Tuesday, November 23, 2010

Dah lama aku tak update blog. Nak kata sibok , memang tak langsung. Tapi , rasa rindu sangat nak post blog kat sini.
Dulu kalau kat U , kalau ada cerita , boleh cerita kat mimi(sahabat baik + kesayangan aku) , syaza(roomate kesayangan aku yang sengal) , ana+fuzah+teha,along(housemate kesayangan  aku), daya+rohaida+seri(sahabat karib + kesayangan aku) ,  dan pada sesiapa sesiapa sahaja yang aku rasa aku nak cerita. Tapi sekarang cuti sem , nak cerita panjang pon tak boleh. Nak dengar cerita mimi pon susah(malas taip mesej alasannya). Cerita syaza langsong tak tahu sekarang ni. :)

Cuti sem ni , aku menaip je untuk contect dengan kawan-kawan. Tapi, kalau ada hal penting , aku akan call. Nak hang out dengan kawan-kawan ? Sangat la malas. Bukan taknak jumpa kawan-kawan lama. Nak sangat. Rindu sangat dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa tu. Tapi , malas nak bersiap la.(bongek punye alasan).

Aku rasa cuti ni aku banyak habiskan masa dengan family aku. Tapi , tak bermakne aku terperap je kat rumah ni. Baru ni , aku keluar shopping dengan parents aku. Hakikatnya, tak best la keluar dengan parents ni kalau shopping barang aku. Asyek  nak cepat je. Mak aku pulak , cepat penat. Kesian pulak kalau nak lama-lama pilih barang. Apepun aku dapat la beli baju kurung kain cotton. Dah lama teringin. Tapi best juga tau , kat shopping mall pon , mak aku bantai tawar menawar. Dapat weh . harga sebenar baju tu RM75. Dapat RM65. Tapi, BAJU KURUNG TU BESAR GILA ! Saiz S ? kalau aku pakai saiz S ni , lengan baju tu tersangatla singkat. Badan dah okay kot ? Saiz M ? samalah. Lengan baju tu singkat. Tangan aku terlebih panjang kot. Saiz L ? lengan baju tu ? ngam-ngam dengan lengan aku . Tapi  bila aku pakai baju tu , besar kot ! Besar mana pon baju tu , tak kesah ! Dah beli , duit pon dah keluar , pakai je baju tu untuk pergi kelas sem depan. Pastu , aku nak jugak beli kasut. Cari kat kedai VERNS , takde yang aku teliur. Cari kat kedai Bata , aku berkenan sangat dua pasang kasut ni. Selesa sangat bila kasut tu ade pada telapak kaki aku. Kasut tu simple je. Bila aku tengok harga kasut tu , mood nak beli terbantut. Mahal la pulak. RM70. Walaupon , bagi orang lain tak mahal , tapi bagi aku mahal. Sebab kasut kalau ada kat kaki aku , cepat rosak. Walau macamana pon , aku nak juga kasut.(mak aku dah penat dan pening-pening). Aku ternampak satu kedai tu , tak tahu ape nama kedai tu , tapi kedai tu banyak peralatan sukan. Aku Nampak ade sedikit kasut perempuan . Nampak selesa. Dengan tak memilih , aku beli je kasut tu. Selesa juga kasut tu. Tapi , masa nak beli kasut tu , punya la susah nak cari. Sampai tiga orang cari kasut aku tu. Rupanya , kasut tu yang terakhir. Kasut tu takde la lawa pon. Tak se “vogue”  kasut mimi yang baru tu. J . Dah dapat kasut , aku balik rumah. Puas hati la jugak. Tapi beg masih tak dapat-dapat sampai sekarang. :)

Kat rumah ni , aboh aku asyek tengok sukan je. Memang takde chance nak tengok channel lain. Nasib baik tv kat dapur ade. Bole tengok cerita lain. Tapi , tak best tengok tv kat dapor tu. Mak aku yang tak tahu ape-ape pasal sukan pon jadi suka sukan. Mane taknye , abang aku bangun je tidur buka channel sukan(kalau aku jadi kak nadya , memang boring la suami aku ni). Aboh aku pon sama.  SUKAN ! SUKAN ! SUKAN ! Aku pon layan sukan je la. Sedih la , Malaysia dapat perak je untuk takrow(tak tahu ejaan sebenar macammane . haha) . badminton ? aku nak Lee Chong Wei dapatkan emas untuk Malaysia .  Aku tengok sukan ni , aku boleh nampak kesungguhan pemain-pemain Malaysia nak menaikkan nama Malaysia. Malaysia boleh ! fida boleh ! ooppss. :)






* Bila dah menaip susah nak berhenti. :)


*aku tengok kawan-kawan aku , bila diaorang update status diaorang kat fb , mesti ade cakap pasal CINTA. Ada yang bahagia.tapi , ada juga yang ade masalah dalam bercinta. Walau bagaimanapun , aku harap kawan-kawan aku bahagia sentiasa. 

CINTA PADA YANG ESA ADALAH CINTA YANG AGUNG. 

Cuba kita berfikir , cinta yang kita bagi pada bf or gf kita dengan cinta yang kita bagi pada Allah , mane lagi banyak ? mana lagi suci ? mana lagi ikhlas ? ALLAH memang sepatotnye yang menjadi jawapan pada soalan ini.  :)







Ya Allah , aku hambamu yang lemah. Tetapi , aku ingin perubah pada kebaikan.  Peliharalah hati aku. Sucikanlah jiwa aku. Jauhilah aku daripada segala maksiat. Jauhilah aku daripada cabang-cabang zina. Terutama , ZINA HATI . ZINA JIWA. ZINA PERASAAN . peliharalah akhlak aku.peliharalah akhlak aku dari segala dosa-dosaMU. sayangilah aku hambaMU yang lemah ini. kurniakanlah aku suami yang soleh yang boleh membimbing aku ke jalan agamaMU yang lurus. yang boleh membimbing anak-anakku ke jalan kebenaran.
Amin.