku ada REPORT tersendiri. Ala-ala LAB REPORT or WORKSHOP macam tu.

8- Kalau boleh aku nak orang senang dengan aku. Tapi aku rasa aku suke susahkan orang.

9- Aku nak kahwih awal. Dah bagitau kat parents dah pasal ni. So, dorang kena paham la kan ! Cepat-cepat la dorang carikan SUAMI untuk aku. Tapi aku pernah jugak rasa aku taknak kahwin! AKU TAK SENGAL juga TAK GILA.

10- Aku tak tahu cita-cita aku ape. Aku tak tahu aku nak sambung course ape untuk degree aku. Aku macam orang takde mase depan ye ? AKU TAK TERUK KAN ?

11- Aku jenis tak pandai nak karang ayat sangat. Sebab tu kalau dalam exam ayat aku macam ntah ape-ape je. Aku selalu berdoa agar pemeriksa paham ape yang aku nak sampaikan. Jawapan aku mesti aku tak bagi kawan-kawan aku bace, sebab aku MALU dengan ayat aku. Pemeriksa sahaja dibenarkan baca ayat aku tu. Sebenarnya, tak payah cakap dalam exam, dalam blog ni pon orang boleh nilai.


Aku tak pernah pon kena TAG sebelom ni. So, aku tak pernah la buat benda alah ni sebelom ni. Tapi sebab kawan-kawan aku dah tag, aku buat je lah kan

11 SOALAN DARI MIMIDON

1.      Awak anggap saya ni siapa untuk awak ? 
      Kau sahabat kau teman

2.      Macam mana kita boleh kenal ?
Minggu MDS la. Kita kan same SM. Beratur same-same mase nak ke anjung dengar taklimat.

3.      Apa kenangan pasal kita yang paling kau suka ?
PALING ? Banyak la paling mie , sampai aku tak tahu mane yang paling. Tapi aku suke bila ko ade dengan aku. Aku dengar cerita ko. Ko dengar cerita aku. Selalunya ko yang banyak cerita. Pastu bila ko tegur aku secara jujur. Aku suka. Ko teman aku pergi PK tu. Ko sanggup tunggu aku sebab lambat nak ke kelas padahal mase tu ko rancang nak pergi kelas ramai-ramai. (Pra raya sem 1 ? kelas MEN ? Ingat ?) Terima kasih atas segalanye.

4.      Perangai aku yang kau paling tak suka ?
Takde lah tak suka, tapi tak payah nak keras kepala sangat lah! ( aku keras kepala tak ? HEHE)

5.      The best 3 words that can describe me ?
Manja, GEDIK, bijaksana(nama ko kan ?)

6.      Blog aku, apa yang kau rasa aku patut KURANGKAN atau LEBIHKAN ?
Blog ko lantak ko lah. Aku baca je semua update ko.

7.      Link page yang selalu kau guna untuk download movie for free ?
Download bukan kerja aku mie. Sorry.

8.      Alamat penuh rumah awak ? (bukan rumah sewa kat tempat belajar tu tau)
No. 77 Felda Bukit Sagu 03, 25740, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

9.      Kau rasa apa warna kegemaran aku? Hehe
Dulu mase aku mula-mula kenal ko, PINK. Tapi bila dah lame kenal ko(xde la lame mane), ko suka semua warna. KO KAN ADIL TERHADAP WARNA!

10.  Dah pergi tengok Paranormal Activity 3? best tak?
Errr ?? AKU JAWAB “TAK” JE LAH KEPADA KEDUA-DUA SOALAN (?) KO TU YE.

11.  Ada apa-apa pesanan untuk saya ?
Mie, jaga hati tau. Sayang ko. Aku nak ko bawak aku pergi Pulau Pangkor.




11 SOALAN DARI YATSADRI

1.      kata-kata aluan untuk aku?
Yaaaatttttt (kalau aku nampak ko)

2. apa yang menarik tentang aku yang kau suka?
Ko macam kakak-kakak sikit. Ko pandai control duit. Ko hamble.   Ko malas tapi rajin



3. ingat tak kenangan manis bersama? ceritakan.. kehkeh

Kenangan manis kau dan aku takkan terluput.... Ko sanggup panjat tingkat lima SM 1. Pastu ko tidur kat bilik aku sementara tunggu next kelas. Tu mase sem 3, mase sem 2 ko selalu jugak datang RT aku. Aku suka.



4. kau nak datang rumah aku tak masa raya haji ni? tolong lapah kerbau!

