Wednesday, December 15, 2010

RM2o

Cuti sem ni aku asyik layan movie je. Aboh aku beli 3 movie orang putih . 2 aboh aku punyadan, 1 untuk aku. Aboh aku suke layan movie perang-perang orang puteh lama tu. Aku pulak beli dvd avatar(agak ketinggalan , baru sekarang aku dapat tengok cerita tu) .

Masa hari ahad lepas , aku keluar Bandar dengan daya . tapi sebelom tu , aku singgah polisas dulu amek daya. Sempatla aku jumpa nadrah kawan STIDE aku. Nadrah ni budak dorm aku masa aku form 5 dan merangkap nurse STIDE.  Aku dengan daya pergi ECMall(kuantan) . dulu , masa aku hangout pergi mid dengan rohaida dan daya , aku pernah cakap pada rohaida yang aku akan hangout dengan daya kat kuantan. Nada aku memang nak jelouskan rohaida. Alang-alang aku betol-betol dapat keluar dengan daya , kitorang call la rohaida, dia sedih gila sampai nangis-nangis sebab tak dapat join kitorang. Aku pulak rasa sangat bersalah. Maaf rohaida , ko jaoh , aku kesian kat ko walaupon aku tau ko sanggup datang dari PD ke kuantan. Tapi aku kesiankan ko sebab isnin tu poli dah start kelas. Maaf sangat-sangat rohaida.

aku shopping baju lagi kat ECM tu.   Aku rasa , sejak cuti sem ni , kalau hangout dengan kawan asyek beli baju je. Gila habiskan duit. Bukan ape , kak pijah(kakak  no.2)  pernah cakap , aku pergi kelas(sem1) asyek pakai baju sama je. Sebab tu la aku nak banyakkan baju.(alasan tak ?) . pastu aku pergi shop dvd. Aku memang dari mula cuti sem lagi terasa nak beli drama or movie korea. Aku usya punye usya dapat la satu dvd ni. Cover dia menarik. Tapi tulisan korea. So ,aku tak tahu ape tajuk dvd tu sampai sekarang. Pelakon hero dia , bapaklah hensem gila.(pujian yang melampau) . tapi serius , memang hensem. Seminggu aku habiskan masa aku untuk tengok cerita korea tu. Aktiviti untuk layan dvd tu bermula pada pukul 12am keatas (amek feel). Bukan ape , tanpa gangguan adam sebenarnya. Biasalahkan , cerita korea , memang romantic lebih. Tapi , jalan cerita dia best bagi aku. Hero dia sweet sangat. Tapi, bila difikarkan ada ke lelaki seperti itu lagi sekarang ? walaubagaimanapon , aku yakin masih ada ! pasti ! orang cakap , untuk mempunyai suami yang baik , perempuan tersebut haruslah menjadi baik. Sebab lelaki yang baik pada perempuan yang baik. Dan begitulah sebaliknya (semua orang tahu ni) . aku bermohon sangat pada Allah untuk menganugerahkan lelaki yang baik untuk aku. Doakan aku untuk menjadi perempuan yang baik. aku dah bersyukur gila kalau aku dianugerahkan suami yang mempunyai ciri-ciri seperti abang aku. Tapi , aku mesti menjadi seperti kak nadya dulu. Mampu dan bolehkah aku ? insyaAllah. Bukan aku tiada pendirian untuk menjadi diri orang . aku masih aku. Tapi , perwatankan aku masih boleh menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan boleh mengikut model yang terbaik.

 RM2O tu sebenarnya harga dvd korea tu. Seronok  layan cerita ni sedang aku ada masalah sekarang.  Sekurang-kurangnya cerita ni buat aku leka untuk aku rehatkan otak untuk berfikir masalah yang aku alami sekarang. Aku harap sangat aku dapat kolej supaya aku dapatkan semula perhatian seorang kakak terhadap adiknya. Dapat semula berbicara dan bergurau senda seperdia sedia kala. kepada family aku terutamanya mak dan aboh tercinta , adik mintak maaf sangat-sangat sebab banyak menyusahkan kalian semua. Terima kasih mak dan aboh memahami masalah adik. Terima kasih kalian semua.


Tolong kuatkan aku Ya Allah , hambaMU yang lemah ini. Tolonglah aku untuk aku menjadi yang terbaik pada sem depan dan masa akan datang. ENGKAUlah yang maha berkuasa terhadapat diri aku. Kuatkanlah semangat aku dan kawan-kawan aku untuk menempuh segala ujian akan datang.    
Kawan-kawan , aku tak mahu aku punya semangat hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Aku perlukan bantukan kalian semua. Ketahuilah itu. Aku manusia lemah yang berusaha menjadi yang terbaik. insyaAllah.


Monday, December 6, 2010

setelah lama aku tinggalkannya

Makngah aku terlantar sakit kat hospital sekarang. Dah masuk 2 minggu makngah aku ditahan di hospital.  Dulu berat makngah aku dalam seratos lebih macam tu. Sekarang berat makngah aku hanya 52kg akibat menghidap penyakit jantung. Makngah aku dah tinggal tulang je sekarang ni tau. Sedih sangat kalau tengok keadaan makngak aku ni. Makngak aku ni degil sikit. Malas pergi hospital. Sepatutnya dah lama makngah aku kena tahan kat wad hospital tu , tapi makngah aku cakap duduk kat hospital boring. Bagus gila alasan makngah aku ni. Lagipon , makngah aku ni masih gila berniaga.  Nak tahu tak , masa hari first makngah aku kena tahan wad , denyutan jantung dia laju gila. Keadaan makngak aku , sangat dasyat. Rasa nak meleleh air mata ni. Tapi Alhamdulillah , semenjak makngah aku ni kena tahan wad , keadaan dia semakin stabil. Semakin pulih. Maybe makngah aku boleh keluar dalam beberapa hari lagi. Masa zaman makngah aku muda-muda dulu , makngah aku kurang menjaga pemakanannya. Tak pandai menjaga kesihatan la senag cerita. So , kita yang masih muda ni , pandai-pandailah jaga pemakanan kita. Jangan dihari tua menyusahkan orang lain pula.
 Semenjak makngah aku masuk hospital , keluarga aku jaga anak bongsu makngah aku. Umur dia 7 tahun. Perwatakan sangat la ganas. Nama dia panjang. Tapi aku panggil nama dia maya. Tapi dia cakap ejaan nama dia seperti ini , ‘myra’ . dua minggu dia bersama aku. Dia tinggal rumah aku.  Perasaan aku dengan kehadirannya ? dia ni tak boleh duduk diam. Cakap tanpa berhenti.  Kadang-kadang serabut aku datang. Kena la jugak budak tu  marah-marah dengan aku. Tapi , sepupu kan , sayang la. Aku layan dia pun macam adik aku sendiri .(macam pernah ada adik je sebelom ni)  .

Apa kena mengena dengan tajuk aku tu kan ?
Atas tu introduction je. Macam kita buat karangan bahasa , tiada pendahuluan tak lengkap la karangan kita kan. (tetibe je aku ni kan ?)

Okay , sekarang aku akan mulakan cerita yang aku nak kogsi pada follower aku dan pada sesiapa yang terbaca blog aku ni . (macam ada. Kepada yang tak kenal aku tu , korang boleh kenal aku melalui blog aku kan ? so , aku boleh ucap selamat berkenalan kepada kamu semua ) .

Sebelom ni , aboh aku ada bukak perniagaan dekat belakang rumah kami. Aboh aku bukak warung kecik-kecik je. Aboh aku berniaga kat situ dalam sepuluh tahun macamtu. Sejak aku kecik lagi tau. Tak silap aku masa aboh aku start berniaga tu kan , umur aku lebih kurang 5 tahun. Tapi , sejak kakak aku yang pertama (kaklong) mengandung , aboh aku berhenti berniaga. Kaklong aku ni , dia sebelom ni , bekerja kat  kedai makan makngah aku tu. Masa dia mengandung , dia selalu sakit. Banyak kali masuk hospital. Masa mengandung tu , kaklong aku jadi tak gagah macam sebelom ni. So , mak aku banyak tolong kaklong aku. Mak aku tidur kat rumah nenek aku untuk tolong kakak aku membuat barang jualan kaklong aku.  Kaklong aku ni dia duduk rumah nenek aku. Nenek aku ni pun , gila berniaga juga. Boleh katakan , keluarga aku ni keluarga berniaga. Turun temurun la senang cakap. Oleh sebab mak aku kena tidur rumah nenek aku , aboh aku pun tutup la gerai dia. Dan berhenti la berniaga. Selepas kaklong aku beranak , adam selamat dilahirkan di atas bumi ni , kaklong aku pulak lepas habis berpantang terus mula bekerja di gerai makngah aku semula.  Anak dia (adam) , mak dengan aboh aku yang jaga. Kaklong aku sedih sangat sebab tak dapat bersama anaknya setiap hari. Dalam seminggu kaklong aku dapat bersama anak dia dalam 4hari je. Tapi setiap hujung minggu kaklong aku wajib akan balik ke rumah aku.  Kasih seorang ibu yang terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki. Memang kaklong aku cakap sedih sangat sebab berjauhan dengan anak dan suami.  Tapi , selepas raya puasa baru ni , kaklong aku nekad untuk  duduk bersama anaknya. Maknanya , kaklong aku mengambil keputusan untuk mengambil alih perniagaan aboh aku tu. Sebelah pagi tu , kaklong aku jual nasi lemak , nasi minyak , nasi dagang , nasi berlauk , pulut , dan air panas. ada jugak makcik makcik kat kampung aku tu hantar kuih muih kat gerai kakak aku tu. sebelah petang pulak , kaklong aku berniaga goreng pisang , keropok lekor , jemput-jemput, air sejuk , dan air panas. kawan-kawan aboh aku suke lepak kat kedai tu selepas waktu asar.