Kalau boleh memang la nak kan. Tapi, mestilah tak kesampaian! Apepon daging kerbau bak la sini sikit.



5. pernah bace blog aku sebelum ni? apa yang bestnya?

Pernah. Simple. Blog ko cantik. Aku suka jam kat blog ko. Aku pernah terfikir nak bagi aku punye password blog kat ko suruh ko conteng-conteng kasi cun blog aku. Kalau aku bagi betul-betul sudi tak ko buat untuk aku ? HAHAHA

     6. apa yang kau orang rasa bila berblogging?
Puas. Aku suke baca ape yang aku mengarut kat blog aku.



                 7. apa aktiviti kau time cuti sem yang panjaaaang?

Aku berniaga tolong kakak aku. Aku memancing. Aku ikut ayat aku tengok ladang. Aku round-round satu kampong dengan aboh aku dan Adam naik moto. Aku mandi pantai. Layan drama korea kat ONE HD dengan KBSWorld. Aktiviti-aktiviti ni aku ulang banyak kali masew cuti sem ni.

     8. dah ada buah hati pengarang jantung? namanya??
Dah. Nama dirahsiakan.

9. ada tak calon future husband untuk aku? listkan. lagi banyak lagi     baguih! Kikiki
Takde-takde. Bukan kedekut ke hape ye.



10. kenapa kau orang perlu jawab soalan-soalan aku ni? 

      Niat di hati taknak jawab pon! Dah ko tanye, aku kan suke menjawab.



11. kesimpulan dari soalan-soalan aku??

Disebabkan soalan ada 11, so ada soalan yang macam ko dah tak tahu nak tanye apa lagi. HAHAHAHA






11 SOALAN DARI LANJER

1.                 apakah nama penuh nabi MUHAMMAD dan tarikh lahirnya?
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. 12 Rabiul awwal

2.                 surah yasiin ade berape ayat?
83 ayat.

3.                 berapa kali khatam al-Quran?
Lupe.

4.                 pernah becinta x?
Tak.

5.     siapa kah kawan baik kamu..bg detail*nama penuh,tarikh lahir,umur*
Ramai sangat kawan baik weh. Dari kecik sampai sekarang.

6.     siapakah orang pertama yang berjaya menampar kamu sehingga kamu menangis?
Aku lupe sape.  Yang pasti bukan parents bukan family la.Nangis sebab sedih bukan sakit.

7.                 pandai masak x?
Sikit-sikit

8.                 apekah pengajaran dalam hidup yang paling besar bg kamu?
Harus pandai jaga diri. Topup iman sentiasa.

9.                 apekah rasanya bila main game angry bird?
Seronok.

10.            suka upin ipin x?kenape?
Biasa-biasa je.

11.            bg biodata kamu..sejujurnya...*nama pnoh,tarikh lahir,mknn kegemaran,alamat parent korg skrg*
Aku dah cerita semuanya kat 11 about myself. Alamat aku, aku dah jawab kat No.8 soalan mimidon.

Tak aci la tak boleh nak tag kat kawan tu semula. Aku nak jugak tanye soalan yang aku nak tau dari korang!! 

11 SOALAN ORANG YANG BACA BLOG AKU HARUS JAWAB 
 ( Jawapan PM kat FB ye. TERIMA KASIH. Maknenye org yang xde blog pon harus jawab. No rules :D )
1.  Muke korang ada sama atau seiras dengan sape-sape tak ?
2. Binatang yang korang suka atau paling sayang ape ?
3. Aku macamane orangnye ye ?
4. Apa perkara yang korang akan lalukan sebelom tidur dan mandi?
5. Korang punye impian baju kahwin warna ape ? Korang rasa baju  kahwin aku nanti warna ape ?
6. Kuku korang jenis ape ? 
7. Cat rumah korang selalu bertukar tak ? Langsir ?
8. Masakan apa yang korang paling pandai masak dan sedap rasanye ?
9. Korang jenis boleh diharapkan tak ? Aku ?
10. Korang suka rambut panjang ke pendek ? kenape ?
11. Korang ada angan-angan nak buat bisnes tak ? kalau ada, bisnes ape ? Kalau takde, kenape takde ?

SEKIAN SOALAN DARI AKU. JAWABLAH SOALAN-SOALAN AKU TU. NO RULES! NAK JAWAB DALAM BLOG KORANG BOLEH, DALAM INBOX FB BOLEH. 

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MELAYAN AKU. SAYANG KORANG :D