Nak dijadikan cerita , baru ni , orang FELDA dapat duit , duit ape entah FELDA bagi , maknanya orang peneroka pada hari tersebut  ade duit lebih la kot . Aku selalunya tak pergi pon kat kedai kaklong aku tu sebelom ni. Sebab aku kena jaga anak sedara aku kat rumah ni. (bukan alasan ye). Tapi hari tu , orang ramai gila datang membeli kat kedai kaklong aku tu. Dengan suara tercungap-cungap kaklong aku call aku suruh datang tolong dia kat kedai. Aku pon , cepat-cepat solat asar dan bergegas pergi kat kedai kakak aku. Aku mulakan kerja yang perlu aku buat kat kedai tu. Kerja yang sebelom ni aku lakukan dengan mudah sekali. sebelom aku masuk sekolah , Teknik ERT Setapak a.k.a STIDE , aku lah yang tolong aboh aku berniaga kat gerai tu. sangat ligat dan lincah aku melalukan tugas-tugasan aku. goreng pisang ? tak perlu tengok kuali , campak je pisang-pisang dalam kuali sambil mata memandang pelanggan yang mintak order. wah3!!bajet je kan ??


Yang aku nak cerita harini sebenarnya , kaklong aku suruh aku hantar air panas dekat beberapa orang pakcik tu , aku pon dah mula cuak la. segan weh setelah sekian lama aku tak pergi kedai tu. tak tolong-tolong kat kedai tu menabur keringat aku kat kedai tu (berapa banyak kedai daa) .masa aku nak hantar air kat pakcik -pakcik tu , (malu la pulak nak cerita) , tangan aku terketar-ketar la pulak. cawan kaca tu sengal , berbunyi-bunyi effect dari ketar aku tu. dengan muka selambur dan ditambahkan pula dengan muka aku yang confident aku letak cawan tu dan berlalu sambil mengetap bibir. selesai seorang pelanggan. ada pulak seorang pelanggan ni ,  masa aku nak hantar air dekat dia , maya sepupu aku tu sebok je ikut aku. siap pegang siku aku lagi. masa aku nak letak air kat atas meja tu , air tu tertumpah sedikit dekat atas pelapik cawan tu. mulut aku dengan selumber terkeluar perkataan sayang !! malu sangat weh. dengan selumber aku marah maya , aku cakap jangan la pegang-pegang. kan dah tumpah. padahalnya , air tu tumpah takde kena mengena dengan maya pon. maaf ye maya . 


tulah pengalaman berniaga aku untuk tahun ini setelah sekian lama aku tak berbakti pada gerai tu. tapi , sejak kakak aku ambil alih gerai tu , kaklong aku dah tak jual ABC (air batu campur + air batu cendol ) . rindu la kat ABC tu. tapi ,  kaklong aku ganti  ABC dengan air-air gas yang boleh membuatkan orang menghidap kencing manis apabila minum air berkarbonat itu secara berlebihan. *Diingatkan dan ditekankan di sini , jangan minum air berkarbonat secara berlebihan. sebab , aku tengok keadaan nenek aku yang menghidap kencing manis tu , kesian sangat. 

 JAGALAH PEMAKANAN KITA. KITA MAKAN UNTUK HIDUP BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN !!